Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 1)

Kebaikan Penggunaan IBS Lightweight Panel Wall

EPS (Expanded Polystrene) atau STYROFOAM adalah produk yang sangat ringan yang diperbuat daripada manik polistrina yang diperluas dalam kepelbagaian industri. Polystrene kebiasaannya dipadatkan lalu dicairkan pada suhu yang lebih tinggi dan dipadatkan semula untuk mendapatkan satu bentuk mengikut acuan yang diinginkan. Dalam industri pembinaan, EPS dicampurkan dengan concrete dan dimasukkan ke acuannya yang tersendiri menjadikan ia bahan binaan yang stabil dan kukuh. Ia dikenali sebagai Lightweight Panel Wall. Penggunaan IBS Lightweight Panel Wall dalam pembinaan rumah menjimatkan, tebat haba dan air dan juga mempunyai ketahanan yang tinggi.

Umum tahu bahawasanya pembinaan rumah memerlukan komitmen dari segi kos pengeluaran dan masa diperlukan untuk menyiapkan sesebuah binaan bangunan. Namun demikian, persepsi ini mampu disangkal dengan menggunakan teknologi IBS Lightweight Panel Wall, sesebuah rumah hanya memerlukan lebih kurang selama 15 minggu untuk siap tidak termasuk dengan pembuatan pagar sebagai landskap. Ini adalah kerana teknologi ini menggunakan cara yang simple untuk didirikan dengan bantuan saya dan team AZ Mega Plus. Saya dan team AZ Mega Plus akan turun padang ke site projek untuk mentoring secara fizikal dan memberi tunjuk ajar step by step demi memastikan ia dipasang dengan betul.

Sumber gambar daripada Google

Selain daripada penjimatan masa, kos juga dapat dikurangkan dengan menggunakan teknologi IBS Lightweight Panel Wall. Sistem konvensional memerlukan bahan mentah seperti pasir, simen, besi dan batu bata dalam kuantiti yang agak banyak dan jika ia didapati berlebihan, terdapat kerugian kos di situ dan juga pembaziran. Kontranya, tiada pembaziran dan kerugian kos akan berlaku dengan penggunaan IBS Lightweight Panel Wall dalam pembinaan rumah. Ini adalah kerana penggunaan panel digunakan akan dikira mengikut pelan rumah yang sudah finalized. Justeru itu, pembaziran dan overcost dapat dielakkan. Tambahan pula, cost untuk tukang per head juga dapat dikurangkan kerana penggunaan IBS Lightweight Panel Wall hanya memerlukan antara tiga ke empat orang sahaja berbanding dengan konvensional yang memerlukan sehingga tujuh orang.

Untuk sambungan, boleh terus ke sini https://sifuibs.com/rumah-ibs-rumah-idaman-citarasa-terkini-bahagian-2/

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top