Seni Pembuatan Perabot

Seperti yang sedia maklum melalui artikel saya yang bertajuk – Khidmat InteriorDesigner, syarikat saya juga ada menyediakan servis pembuatan perabot untuk custom-made shelves atau custom-made almari. Dalam seni pembuatan perabot, kami memilih untuk fokus lebih terhadap pembuatan custom-made kabinet dapur.

            Bahagian reka bentuk, jumlah ruangan yang perlu ada dalam kabinet dan juga pemilihan warna, pelanggan kami boleh membuat keputusan sendiri mengikut citarasa mereka dan juga boleh dibantu dengan pendapat diberi daripada pereka dalaman daripada team AZ Mega Plus.

            Kebiasaannya, material yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur daripada aluminum, melamine atau solid nyatuh. Aluminium yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur adalah merupakan jenis hollow iaitu besi jenis ringan. Bagi ukuran saiz kabinet dapur pula, standard saiz ia berukuran tinggi sebanyak 850mm dan kedalaman sebanyak 2 kaki tetapi panjangnya mengikut dinding on the side.

 Kabinet dapur terdiri daripada base cabinet dan juga top cabinetTop cabinet merupakan kabinet dapur yang dilekatkan di dinding yang boleh dicapai menggunakan tangan. Kabinet dapur bahagian atas selalunya dijadikan sebagai storage atau tempat meletakkan stok makanan kering dan peralatan memasak yang bersaiz kecik dan ringan. Ia adalah kerana untuk mengawal tekanan dan berat yang diterima oleh kabinet tersebut.

            Golongan ibu-ibu yang menganggap dapur itu adalah syurga bagi mereka, apatah lagi bagi mereka yang suka memasak amat menitikberatkan keadaan dapur supaya masih nampak cantik dan bersih. Oleh sebab itu, penggunaan cooker hood atau lebih dikenali sebagai kebuk asap selalunya digunakan untuk mengalirkan asap yang dihasilkan semasa memasak ke ruangan secara sekata. Sekiranya pelanggan kami ingin memasang cooker hood di dapur, ia boleh dipasang dengan kabinet dapur kami.

Bagi pembuatan top kitchen cabinet, kami menggunakan bahan seperti concrete dan granite. Namun begitu, sejenis bahan yang dinamakan kompac plus juga turut digunakan tetapi syarikat saya tidak menyediakan material jenis tersebut buat mase sekarang. Berbeza dengan base cabinet, ianya merupakan kabinet dapur yang berada di bawah. Ia biasanya dilengkapi dengan hob iaitu tempat memasak atau orang ramai memanggil ia sebagai stoves. Base cabinet juga boleh dijadikan tempat penyimpanan barang khasnya perkakas memasak yang lebih berat,besar dan kerap digunakan Ketika memasak.

            Sebenarnya satu set kabinet merangkumi top cabinet, base cabinet, oven unit dan juga fridge unit. Namun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ia akan dibuat mengikut permintaan dan citarasa pelanggan kami termasuklah penambahan island unit bagi mereka yang berkeinginan. Sejujurnya, bagi saya pembuatan kabinet dapur adalah penting semasa pembinaan sesebuah rumah. Ini adalah kerana ia adalah tulang belakang untuk sesebuah rumah.

Sebuah keluarga kebiasaannya menghabiskan masa dengan makan bersama di dapur. Dan untuk satu masakan yang enak, keadaan dapur yang kemas juga memainkan peranan. Apabila makanan yang sedap dimasak, orang yg makan secara automatik akan rasa gembira dan seronok bak kata pepatah dipetik daripada Adrienne Posey’ Good food warms the heart and feeds the soul’

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top