Author name: sifuibs

Bina Impian

Artikel saya selalunya mengenai bina rumah, cara bina rumah dan juga rekaan dalaman. Artikel saya kali ini saya nak berkongsi mengenai rumah impian saya. Sejak daripada kecil, saya mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah yang digelar mansion – rumah agam. Sebuah mansion kelihatan gah dimata kasar pandangan orang ramai dek kerana saiznya yang besar dan juga dilengkapi dengan landscape yang kemas. Sebelum saya bergiat aktif dalam dunia pembinaan, saya merupakan seorang tukang kayu; a carpenter yang mahir dalam pembuatan perabot sahaja. Bersama – sama dengan isteri saya, kami berdua menguruskan syarikat perabot saya pada masa itu. Struktur office pada masa itu hanya boleh muat dua orang sahaja. Selepas itu, secara perlahan – lahan saya bergiat dalam kerja – kerja renovation dan juga projek-projek kerajaan yang melibatkan tender. Semasa saya terlibat dalam projek-projek gomen, the struggle yang saya hadapi, sangat hebat. Bill of Quantities (BQ) harus diisi terlebih dahulu sebelum proses sebut harga berlaku. Selain daripada itu, terdapat beberapa proses lagi yang perlu dilakukan sehingga tender sesebuah projek itu saya miliki. Selama hampir beberapa tahun melibatkan diri dalam projek bawah kendalian kerajaan, ada satu masa saya berasa sangat kecewa dan muak dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Tika itu, saya merasakan total lost dan ingin mengubah nature business saya ke arah kosmetik. Kalau pembaca mengikuti laman artikel saya yang sebelum ini, saya pernah menceritakan bagaimana kisahnya saya bertemu dan berkenalan dengan IBS MeGGa seperti di SINI. Namun, ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi saya untuk naik sehingga ke tahap sekarang. Saya bertatih dahulu dengan menimba ilmu pengetahuan mengenai IBS MeGGa sebelum terus yakin untuk memajukan perindustrian pembinaan IBS. Setara dengan usaha saya yang selama ini berkejar-kejaran pergi site project, site meeting dan juga pejabat, akhirnya syarikat IBS saya mula dikenali orang ramai. Usahkan negeri Kelantan, malah nama syarikat saya juga dikenali di luar negeri seperti Johor, Selangor dan Terengganu. Daripada berdua, team syarikat saya semakin berkembang hampir 50 orang pekerja. Sekarang, saya sedang membina bersama rakan – rakan perniagaan kontraktor atau yang baru menceburi industri IBS ini yang mana hampir lebih daripada 1000 usahawan berdaftar di bawah syarikat saya. Usaha saya tidak akan berhenti setakat ini, malah saya berusaha untuk menarik minat kontraktor yang lain untuk turut serta menggunakan IBS MeGGa melalui program Kippidupp dan juga EBA Diamond. Bukan sahaja saya ingin memajukan diri sendiri, malah saya juga ingin melihat orang lain untuk sama – sama maju ke hadapan. Apapun pesanan saya, impian harus ditulis walaupun keadaan masih kurang pasti sama ada boleh dimiliki atau tidak. Although I am way back many steps behind, but I am sure I am one step forward to have my dream. Fuh, sesekali izinkan saya menulis dalam bahasa Inggeris ya. Jadi, saya di sini ingin menyarankan untuk semua supaya menulis setiap satu impian dalam buku catitan, walaupun ia kedengaran agak nonsense. Tetapi, setiap impian yang ditulis haruslah diikuti dengan tindakan supaya ia seiring dan tidak kelihatan seperti angan-angan Mat Jenin. Harapan saya, semoga doa dan impian saya serta anda semua akan tercapai, In Shaa ALLAH. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 2)

Seterusnya, teknologi IBS yang menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga bersifat ketahanan terhadap haba,suhu tinggi dan air . Ini adalah kerana sifat EPS sendiri yang lembut dan mampu menyerap haba dan suhu yang tinggi menjadikan sesebuah binaan atau rumah menjadi lebih sejuk dan nyaman untuk didiami. Ini bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang hanya mempunyai musim panas dan hujan sepanjang tahun. Pada musim panas, rumah yang dibina menggunakan IBS Lightweight Panel Wall mampu memberi penjimatan dari segi penggunaan elektrik kerana haba dan suhu yang tinggi sudah difilter oleh teknologi ini dan menjadikan suhu di dalam rumah lebih rendah berbanding di luar. Selain dariupada itu, teknologi IBS yang menggunakan Lightweight Panel Wall system juga boleh menahan suhu yang tinggi semasa kebakaran untuk satu tempoh sebelum mula bereaksi terhadap haba dan api. Expanded Polystrene juga tidak menyerap air dan bersifat rendaman yang baik. Hasilnya, perosak tidak akan menyerang dan tidak mendorong kepada dinding yang berkulat dan berwarna kehitam-hitaman. Untuk sambungan, boleh terus ke sini https://sifuibs.com/rumah-ibs-rumah-idaman-citarasa-terkini-bahagian-3/ Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Moments ketika Mentoring Fizikal

Seperti artikel saya yang sebelumnya, saya atau team unit projek akan pergi ke site project untuk mengadakan sesi mentoring secara fizikal. Kebiasaannya sesi mentoring secara fizikal akan diadakan setelah kontraktor atau tuan rumah yang terlibat sudah membuat pembelian panel IBS MeGGa daripada syarikat saya. Oleh sebab syarikat saya, AZ Mega Plus Group merupakan pembekal utama bahan IBS MeGGa di Pantai Timur, kami mengambil masa selama seminggu untuk menghabiskan masa untuk mentoring fizikal di mana boleh melibatkan tapak projek di beberapa buah negeri sekaligus. Antara kejadian yang saya boleh recalled seingat saya, projek pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa di Kuala Krai. Tapak rumah sudah siap dibuat dan ready untuk pemasangan IBS MeGGa sebagai dinding. Kebanyakan orang beranggapan bahawa pemasangan produk IBS ini boleh diibaratkan seperti permainan Lego. Namun begitu, ia haruslah dipasang dengan menggunakan cara yang betul untuk memastikan binaan kekal kukuh dan stabil. Apa yang terjadi di site projek di sini, panel IBS MeGGa dipasang dengan menggunakan system locking (menggunakan besi) sahaja. Ia dibuat terlebih dahulu tanpa menunggu kami datang ke sana untuk guide secara lebih dekat. Sudahnya, solution kepada situasi ini adalah panel IBS MeGGa terpaksa dibuka semula dan di install sekali lagi menggunakan kaedah yang betul iaitu dengan menggunakan simen gam dan seterusnya locking menggunakan besi. Peralatan atau kelengkapan untuk pembinaan rumah atau bangunan juga merupakan salah satu kekangan untuk menyiapkan sesuatu binaan, terutamanya bagi seseorang kontraktor yang dulunya aktif dalam konvensional kini beralih arah terhadap penggunaan IBS. Point di sini bukan untuk menyatakan yang bahan seperti simen gam, hybrid mesh, bottom track, top track dan juga panel IBS MeGGa tidak cukup tetapi peralatan yang digunakan seperti untuk mengangkat panel IBS MeGGa dan sebagainya. Sepanjang saya dan team pergi untuk mentoring fizikal, bermacam – macam jenis cara dapat dilihat bagaimana cara panel IBS MeGGa diangkat. Untuk pengetahuan, berat panel IBS MeGGa yang berketebalan sebanyak 3 inci sekitar 83kg manakala untuk panel setebal 4 inci pula beratnya lebih kurang 120kg. Ada sesetengah tu mengangkat dengan menggunakan tenaga manusia, dan ada juga yang menggunakan kereta tolak atau trolley. Menariknya, ada juga yang mengangkat dan mengalihkan panel IBS MeGGa dengan cara menggolek di atas kayu besar untuk mengelakkan daripada penggunaan tenaga yang banyak. Sedangkan manusia mempunyai banyak jenis, inikan pula method digunakan untuk menyenangkan proses kerja yang seterusnya dapat memendekkan tempoh untuk binaan bangunan siap. Selain daripada itu, perbezaan hari bekerja juga merupakan antara salah satu cabaran untuk kami dalam mentoring secara fizikal. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sekurang – kurangnya seminggu diperlukan untuk melawat beberapa lokasi tapak di beberapa buah negeri. Contohnya mentoring fizikal terakhir pada tahun 2021 melibatkan negeri Johor dan juga Terengganu. Kami mulakan sesi mentoring fizikal di negeri Johor terlebih dahulu sebelum ke negeri Terengganu. Oleh sebab sesi mentoring fizikal di negeri Terengganu ketika itu jatuh pada hari Jumaat, saya hanya boleh terangkan pemasangan secara teori sahaja kepada ketua tukang rumah/kontraktor yang terlibat. Ini adalah kerana hari Jumaat merupakan hari cuti hujung minggu bagi negeri Terengganu. Sebenarnya, banyak lagi kejadian yang berlaku semasa sesi mentoring secara fizikal diadakan, namun saya tak berapa ingat kerana acapkali saya ke luar negeri untuk outstation. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 1)

Kebaikan Penggunaan IBS Lightweight Panel Wall EPS (Expanded Polystrene) atau STYROFOAM adalah produk yang sangat ringan yang diperbuat daripada manik polistrina yang diperluas dalam kepelbagaian industri. Polystrene kebiasaannya dipadatkan lalu dicairkan pada suhu yang lebih tinggi dan dipadatkan semula untuk mendapatkan satu bentuk mengikut acuan yang diinginkan. Dalam industri pembinaan, EPS dicampurkan dengan concrete dan dimasukkan ke acuannya yang tersendiri menjadikan ia bahan binaan yang stabil dan kukuh. Ia dikenali sebagai Lightweight Panel Wall. Penggunaan IBS Lightweight Panel Wall dalam pembinaan rumah menjimatkan, tebat haba dan air dan juga mempunyai ketahanan yang tinggi. Umum tahu bahawasanya pembinaan rumah memerlukan komitmen dari segi kos pengeluaran dan masa diperlukan untuk menyiapkan sesebuah binaan bangunan. Namun demikian, persepsi ini mampu disangkal dengan menggunakan teknologi IBS Lightweight Panel Wall, sesebuah rumah hanya memerlukan lebih kurang selama 15 minggu untuk siap tidak termasuk dengan pembuatan pagar sebagai landskap. Ini adalah kerana teknologi ini menggunakan cara yang simple untuk didirikan dengan bantuan saya dan team AZ Mega Plus. Saya dan team AZ Mega Plus akan turun padang ke site projek untuk mentoring secara fizikal dan memberi tunjuk ajar step by step demi memastikan ia dipasang dengan betul. Selain daripada penjimatan masa, kos juga dapat dikurangkan dengan menggunakan teknologi IBS Lightweight Panel Wall. Sistem konvensional memerlukan bahan mentah seperti pasir, simen, besi dan batu bata dalam kuantiti yang agak banyak dan jika ia didapati berlebihan, terdapat kerugian kos di situ dan juga pembaziran. Kontranya, tiada pembaziran dan kerugian kos akan berlaku dengan penggunaan IBS Lightweight Panel Wall dalam pembinaan rumah. Ini adalah kerana penggunaan panel digunakan akan dikira mengikut pelan rumah yang sudah finalized. Justeru itu, pembaziran dan overcost dapat dielakkan. Tambahan pula, cost untuk tukang per head juga dapat dikurangkan kerana penggunaan IBS Lightweight Panel Wall hanya memerlukan antara tiga ke empat orang sahaja berbanding dengan konvensional yang memerlukan sehingga tujuh orang. Untuk sambungan, boleh terus ke sini https://sifuibs.com/rumah-ibs-rumah-idaman-citarasa-terkini-bahagian-2/ Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

DI SEBALIK IBS & PROGRAM KIPPIDUPP

DI SEBALIK IBS & PROGRAM KIPPIDUPP             Pada mulanya beliau hanya menyertai program Team Members di bawah seliaan AZ Mega Plus Group dan seterusnya menjadi salah seorang peserta Kippidupp, iaitu satu program dikenali sebagai klinik IBS di mana perkongsian mengenai teknik – teknik pemasaran menggunakan kaedah IBS dalam  dunia pembinaan ke dalam pasaran sekarang.             Encik Mohammad Ismail bin Othman,56, pemilik TRH Megawall merupakan salah seorang ahli program EBA Diamond berjaya mengembangkan perniagaannya dalam bidang pembinaan menggunakan IBS MeGGa. Syarikat TRH Megawall yang beribu pejabat di Melaka, telah berjaya closed projek hampir mencecah RM 1 juta lebih.             Antara projek yang terlibat termasuklah pembinaan rumah dan juga kerja – kerja renovation rumah di Merlimau, Sungai Rambai, Tampin dan di beberapa lokasi yang lain. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai seorang arkitek dan telah lama berkecimpung dalam bidang industri pembinaan. Daripada ini yang membuat beliau tertarik dengan penggunaan IBS MeGGa.             Beliau amat tertarik dengan IBS MeGGa dan beliau berhasrat untuk mengkomersialkan penggunaan IBS MeGGa khasnya dalam pembinaan apartment. Umumnya, masyarakat kini berebut untuk membeli atau membina rumah, tambahan pula rumah di atas tanah (landed house), namun harganya yang mahal boleh membuat orang ramai berputih mata untuk memiliki rumah.             Oleh sebab itu, beliau ingin menggunakan IBS MeGGa dalam membina rumah pangsa atau secara komersial lebih dikenali sebagai apartment. Beliau berpendapat pembinaan menggunakan IBS MeGGa ada masa depan yang cerah dek kerana ia menjimatkan kos, tenaga dan masa.             Dalam sesi One on One bersama saya, beliau berkongsi syarikatnya meraih banyak projek yang melibatkan IBS. Beliau juga menyatakan yang belia tertarik dengan IBS MeGGa, malah beliau juga tertarik dengan pendekatan saya dalam memasarkan IBS MeGGa terhadap orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

IBS … cinta pandang pertama

Industrial Building System (IBS) Lightweight Panel Wall Alhamdulillah, secara jujurnya saya cukup teruja apabila saya berada di bawah bimbingan AZ Mega yang banyak memberi bimbingan sehingga saya berjaya dapat sebuah projek IBS yang bernilai agak lumayan dan saya cukup berterima kasih kepada AZ Mega dengan bimbingan yang telah diberi selama ini yang saya rasa bimbingan yang cukup berprogress, berstrategi dan lebih pada bersasar. Secara jujurnya, saya merasakan ia satu semacam sukar pemasangannya, tapi apabila sudah ceburi dan dapat bimbingan,rupa-supanya ia tidaklah sebegitu. Apabila kita ikut tekniknya, ia amat mudah dan menyenangkan dari sudut pemasangan.’ – kata Encik Idris daripada IZ GROUP CONSTRUCTION dari Johor yang kini menambah bidang renovation ke pembinaan menggunakan kaedah penggunaan IBS Lightweight Panel Wall.  Di awal penglibatan saya dalam bidang pembinaan bangunan, saya banyak terlibat dalam pembinaan projek gomen tanpa gagal. Oleh sebab itu, berbekalkan pengalaman saya yang sedia ada, saya ingin upgrade penglibatan saya dalam industri pembinaan to the next level yang mana menggunakan method Industrial Building System (IBS) dalam pembinaan bangunan. Namun begitu, saya perlu menyenaraikan ciri – ciri pembinaan yang saya ingin iaitu, ia mestilah method yang digunakan harus senang, tidak berat, praktikal, dinding yang semestinya solid dan selamat. Setelah ciri – ciri ini disenaraikan, ia mampu narrow down kajian saya dan membantu saya dalam identify bahan apakah yang perlu saya gunakan dalam kaedah IBS. Berdasarkan senarai yang saya buat, saya ingin menggunakan bahan dalam teknik IBS untuk membuat kempen rumah mewah, modern dan berkonsep lebih canggih. Umumnya, terdapat lebih 300 jenis IBS digunakan di Malaysia dan kebanyakannya bagus kerana sudah certified daripada SIRIM, CIDB dan BOMBA. Oleh sebab itu, saya perlu mengambil tahu kesemua konsep yang digunakan dalam Malaysia dan decide yang manakah wajar saya praktik dan ketengahkan dalam pasaran terkini. Faktor utama yang menyebabkan saya beralih menggunakan IBS adalah pembinaan rumah IBS memerlukan jangka masa yang singkat berbanding sistem konvensional yang memakan masa berbulan – bulan bahkan ada yang  bertahun. Selepas kajian dilakukan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah sistem IBS Lightweight Panel Wall yang diperbuat daripada Expanded Polystrene. Ia lightweight(ringan), solid dan permukaannya yang licin seolah-olah sudah diskim coat. Ciri – ciri yang sebegini menjadikan rumah dan pagar sebagai landskap kelihatan kemas. Tambahan pula, pembinaan menggunakan IBS Lightweight Panel Wall juga fleksibel dan selamat. Keyakinan saya terhadap penggunaan IBS Lightweight Panel Wall mampu menambat hati masyarakat kerana ciri-ciri yang ada seperti kemas, padat dan selamat hampir serupa dengan kaedah konvensional. Projek saya yang pertama membina rumah dengan menggunakan kaedah IBS ini hanya memerlukan lima minggu sahaja untuk siap dengan keluasan tanah seluas 1100 kaki persegi dan seterusnya projek kedua di tanah keluasan 1200 kaki persegi memakan masa selama enam minggu sahaja. Manakala, untuk projek yang berkeluasan sebanyak 2200 kaki persegi, saya dapat menyiapkan dalam masa tiga bulan sahaja. Ini adalah kerana penggunaan IBS Lightweight Panel Wall membantu progress pembinaan rumah dengan cepat  dan untuk mencapai 35 percent ke 45 percent, ia hanya mengambil masa selama 20 hari sahaja. Jadi, ia juga membantu dalam cashflow khususnya kepada para kontraktor dan pemaju. Selepas mengendalikan banyak projek pembinaan rumah menggunakan teknik IBS Lightweight Panel Wall dan keyakinan saya semakin meningkat, muncul idea untuk berkongsi ilmu mengenai penggunaan IBS Lightweight Panel Wall kepada kontraktor, pemaju dan masyarakat di Malaysia. Daripada ide tersebut, saya wujudkan satu program khusus yang diberi nama ‘Mentorship EBA Diamond’. Program tersebut berlangsung selama enam bulan dan bagi sesiapa yang join, terdapat tiga sesi yang berbeza untuk memastikan tujuan program ini diwujudkan. Bagi memastikan mereka mencapai tujuan, saya dan team AZ MEGA PLUS akan memberikan tunjuk ajar dan bantuan melalui online dan mentoring teknikal secara fizikal. Kesimpulannya, penggunaan kaedah IBS Lightweight Panel Wall mempunyai lebih banyak kelebihan daripada kaedah konvensional, lebih – lebih lagi adanya penjimatan dari segi cost dan masa. Sekiranya ada perancangan untuk membina rumah atau terlibat dalam industri pembinaan pada masa akan datang, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk kenal dan belajar tentang kaedah ini bak kata pepatah ‘tak kenal, maka tak cinta’. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Mereka berjaya dapat projek IBS ratus ribu.. Lebih 2000 join kami untuk dapat knowledge IBS

MENTORSHIP EBA DIAMOND Industrial Building System (IBS) yang menggunakan jenis bahan Lightweight Panel Wall merupakan satu sistem pembinaan yang masih baru dan kurang dikomersialkan dalam kalangan kontraktor dan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, AZ MEGA PLUS, sebuah syarikat bumiputera mempunyai kepakaran dalam menggunakan sistem ini dalam bidang pembinaan, malah kini mengendalikan projek hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia. Oleh sebab itu, pada awal Januari 2021, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program dikenali sebagai ‘Mentorship EBA Diamond’. Program ini dikelolakan secara keseluruhan oleh pihak AZ MEGA PLUS dan saya. Walaupun program ini memerlukan kos pendaftaran untuk tempoh enam (6) bulan, namun pulangannya lumayan terhadap para kontraktor atau pemaju yang menyertai program ini sekiranya komited dengan apa yang diusahakan. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta mempunyai tiga sesi yang berbeza. Pertamanya, Sesi ‘Slot Interview Session’ (SIS) yang berlangsung tiga kali sepanjang enam bulan program. Dalam sesi ini, audience boleh bertanyakan soalan mengenai IBS baik daripada segi penggunaan, cost, kelebihan dan sebagainya. Keduanya, kelas coaching secara terbuka bersama saya pada setiap minggu. Seterusnya, saya design khas sesi one on one secara peribadi,  supaya lebih berkesan untuk mereka bertindak dengan lebih yakin. Sesi ini hanya sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan. Semua sesi dilakukan secara atas talian melalui Zoom meeting dan grup Telegram. Di samping itu, pihak AZ MEGA PLUS juga akan memberi tunjuk ajar dalam proses perjanjian dengan tuan rumah, menyediakan bahan pemasaran secara online dan menyertai aktiviti turun padang ke tapak projek untuk memberi tunjuk ajar secara fizikal iaitu mentoring teknikal tentang tatacara mengendalikan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall dalam pembinaan bangunan dengan betul. Ini adalah kerana kebanyakan kontraktor atau pemaju yang mengamalkan kaedah konvensional dalam membina bangunan beranggapan bahawa penggunaan IBS adalah susah. Namun demikian, dengan penglibatan pihak AZ MEGA PLUS secara langsung dalam program ini secara online dan fizikal, kini, lebih ramai kontraktor dan pemaju yang lebih faham dan beralih arah daripada kaedah konvensional kepada penggunaan sistem IBS dalam menjana pendapatan melalui perniagaan pembinaan. Selain daripada pihak pemaju dan kontraktor, orang lain seperti suri rumah, pensyarah, pelajar dan lain-lain juga boleh menyertai program ini. Setelah hampir 12 bulan program ini berjalan, sekarang, seramai hampir 2000 orang telah menjadi ahli team kami yang terdiri daripada serata negeri. Kebaikan penggunaan IBS dalam pembinaan bangunan menjadikan bangunan lebih sejuk, kalis api, tebat haba dan menjimatkan kos adalah antara faktor yang menarik perhatian para kontraktor dan pemaju. Tambahan pula, dengan kenaikan harga bahan mentah seperti besi dan simen, ia juga menjadi salah satu faktor peralihan daripada kaedah konvensional kepada kaedah IBS. Berbekalkan nasihat, tunjuk ajar dan bantuan daripada AZ MEGA PLUS dan saya sendiri, ia sememangnya mampu mengubah nasib para kontraktor dan pemaju yang pada waktu ini. Ini dibuktikan dengan ada ahli ‘Mentorship EBA Diamond’ berkongsi bahawa selepas menyertai program ini, beliau memperoleh projek bernilai hampir RM2 juta  ke RM3 juta dan ada yang bermula dengan projek secara kecil – kecilan tetapi kini, mampu membina projek banglo mewah dan mempunyai grup kerja yang kian berkembang. Secara keseluruhannya, penggunaan IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall dalam pembinaan bangunan menggantikan sistem konvensional mampu mengubah nasib para pemaju dan kontraktor dan juga menyelamatkan poket orang ramai dalam membuat rumah diibaratkan win-win situation. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Scroll to Top