Travelog artikel saya kali ini meliputi lima hari perjalanan saya bersama ketua unit projek pergi untuk mentoring fizikal yang meliputi kawasan di negeri Johor dan Terengganu.
Hari pertama – 13 Disember 2021
Masuk office seperti hari biasa bekerja dan join morning booster bersama staff yang lain membuatkan perasaan semakin berkobar-kobar untuk bekerja pada hari ini. Usai sesi morning booster, saya bersama – sama dengan ketua unit projek membuat sedikit persiapan dan mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti mentoring ke negeri Johor dan Terengganu. Perjalanan dimulakan setelah kesemuanya sudah bersedia dan tempat pertama yang kami tuju adalah ke Pasir Putih,Kelantan. Ia adalah untuk mengukur site projek sebelum quotation dikeluarkan bagi pembinaan bangunan yang menggunakan IBS MeGGa. Sesi mengukur ini mengambil masa lebih kurang dua jam kerana ia perlu dilakukan secara teliti dengan menitikberatkan segala aspek. Perjalanan ke Johor bersambung ketika hari sudah semakin petang. Oleh sebab cuaca yang elok, perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami mengambil keputusan untuk berhenti rehat seketika di R&R Paka West Bound. Alhamdulillah, kami selamat sampai di hotel lobi di Johor hampir pukul tiga pagi.
Hari kedua – 14 Disember 2021
Sedap breakfast pagi hari ni disediakan oleh pihak hotel. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami berdua telah tiba di tapak projek yang pertama iaitu di Kulai bertujuan untuk latihan mentoring fizikal. Kami berdua memperkenalkan diri daripada syarikat AZ Mega Plus dan berkenalan dengan kontraktor serta anak buahnya yang terlibat dalam projek binaan ini. Selepas ianya selesai, sesi mentoring dimulakan dengan pembentangan manual pemasangan IBS MeGGa dan diikuti dengan hands’ on practical. Sepanjang sesi mentoring direkod saya melalui video supaya ia boleh dijadikan memento setelah projek itu siap dan juga untuk simpanan pejabat. Langkah kanan mungkin kami ke mari kerana kami dapat bersama – sama makan lunch dengan mereka sebelum meneruskan sesi mentoring hingga ke petang. Oleh sebab yang agak berangin di sini, proses mentoring dapat berjalan dengan lancar dan dapat diakhiri dengan sesi Q&A dengan kontraktor yang terlibat. Seterusnya, perjalanan kami diteruskan ke Kota Tinggi setelah semua tunjuk ajar jelas dan difahami oleh kontraktor.
Hari ketiga – 15 Disember 2021
Kami berdua meneruskan perjalanan ke tapak projek di Kota Tinggi setelah makan pagi dan check-out hotel. Cuaca yang agak mendung hari ini dan selepas sesi perkenalan dengan kontraktor dan tukang rumah, hujan renyai – renyai turun membasahi tapak projek. Oleh sebab hujan turun, kami tidak melepaskan peluang untuk membuat sesi mentoring berpandukan manual di bawah satu pondok yang berdekatan dengan tapak projek. Hujan turun hampir 30 minit dan berhenti. Ia memberi peluang untuk kami menyambung aktiviti mentoring fizikal dan merekod video serta membuat sesi live di Facebook. Sesi mentoring di Kota Tinggi berakhir dengan lancar pada waktu tengah hari dan seterusnya, kami bergerak pula menuju ke Batu Pahat. Sepanjang perjalanan menuju ke tapak projek di Batu Pahat, hujan turun dengan lebatnya dan tiba di sana hampir pukul 6.00 petang. Kami melawat dua kawasan projek yang berbeza di sini. Lewat malam juga kami pulang ke hotel kerana sempat meluangkan masa dengan kontraktor di sini dengan menyertai makan malam bersama.
Hari keempat – 16 Disember 2021
Hari ini kami pergi melawat tapak projek di Parit Jawa, Muar Johor. Seperti biasa, sebelum sesi mentoring dimulakan, sesi perkenalan antara kami dengan kontraktor dimulakan terlebih dahulu. Menariknya di sini, sesi mentoring hanya memerlukan masa selama 2 jam sahaja jika dibandingkan dengan sesi mentoring yang lain yang memakan masa hampir satu hari. Selesai sesi mentoring di sini, kami mengambil kesempatan untuk ke Melaka dan menjamu selera masakan asam pedas makanan tradisi orang di sini. Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan kami ke Terengganu dan tiba di sana hampir jam 10.30 malam.
Hari kelima – 17 Disember 2021
Hari ini adalah hari terakhir untuk sesi mentoring yang diadakan pada tahun ini. Hari ini hari jumaat dan hari ini merupakan hari hujung minggu bagi warga Terengganu. Dek kerana cuti hujung minggu, kami hanya sempat bertemu dengan kontraktor nya sahaja kerana yang lain bercuti. Tapak binaan sudah didirikan, namun oleh kerana keadaan cuaca yang tidak stabil, ia melambatkan proses percantuman panel untuk membentuk dinding rumah. Lokasi tapak projek di Terengganu kali ini sangat cantik dan menarik kerana terletak berdekatan dengan sawah padi. Selesai sesi mentoring di sini, maka berakhir sudah program mentoring selama lima hari yang mana merangkumi tapak projek di Johor dan juga Terengganu.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/