Pagar menggunakan Sistem IBS MeGGa
Selain daripada rumah, sistem IBS yang menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga boleh digunakan dalam membina pagar rumah sebagai landskap yang melengkapi satu potret rumah yang menarik. Saiz panel yang digunakan adalah berukuran dua kaki tinggi dan 10 kaki panjang menjadikan pagar yang dibina memerlukan masa yang singkat.
Kebiasaannya, jarak antara tiang pagar yang dibina menggunakan sistem konvensional adalah sebanyak 10 kaki ke 20 kaki. Berbanding dengan sistem konvensional, sistem IBS menggunakan bahan Lightweight Panel Wall membolehkan jarak antara tiang semakin panjang antara 20 kaki ke 30 kaki. Namun demikian, pihak kami memilih untuk menggunakan jarak antara tiang sepanjang 20 kaki berbanding 30 kaki supaya pagar yang dibina kelihatan lebih cantik.
Anggaran masa yang diperlukan untuk membina pagar IBS hanya memakan masa selama seminggu sahaja dan jika dianggarkan, hampir 20 peratus daripada pembinaan pagar IBS boleh disiapkan dalam sehari. Ia termasuklah finishing process iaitu proses mengecat. Pembinaan pagar dengan sistem IBS yang menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall memberi kelebihan daripada segi penjimatan masa dan kos pembinaan.
Secara umumnya, dinding pagar yang dibina perlu diplasterterlebih dahulu sebelum proses mengecat dimulakan. Ianya berbeza dengan pagar yang diperbuat daripada sistem IBS yang menggunakan Lightweight Panel Wall di mana skin coat hanya perlu dibuat di kawasan penyambungan(joint) sahaja. Oleh sebab sifat permukaannya yang sudah licin, ia mempercepatkan masa yang digunakan untuk membina pagar rumah.
Selain daripada itu, pembinaan pagar IBS juga jimat daripada segi kos. Rumah yang dibina menggunakan sistem IBS memerlukan empat orang tenaga kerja manakala pagar yang dibina menggunakan sistem dan bahan yang sama ini hanya mampu disiapkan dengan kudrat tiga orang sahaja. Oleh yang demikian, kos tukang per head dapat dikurangkan. Di samping itu, kos juga dapat dikurangkan melalui pembelian bahan mentah seperti besi, pasir dan simen dalam kuantiti yang sedikit. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Secara ringkasnya, pembuatan pagar dan pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS MeGGa memberi advantanges kepada kedua – dua pihak sama ada terhadap kontraktor dan tuan rumah yang terlibat.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/