FB Ads

Salah satu FB Ads syarikat AZ Mega Plus Group

Facebook kini bukan sahaja sebagai media social malah juga turut dikenali sebagai marketing platform yang terlaris setakat ini. Ini adalah kerana laman Muka Buku ini digunakan oleh pelbagai lapisan umur; daripada muda hingga ke golongan orang yang berumur dalam kalangan 40 tahun ke 50 tahun. Pengiklanan melalui Facebook dikenali sebagai FB Ads.

            Penggunaan FB Ads dalam marketing strategy merupakan satu strategi yang bijak kerana ia boleh disampaikan kepada target audience secara meluas. Langkah yang penting untuk buat iklan melalui Facebook adalah perlu mempunya akaun Facebook.

Contoh FB Ads menggunakan gambar di Feeds.
Sumber gambar daripada Google.

            FB Ads boleh dihasilkan melalui button ‘Manage Ads’ yang mempunyai dua cara iaitu Guided Creation and Quick Creation. Kedua cara tersebut sedikit berbeza kerana Guided Creation memberi arahan secara teratur untuk pengguna, manakala Quick Creation merupakan pembuatan iklan FB Ads mengikut template yang sudah ditetapkan.

            Tujuan pengguna baru mencari sifu yang mahir mengenai FB Ads adalah kerana untuk mendapatkan ilmu tentang cara – cara bagaimana untuk menjadikan sesuatu iklan melalui Facebook menarik perhatian orang ramai tanpa perlu menggunakan perkataan yang panjang tetapi masih mencapai tujuan.

Contoh kedudukan FB Ads di Facebook.
Sumber gambar daripada Google.

            Setelah FB Ads selesai dilakukan, boleh beralih ke langkah yang seterusnya iaitu pembayaran. Facebook mempunyai sistem e-walletnya yang tersendiri di mana kita haruslah menambah nilai atau top up wang ke dalam sistem tersebut sebelum kita launch FB Ads kempen perniagaan syarikat kita. Minimum nilai yang boleh ditambah nilai adalah RM10.

            FB Ads boleh diset program jadualnya ataupun ia boleh berjalan selama yang kita mahu sehingga kita off/ pause secara manual. Sekiranya sesuatu iklan mempunyai target audience yang memiliki kriteria khas, ia perlu di programkan terlebih dahulu sebelum FB Ads running supaya ia boleh narrow down kepada respondent yang sesuai.

            The reason mengapa nilai minimum untuk menambah nilai ke dalam e-wallet Facebook adalah RM10 kerana ia bakal mempengaruhi di manakah Facebook akan blast iklan tersebut. Secara ringkasnya, semakin tinggi nilai di e-wallet, semakin tinggi peluang untuk iklan mencapai relevan audiens.  

Antara contoh FB ADS melalui video dan juga gambar.
Sumber gambar daripada Google.

            Penggunaan gambar dan video kini sering digunakan untuk iklan memasarkan sesebuah perniagaan. Ruangan ‘Feeds’ adalah lebih sesuai bagi penggunaan iklan bergambar manakala iklan bervideo pula lebih sesuai dipilih kategori sebagai ‘In Stream’. FB Ads banyak membantu perniagaan orang ramai untuk terus maju dan berkembang dalam pasaran termasuklah syarikat saya.

            Namun, saya bukan hanya menggunakan khidmat FB Ads semata – mata, malah team saya juga turut aktif dalam engagement dengan orang ramai melalui posting update syarikat saya di Facebook. Bukan sahaja Facebook, malah turut aktif di page sosial media yang lain seperti Twitter, Instagram dan juga TikTok.   

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top