Train to Dabong ..choo choo!(Part 4)

 Sesudah permainan Bean Relay ditamatkan, kami semua mempunyai masa untuk menukar pakaian, membersihkan diri dan menunaikan solat. Selepas kesemuanya siap dan bersedia untuk bertolak balik, kami singgah sebentar di papan tanda Gunung Stong untuk bergambar sebagai tanda kenangan. Untuk tidak membuang masa, kami terus pegi ke Kedai Che Nah Mee Udang untuk makan sebelum bergerak ke stesen kereta api.

menyelerakan bukan …

Berbaloi makan di gerai Che Nah Mee Udang, dengan saiz udang harimau yang besar, jus/air udang yang manis dan mi yang kenyal menjadikan ia makanan yang paling special bagi pengunjung yang datang ke sini. Ditambah pula dengan pekerja kedai makan yang mesra pelanggan menjadikan kami tidak segan – silu untuk bertanya. Sementara menunggu masakan disiapkan, kami mempunyai satu sesi luahan hati secara berpasangan. Ia bertujuan untuk menghargai kehadiran staff tersebut dalam organisasi syarikat saya ataupun bahasa mudahnya dipanggil sebagai appreciation speech.

Abe Jie, tour leader yang sangat berpengalaman dan berbakat mengambil gambar

Kami bertolak ke stesen kereta api kira-kira pada pukul 5.45 petang setelah kami siap makan dan sampai di stesen kereta api Dabong tepat pada jam 6 petang. Kereta api kami sampai tepat pada pukul 6.06 petang. Selepas kami duduk di tempat duduk kami, sesi pembahagian hadiah diadakan. Lebih mengejutkan, saya dan isteri mempunyai special prize berbentuk wang tunai sebanyak RM100 dan juga RM50 kepada pemenang khas.

Special prize untuk MC kerana menjadi bidan terjun last minute

Pemenang keseluruhan permainan bagi program Train to Dabong dimenangi oleh Kumpulan A. Ada yang mengambil peluang untuk berehat dan tidur selepas semua hadiah disampaikan kepada para pemenang. Ada juga yang berehat sambil berborak sambil menunggu kereta api sampai ke stesen Wakaf Bharu. Kami sampai di sana lebih kurang jam 9 malam dan ada sedikit ucapan penutup serta majlis perpisahan kerana pada hari tersebut, ada dua orang pelajar UiTM telah menamatkan latihan industri mereka dengan jayanya.

Deep inside from the bottom of my heart, saya dapat merasakan tujuan program ini diadakan mencapai target iaitu untuk menjalin satu ukhwah antara satu sama lain yang bekerja di bawah syarikat saya dan juga menghasilkan satu teamwork yang hebat dalam kalangan mereka setelah menghabiskan masa seharian bersama. Saya sendiri merasa seronok dengan hasil kerja staff saya menghasilkan satu program yang fun tetapi meaningful. Harapan saya semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top