Umumnya, penggunaan IBS MeGGa adalah digunakan untuk dijadikan bahagian dinding rumah menggantikan susunan batu bata yang digunakan melalui kaedah konvensional. Tahukah anda, bahawa pembinaan rumah satu tingkat dan dua tingkat mempunyai sedikit perbezaan terutamanya dalam sistem pembinaannya.
Point yang pertama saya ingin jelaskan mengenai pembinaan rumah satu tingkat. Pembinaan rumah setingkat dimulakan dengan pembinaan tapak. Dalam pembinaan rumah satu tingkat ini, kita tidak memerlukan beam dengan tiang ataupun lebih dikenali sebagai column. Untuk menggantikan beam, kami akan menggunakan top track sebagai pengganti fungsi beam yang bertujuan untuk memegang dinding tersebut selain untuk dijadikan sebagai tapak untuk trusses bumbung dipasang. Ia bertujuan untuk memegang dinding panel IBS MeGGa dan memastikan ia lebih kukuh apabila siap dibina.
Selepas pemasangan panel ataupun IBS MeGGa selesai, kami akan menggunakan trusses atau kerangka bumbung yang diperbuat daripada besi sebelum bumbung diletakkan. Kebiasaannya, untuk bumbung, kami memilih untuk menggunakan atap gajah. Ini adalah kerana ianya mudah di pasang, murah dan juga sesuai dengan pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa.
Untuk ketinggian rumah pula, walaupun panel IBS MeGGa berukuran 2 kaki lebar dan 10 kaki panjang, ia boleh diubah mengikut citarasa pelanggan. Ketinggian rumah boleh diubah dan mencecah ketinggian sebanyak 13 kaki ke 14 kaki. Namun begitu, kebiasaannya orang ramai memilih ketinggian rumah sebanyak 10 kaki ke 11 kaki.
Sekarang, kita beralih pula ke pembinaan rumah 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa. Berbeza dengan pembinaan rumah setingkat yang kurang menggunakan pasir, besi dan simen, pembinaan rumah dua tingkat adalah sebaliknya. Selain daripada itu, pembinaan rumah 2 tingkat juga menggunakan tiang dan juga beam untuk memastikan binaan kukuh dan lebih selamat.
Selepas beam disiapkan, slab akan dibuat untuk langkah seterusnya dan diikuti pula dengan pemasangan panel dengan menggunakan bottom track bagi tingkat bawah. Untuk pembinaan bahagian tingkat atas, selepas pelantaian dilakukan seperti biasa, panel akan dipasang dan sama seperti rumah satu tingkat, top track akan digunakan sebelum pemasangan bumbung dilakukan.
Begitulah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi mengenai perbezaan pembinaan rumah setingkat dan 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/