Antara IBS & Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Berdasarkan berita yang dilaporkan melalui Astro Awani (2019) yang ditulis oleh Shuhada Abdul Kadir, ia menyatakan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggunakan teknologi Sistem Industri Bangunan (IBS) bagi pembinaan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bermula pada tahun ini. Menurut kata menterinya yang pada masa itu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang kini digantikan oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid; sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, mereka perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dan dengan teknologi yang ada sekarang, sebuah rumah dapat mengurangkan kos sebanyak lebih kurang 18 peratus lebih rendah berbanding dengan rumah konvensional.
Keadaan ini dapat meyakinkan lagi para kontraktor atau pemaju rumah untuk beralih arah daripada sistem konvensional ke sistem IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall. Tambahan pula, pihak AZ Mega Plus mempunyai pelan PPRT yang tersendiri yang sudah mendapat kelulusan daripada KPLB. Penggunaan pelan PPRT yang direka khas AZ Mega Plus, dapat mengurangkan sejumlah wang daripada kos yang terlibat dalam pembinaan Selain daripada kos untuk membina rumah, kos untuk membayar tukang per head juga berkurangan. Ini adalah kerana rumah binaan daripada sistem IBS menggunakan Lightweight Panel Wall hanya memerlukan tenaga kerja seramai empat orang.
Rumah PPRT sekurang-kurangnya memerlukan keluasan tanah sebanyak 660 kaki per segi dan mempunyai tiga bilik tidur, standard saiz ruang tamu serta satu shower dan satu toilet. Setakat ini, sebanyak hampir 200 biji buah rumah PPRT di bawah seliaan team AZ Mega Plus sudah disiapkan. Sejujurnya, bukan sahaja penjimatan daripada segi kos, teknologi IBS juga dapat menyiapkan sesebuah rumah PPRT dalam masa lebih kurang dua bulan dan sekaligus dapat penjimatan daripada segi masa. Ia jimat daripada segi masa kerana proses percantuman panel IBS Lightweight Panel Wall adalah lebih mudah dan tersusun daripada batu-bata.
Sekiranya terdapat kontraktor yang ingin membina rumah PPRT dengan menggunakan sistem IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall, pihak AZ Mega akan memberi tunjuk ajar cara pemasangan panel di tapak projek semasa physical mentoring di lakukan dan seterusnya membuat follow-up sehingga projek selesai dibina. In short, penggunaan sistem IBS yang menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall diyakini bersesuaian dengan pembinaan rumah bawah program PPRT.
Sumber rujukan – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/teknologi-ibs-diguna-untuk-bina-rumah-pprt-198054
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/