Kos pembinaan sesebuah rumah sekarang semakin meningkat dengan isu kenaikan harga barang mentah dalam pembinaan dan juga isu pembayaran kepada kontraktor. Ia terjadi berikutan penularan wabak COVID19 dan menjadikan industri pembinaan terhenti buat seketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan daripada Mac 2020 hingga September 2021. Dulu, ia dikenali sebagai pandemik dan sekarang kita secara perlahan-lahan beralih ke fasa endemik. Kita terpaksa biasakan hidup keadaan norma baru.
Orang ramai yang ada perancangan untuk membuat rumah terpaksa menunda rancangan mereka disebabkan budget tidak mencukupi kerana harga besi, pasir dan simen yang berperanan penting dalam pembinaan sesuatu binaan melonjak naik selepas PKP ditamatkan secara official. Selain konvensional; pembinaan rumah secara tradisional menggunakan batu bata, industri pembinaan juga ada melibatkan kaedah IBS (Industrialised Building System). Terdapat beribu jenis IBS digunakan dalam industri pembinaan.
Salah satu IBS yang dikenali ramai pada masa kini adalah menggunakan bahan jenis IBS MEGGA Lightweight Panel Wall. Ia adalah satu material atau bahan yang di custom made di kilang diperbuat oleh Expanded Polystrene (EPS) yang dicampur dengan konkrit untuk memastikan ia menghasilkan satu produk binaan yang kukuh dan selamat untuk digunakan. Pembinaan sebuah rumah yang menggunakan kaedah IBS jenis ini, ia memerlukan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall, simen, besi, top track dan beberapa alatan accessories lagi.
Penggunaan pasir dalam pembinaan secara kaedah konvensional digunakan dengan kuantiti yang agak banyak kerana perlu membuat tapak, tiang dan penting digunakan untuk kegiatan plaster dinding untuk kelihatan lebih smooth dan cantik. Berbeza dengan penggunaan IBS jenis bahan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall, sifatnya yang sudah licin bak telur rebus menjadikan ia cantik untuk dipandang tanpa perlu diplaster. Di sini jelas penggunaan pasir dalam kedua-dua kaedah dan ternyata, kaedah IBS lebih menguntungkan kerana penggunaan pasir yang sedikit berbanding konvensional. Justeru itu, ia dapat menjimatkan kos pembinaan rumah.
Selain pasir yang digunakan dalam kuantiti sedikit, besi juga begitu. Ia diperlukan untuk pembuatan tapak rumah atau beam, selain itu, ia juga digunakan untuk locking antara dinding. Secara perbandingannya, konvensional memerlukan lebih banyak batang besi daripada kaedah IBS. Demikian itu, ia menjadikan pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS semakin jimat berbanding konvensional. Kos juga boleh dikurangkan daripada segi tenaga kerja pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan rumah kaedah IBS menggunakan tiga ke empat orang sahaja untuk sesebuah binaan untuk disiapkan.
Tuntas nya, kaedah IBS menggunakan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall ternyata ada penjimatan kos berbanding konvensional yang banyak menggunakan bahan mentah seperti besi, simen dan pasir yang kini harganya mencanak naik. Sekiranya kaedah IBS MEGGA Lightweight Panel Wall ini mampu mengurangkan kos pembinaan, ia nya boleh dijadikan option kedua untuk orang ramai kaji dan belajar sebelum teruskan rancangan untuk memiliki rumah idaman.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/