Liku-Liku Seorang Kontraktor.

‘Ting! Ting! Ting!

Telefon berbunyi menandakan notification daripada Whatsapp group masuk secara berturut-turut.  Saya berasa amat curious dengan mesej yang diterima dan terus buka aplikasi Whatsapp tersebut.

Alhamdulillah. Allahhu-akbar, Allah Maha Besar. Segala puji bagimu Ya – Allah. Rupa – rupanya En Nazarudin Whatsapp untuk bagitahu bahawa beliau sudah mendapat kepercayaan untuk menyiapkan beberapa projek menggunakan IBS MeGGa. Hampir tujuh tahun sudah saya bergiat aktif dalam industri pembinaan jenis IBS menggunakan Lightweight Panel Wall. Sepanjang itu lah saya sentiasa bersedia dan suka berkongsi dengan kontraktor lain bahkan orang ramai juga mengenai kaedah pembinaan jenis IBS ini.

Selain sharing mengenai pengalaman dalam industri pembinaan, saya juga akan dan selalu berkongsi tentang tips dan strategi pemasaran. Ini adalah kerana ramai orang boleh berbusiness, tetapi tidak ramai orang yang tahu dan berkemampuan dalam pemasaran industri pembinaan. Tambahan pula sekarang ramai orang target ke arah penggunaan pemasaran secara online berbanding offline yang memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan serta kos untuk print flyers, pamphlet, bunting dan sebagainya.

Site projek IBS MeGGa En Nazarudin

Online marketing yang kini semakin menambat hati pasaran dan orang ramai membolehkan kami; yang berniaga membuat marketing dengan cara kami yang tersendiri tetapi boleh menarik perhatian orang ramai melalui saluran Facebook,Twitter dan Instagram. Selain daripada jimat dari segi masa dan kos, ia juga tidak menggunakan tenaga kerja yang sangat ramai. Marketing boleh dibuat dengan hanya menekan button ‘SHARE’ dan ia akan dapat dilihat seantero dunia melalui pemasaran secara digital ataupun online. Bak kata pepatah English, it is just one click away.

            Merenung kembali pada zaman saya sebelum bergiat aktif dalam industri IBS, saya hanya terlibat dalam pembuatan perabot, Interior Design, ubahsuai (renovation) dan juga projek gomen. Ada satu tahap saya rasa sangat depressed dek ditipu kontraktor dan terpaksa guna duit sendiri untuk siapkan projek tersebut. Bukan itu sahaja, saya terikat dengan jadual yang ditetapkan oleh badan kerajaan untuk membentangkan paperwork mengenai tender yang dibuka dan bermacam kejadian lagi yang berlaku.

            Pada satu petang yang hening, saya masih berada di dalam kereta, di atas jalan raya menghala ke rumah setelah seharian bekerja dan lalu di sebatang jalan, saya ternampak satu bunting iklan mengenai bina rumah atas tanah sendiri. Terdetik di fikiran saya-‘Eh, ni macam menarik dan jarang nampak iklan yang macam ni.’ Disebabkan saya tertarik dengan iklan bunting itu, saya membuat sedikit research mengenainya dan mendapati bahawa ia memang kurang berada di pasaran pada masa itu.

    Selepas itu, baru lah saya mengkaji sistem IBS yang manakah patut saya cuba dan guna untuk bergerak lebih maju dalam industri pembinaan. Di situ lah detik pertama saya berkenalan dengan IBS jenis Lightweight Panel Wall. Saya nampak kelebihan ia di masa depan dan potensinya yang tersendiri di pasaran. Pada tahun 2016, saya mula bergiat secara serius dalam penggunaan IBS bahan jenis Lightweight Panel Wall dalam pembinaan.

            Disebabkan itu lah, saya create program mentoring dan coaching di mana dapat share pengalaman saya, liku-liku perjalanan saya dalam industri pembinaan dan tips pemasaran dalam dunia pembinaan untuk orang ramai. Harapan saya kepada kontraktor atau bukan kontraktor sekalipun di luar sana, cari lah ilmu , menuntut lah ia dan kongsi lah ia dengan orang ramai kerana perjalanan dalam mencari ilmu itu tidak akan pernah berhenti dan luas termasuk diri saya sendiri.

            Ahh..mujur saya tak ubah business ke kosmetik dulu..

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top