
Seterusnya, teknologi IBS yang menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga bersifat ketahanan terhadap haba,suhu tinggi dan air . Ini adalah kerana sifat EPS sendiri yang lembut dan mampu menyerap haba dan suhu yang tinggi menjadikan sesebuah binaan atau rumah menjadi lebih sejuk dan nyaman untuk didiami. Ini bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang hanya mempunyai musim panas dan hujan sepanjang tahun. Pada musim panas, rumah yang dibina menggunakan IBS Lightweight Panel Wall mampu memberi penjimatan dari segi penggunaan elektrik kerana haba dan suhu yang tinggi sudah difilter oleh teknologi ini dan menjadikan suhu di dalam rumah lebih rendah berbanding di luar. Selain dariupada itu, teknologi IBS yang menggunakan Lightweight Panel Wall system juga boleh menahan suhu yang tinggi semasa kebakaran untuk satu tempoh sebelum mula bereaksi terhadap haba dan api. Expanded Polystrene juga tidak menyerap air dan bersifat rendaman yang baik. Hasilnya, perosak tidak akan menyerang dan tidak mendorong kepada dinding yang berkulat dan berwarna kehitam-hitaman.
Untuk sambungan, boleh terus ke sini https://sifuibs.com/rumah-ibs-rumah-idaman-citarasa-terkini-bahagian-3/
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/