
Seperti artikel saya yang sebelumnya, saya atau team unit projek akan pergi ke site project untuk mengadakan sesi mentoring secara fizikal. Kebiasaannya sesi mentoring secara fizikal akan diadakan setelah kontraktor atau tuan rumah yang terlibat sudah membuat pembelian panel IBS MeGGa daripada syarikat saya. Oleh sebab syarikat saya, AZ Mega Plus Group merupakan pembekal utama bahan IBS MeGGa di Pantai Timur, kami mengambil masa selama seminggu untuk menghabiskan masa untuk mentoring fizikal di mana boleh melibatkan tapak projek di beberapa buah negeri sekaligus.
Antara kejadian yang saya boleh recalled seingat saya, projek pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa di Kuala Krai. Tapak rumah sudah siap dibuat dan ready untuk pemasangan IBS MeGGa sebagai dinding. Kebanyakan orang beranggapan bahawa pemasangan produk IBS ini boleh diibaratkan seperti permainan Lego. Namun begitu, ia haruslah dipasang dengan menggunakan cara yang betul untuk memastikan binaan kekal kukuh dan stabil.
Apa yang terjadi di site projek di sini, panel IBS MeGGa dipasang dengan menggunakan system locking (menggunakan besi) sahaja. Ia dibuat terlebih dahulu tanpa menunggu kami datang ke sana untuk guide secara lebih dekat. Sudahnya, solution kepada situasi ini adalah panel IBS MeGGa terpaksa dibuka semula dan di install sekali lagi menggunakan kaedah yang betul iaitu dengan menggunakan simen gam dan seterusnya locking menggunakan besi.


Peralatan atau kelengkapan untuk pembinaan rumah atau bangunan juga merupakan salah satu kekangan untuk menyiapkan sesuatu binaan, terutamanya bagi seseorang kontraktor yang dulunya aktif dalam konvensional kini beralih arah terhadap penggunaan IBS. Point di sini bukan untuk menyatakan yang bahan seperti simen gam, hybrid mesh, bottom track, top track dan juga panel IBS MeGGa tidak cukup tetapi peralatan yang digunakan seperti untuk mengangkat panel IBS MeGGa dan sebagainya.

Sepanjang saya dan team pergi untuk mentoring fizikal, bermacam – macam jenis cara dapat dilihat bagaimana cara panel IBS MeGGa diangkat. Untuk pengetahuan, berat panel IBS MeGGa yang berketebalan sebanyak 3 inci sekitar 83kg manakala untuk panel setebal 4 inci pula beratnya lebih kurang 120kg. Ada sesetengah tu mengangkat dengan menggunakan tenaga manusia, dan ada juga yang menggunakan kereta tolak atau trolley.
Menariknya, ada juga yang mengangkat dan mengalihkan panel IBS MeGGa dengan cara menggolek di atas kayu besar untuk mengelakkan daripada penggunaan tenaga yang banyak. Sedangkan manusia mempunyai banyak jenis, inikan pula method digunakan untuk menyenangkan proses kerja yang seterusnya dapat memendekkan tempoh untuk binaan bangunan siap.

Selain daripada itu, perbezaan hari bekerja juga merupakan antara salah satu cabaran untuk kami dalam mentoring secara fizikal. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sekurang – kurangnya seminggu diperlukan untuk melawat beberapa lokasi tapak di beberapa buah negeri. Contohnya mentoring fizikal terakhir pada tahun 2021 melibatkan negeri Johor dan juga Terengganu.
Kami mulakan sesi mentoring fizikal di negeri Johor terlebih dahulu sebelum ke negeri Terengganu. Oleh sebab sesi mentoring fizikal di negeri Terengganu ketika itu jatuh pada hari Jumaat, saya hanya boleh terangkan pemasangan secara teori sahaja kepada ketua tukang rumah/kontraktor yang terlibat. Ini adalah kerana hari Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu.

Sebenarnya, banyak lagi kejadian yang berlaku semasa sesi mentoring secara fizikal diadakan, namun saya tak berapa ingat kerana acapkali saya ke luar negeri untuk outstation.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/