Author name: sifuibs

Khidmat Interior Designer

Peranan Interior Designer Sekiranya terdapat pembinaan atau pembikinan sesebuah projek, ia memerlukan satu kerja yang sangat teliti kerana ia haruslah dilukis dan di design mengikut cita rasa pelanggan atau tuan rumah. Di syarikat AZ Mega Plus, pihak saya bukan sahaja terhad kepada pembinaan rumah, malah juga terlibat dalam rekaan dalaman dan khidmat melukis pelan terhadap pelanggan kami.             Khidmat pereka dalaman ataupun lebih glamour digelar Interior Designer yang ditawarkan oleh syarikat saya digunapakai dalam pembuatan custom-made shelves atau melamine custom-made cabinet.  Ia akan dilakarkan dan dibuat mengikut preferences pelanggan dan juga atas nasihat pereka dalaman kami baik daripada segi konsep, warna dan sebagainya.  Selepas lakaran disiapkan dalam bentuk 2D dan 3D, lakaran tersebut akan diusulkan kepada pelanggan sehingga pelanggan berpuas hati dengan reka bentuk perabot tersebut.  Kebiasaannya, lakaran atau design process akan mengalami tiga fasa sebelum design perabot dapat finalized dan diteruskan ke bahagian production. Selain custom made kitchen, pembuatan perabot daripada syarikat kami juga meliputi custom made wardrobe, kabinet penyimpanan barang, dan juga kabinet kasut. Khas buat pelanggan yang mengupah khidmat syarikat saya, AZ Mega Plus untuk membina rumah di tanah sendiri, rumah yang dibina lengkap dengan kabinet dapur.             Selepas tempahan dibuat dan beberapa discussion diadakan, site visit akan dilakukan untuk memastikan ukuran dan propose design mempunyai nilainya yang tersendiri. Selain daripada itu, syarikat saya juga ada memberi khidmat melukis pelan, juga khas untuk sesiapa menggunakan khidmat kami untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Pelan lantai rumah yang dilukis oleh kami mengambil kira pandangan daripada pelanggan kami dan juga atas nasihat kami untuk keadaan struktur rumah supaya kelihatan cantik tetapi masih kukuh binaannya. Semestinya, keluasan rumah yang bakal dibina memainkan peranan penting untuk lukisan pelan lantai dilakar. Jumlah bilik tidur, bilik mandi dan ruang tamu yang terlibat perlu diambil tahu supaya lakaran dapat dilakukan dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

IBS MeGGa lebih jimat, kekal selamat

Kos pembinaan sesebuah rumah sekarang semakin meningkat dengan isu kenaikan harga barang mentah dalam pembinaan dan juga isu pembayaran kepada kontraktor. Ia terjadi berikutan penularan wabak COVID19 dan menjadikan industri pembinaan terhenti buat seketika disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan daripada Mac 2020 hingga September 2021. Dulu, ia dikenali sebagai pandemik dan sekarang kita secara perlahan-lahan beralih ke fasa endemik. Kita terpaksa biasakan hidup keadaan norma baru.                Orang ramai yang ada perancangan untuk membuat rumah terpaksa menunda rancangan mereka disebabkan budget tidak mencukupi kerana harga besi, pasir dan simen yang berperanan penting dalam pembinaan sesuatu binaan melonjak naik selepas PKP ditamatkan secara official. Selain konvensional; pembinaan rumah secara tradisional menggunakan batu bata, industri pembinaan juga ada melibatkan kaedah IBS (Industrialised Building System). Terdapat beribu jenis IBS digunakan dalam industri pembinaan. Salah satu IBS yang dikenali ramai pada masa kini adalah menggunakan bahan jenis IBS MEGGA Lightweight Panel Wall. Ia adalah satu material atau bahan yang di custom made di kilang diperbuat oleh Expanded Polystrene (EPS) yang dicampur dengan konkrit untuk memastikan ia menghasilkan satu produk binaan yang kukuh dan selamat untuk digunakan. Pembinaan sebuah rumah yang menggunakan kaedah IBS jenis ini, ia memerlukan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall, simen, besi, top track dan beberapa alatan accessories lagi.  Penggunaan pasir dalam pembinaan secara kaedah konvensional digunakan dengan kuantiti yang agak banyak kerana perlu membuat tapak, tiang dan penting digunakan untuk kegiatan plaster dinding untuk kelihatan lebih smooth dan cantik.  Berbeza dengan penggunaan IBS jenis bahan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall, sifatnya yang sudah licin bak telur rebus menjadikan ia cantik untuk dipandang tanpa perlu diplaster. Di sini jelas penggunaan pasir dalam kedua-dua kaedah dan ternyata, kaedah IBS lebih menguntungkan kerana penggunaan pasir yang sedikit berbanding konvensional. Justeru itu, ia dapat menjimatkan kos pembinaan rumah.  Selain pasir yang digunakan dalam kuantiti sedikit, besi juga begitu. Ia diperlukan untuk pembuatan tapak rumah atau beam, selain itu, ia juga digunakan untuk locking antara dinding. Secara perbandingannya, konvensional memerlukan lebih banyak batang besi daripada kaedah IBS. Demikian itu, ia menjadikan pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS semakin jimat berbanding konvensional. Kos juga boleh dikurangkan daripada segi tenaga kerja pembinaan. Ini adalah kerana pembinaan rumah kaedah IBS menggunakan tiga ke empat orang sahaja untuk sesebuah binaan untuk disiapkan.             Tuntas nya, kaedah IBS menggunakan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall ternyata ada penjimatan kos berbanding konvensional yang banyak menggunakan bahan mentah seperti besi, simen dan pasir yang kini harganya mencanak naik. Sekiranya kaedah IBS MEGGA Lightweight Panel Wall ini mampu mengurangkan kos pembinaan, ia nya boleh dijadikan option kedua untuk orang ramai kaji dan belajar sebelum teruskan rancangan untuk memiliki rumah idaman. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Tukang Rumah dalam Pembinaan

   Kata pepatah ada menyebut bahawa masa itu emas dan sekiranya masa itu tidak digunakan secara betul, ia adalah satu kerugian yang tidak akan berpatah balik dan menjadikan perancangan pada masa depan terganggu. Jadi, saya rasa kita perlu mengisi masa yang kita ada dengan sebaiknya. Masa dalam dunia pembinaan memainkan peranan penting terhadap pelanggan dan kontraktor sendiri. Masa yang ditunggu untuk pindah masuk ke rumah yang siap dibina dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah projek bina rumah.             Sekiranya komitmen yang diberi terhadap pembinaan sesuatu rumah adalah sepenuh perhatian, ditambah pula dengan faktor keadaan cuaca yang elok, satu binaan rumah mampu disiapkan dalam tempoh yang singkat. Selain komitmen yang diperlukan daripada kontraktor, khidmat tukang rumah juga penting dalam pembinaan sesebuah rumah. Ianya menjadi pilihan seseorang kontraktor sama ada mahu menggunakan khidmat tukang rumah warga asing ataupun tukang rumah lokal.  Antara masalah yang sering dihadapi oleh para kontraktor adalah tukang rumah lari semasa projek pembinaan sedang berlaku lagi – lagi sekiranya melibatkan tukang rumah warga asing. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya passport disimpan oleh mereka sendiri. Berbeza dengan passport disimpan oleh kontraktor, tukang rumah warga asing akan sedikit terikat dengan kontraktor. Disebabkan itu, mereka perlu patuh dan memberi sepenuh perhatian dalam menyiapkan sesuatu projek mengikut tempoh yang ditetapkan.             Selain daripada itu, juga terjadi kes di mana kontraktor atau tukang rumah lari selepas memperoleh duit daripada owner rumah. Untuk mengelakkan daripada kejadian seperti ini berlaku, kedua belah pihak antara owner rumah dan kontraktor boleh mencapai kata sepakat untuk sign Surat Lantikan Kontraktor/Tukang sebagai perjanjian. Dengan kewujudan perjanjian seperti ini, ia dapat mengelakkan risiko daripada berlakunya insiden tukang rumah lari daripada projek.   Antara sebab mengapa terjadinya insiden tukang rumah lari ialah harga upah tukang per head. Umumnya, perkara ini tiada satu ketetapan yang jelas kerana kadar bayaran yang dikenakan mengikut lokasi tapak projek tersebut. Contohnya ada harga upah tukang per head sebanyak RM100 sehari, RM120 sehari dah malah ada juga yang menetapkan RM90 untuk sehari bekerja. Mungkin ini dapat diubah sedikit mengikut preference kontraktor atau tuan rumah sekiranya menggunakan IBS MeGGa dalam pembinaan. Pemasangan IBS MeGGa hanya memerlukan tenaga kerja seramai tiga ke empat orang sahaja.             Tambahan pula, dengan konsep ini juga dapat mengelakkan daripada insiden tukang rumah lari dan pergi ke tapak projek yang lain yang menawarkan bayaran kepada tukang dengan harga yang lebih tinggi. Masa pembinaan sesebuah rumah juga boleh menjadi prolong sekiranya bahan pembinaan terputus dan terpaksa menunggu lama untuk ia sampai dan menyambung kerja-kerja pembinaan. Dalam isu ini, kontraktor atau owner rumah memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahan binaan cukup dan tidak terputus demi memastikan projek binaan sesebuah rumah berjalan dengan lancer dan seterusnya siap dalam masa yang ditetapkan.  Sebagai kesimpulan, tukang rumah juga berperanan penting dalam memastikan sesuatu projek binaan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan boleh menjadi a turning point untuk kadar upah tukang rumah per head bertukar daripada rendah ke tinggi. Keupayaan seramai tiga ke empat orang sama dengan tujuh orang yang diperlukan untuk kaedah konvensional adalah sangat berbaloi untuk invest dengan meninggikan kos upah tukang per head lebih daripada biasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Liku-Liku Seorang Kontraktor.

‘Ting! Ting! Ting! Telefon berbunyi menandakan notification daripada Whatsapp group masuk secara berturut-turut.  Saya berasa amat curious dengan mesej yang diterima dan terus buka aplikasi Whatsapp tersebut. Alhamdulillah. Allahhu-akbar, Allah Maha Besar. Segala puji bagimu Ya – Allah. Rupa – rupanya En Nazarudin Whatsapp untuk bagitahu bahawa beliau sudah mendapat kepercayaan untuk menyiapkan beberapa projek menggunakan IBS MeGGa. Hampir tujuh tahun sudah saya bergiat aktif dalam industri pembinaan jenis IBS menggunakan Lightweight Panel Wall. Sepanjang itu lah saya sentiasa bersedia dan suka berkongsi dengan kontraktor lain bahkan orang ramai juga mengenai kaedah pembinaan jenis IBS ini. Selain sharing mengenai pengalaman dalam industri pembinaan, saya juga akan dan selalu berkongsi tentang tips dan strategi pemasaran. Ini adalah kerana ramai orang boleh berbusiness, tetapi tidak ramai orang yang tahu dan berkemampuan dalam pemasaran industri pembinaan. Tambahan pula sekarang ramai orang target ke arah penggunaan pemasaran secara online berbanding offline yang memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pelanggan serta kos untuk print flyers, pamphlet, bunting dan sebagainya. Online marketing yang kini semakin menambat hati pasaran dan orang ramai membolehkan kami; yang berniaga membuat marketing dengan cara kami yang tersendiri tetapi boleh menarik perhatian orang ramai melalui saluran Facebook,Twitter dan Instagram. Selain daripada jimat dari segi masa dan kos, ia juga tidak menggunakan tenaga kerja yang sangat ramai. Marketing boleh dibuat dengan hanya menekan button ‘SHARE’ dan ia akan dapat dilihat seantero dunia melalui pemasaran secara digital ataupun online. Bak kata pepatah English, it is just one click away.             Merenung kembali pada zaman saya sebelum bergiat aktif dalam industri IBS, saya hanya terlibat dalam pembuatan perabot, Interior Design, ubahsuai (renovation) dan juga projek gomen. Ada satu tahap saya rasa sangat depressed dek ditipu kontraktor dan terpaksa guna duit sendiri untuk siapkan projek tersebut. Bukan itu sahaja, saya terikat dengan jadual yang ditetapkan oleh badan kerajaan untuk membentangkan paperwork mengenai tender yang dibuka dan bermacam kejadian lagi yang berlaku.             Pada satu petang yang hening, saya masih berada di dalam kereta, di atas jalan raya menghala ke rumah setelah seharian bekerja dan lalu di sebatang jalan, saya ternampak satu bunting iklan mengenai bina rumah atas tanah sendiri. Terdetik di fikiran saya-‘Eh, ni macam menarik dan jarang nampak iklan yang macam ni.’ Disebabkan saya tertarik dengan iklan bunting itu, saya membuat sedikit research mengenainya dan mendapati bahawa ia memang kurang berada di pasaran pada masa itu.     Selepas itu, baru lah saya mengkaji sistem IBS yang manakah patut saya cuba dan guna untuk bergerak lebih maju dalam industri pembinaan. Di situ lah detik pertama saya berkenalan dengan IBS jenis Lightweight Panel Wall. Saya nampak kelebihan ia di masa depan dan potensinya yang tersendiri di pasaran. Pada tahun 2016, saya mula bergiat secara serius dalam penggunaan IBS bahan jenis Lightweight Panel Wall dalam pembinaan.             Disebabkan itu lah, saya create program mentoring dan coaching di mana dapat share pengalaman saya, liku-liku perjalanan saya dalam industri pembinaan dan tips pemasaran dalam dunia pembinaan untuk orang ramai. Harapan saya kepada kontraktor atau bukan kontraktor sekalipun di luar sana, cari lah ilmu , menuntut lah ia dan kongsi lah ia dengan orang ramai kerana perjalanan dalam mencari ilmu itu tidak akan pernah berhenti dan luas termasuk diri saya sendiri.             Ahh..mujur saya tak ubah business ke kosmetik dulu.. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Kenaikan Harga Barang Mentah dalam Pembinaan

  Pasir, simen dan besi merupakan tiga elemen penting dalam pembinaan. Ekonomi negara yang merosot akibat penularan virus Covid19 dan berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan mengakibatkan kenaikan harga terhadap barang mentah yang terlibat dalam industri pembinaan. Justeru itu, kos pembinaan rumah sekarang meningkat antara 13 hingga 20% mengikut laporan yang dikongsi dalam Astro Awani bertarikh 14 Disember 2021.       Menurut berita yang ditulis oleh Muhammad Yusri (2021) yang diterbitkan oleh Berita Harian melaporkan bahawa peningkatan harga besi meningkat naik sehingga 48 peratus iaitu RM3,590 untuk satu tan pada Jun lalu berbanding RM2,417, Oktober 2020. Selain itu, dilaporkan bahawa berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), harga purata bahan besi seluruh negara adalah sekitar RM3,200 hingga RM3,300 untuk satu tan bulan lalu. Menyahut saranan kerajaan untuk menggunakan teknik IBS dalam pembinaan, ia mampu menjimatkan kos kerana besi yang diperlukan dalam kaedah IBS adalah dalam kuantiti sedikit berbanding dengan konvensional. Besi yang diperlukan dalam pembinaan menggunakan kaedah IBS berfungsi untuk locking dan juga tapak rumah.             Selain daripada itu, simen juga memainkan peranan yang penting dalam industri pembinaan. Tanpa penggunaan simen, mana nya mampu bahan untuk membina rumah membentuk dengan sempurna menyerupai sebuah rumah. Oleh sebab itu, simen antara salah satu penyebab kos pembinaan rumah meningkat. Menurut Warta Oriental (2021), ia melaporkan Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) menyatakan bahawasanya kenaikan harga simen adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan terdapat peningkatan kos pengilangan, Sebaliknya, penggunaan simen dalam pembinaan rumah IBS hanya diperlukan untuk mencantum kepingan IBS sahaja kerana permukaannya yang sudah rata dan tidak perlu diplaster. Selain daripada simen dan besi, pasir juga menjadi bahan asas binaan yang kini harganya meningkat daripada RM60 kepada RM80 untuk satu ela, paip dari RM30 kepada RM60 dan bagi sekampit, simen pula dari RM14 kepada RM18 dilaporkan oleh Mohd Hafiz (2021) yang dikeluarkan oleh Utusan Nasional. Tambahan pula, pasir dalam pembinaan mempunyai gred dan fungsi yang tersendiri. Fungsinya yang tersendiri bergantung pada tekstur pasir tersebut sama ada halus atau kasar. Disebabkan penggunaan simen yang minimum dalam pembinaan rumah IBS, begitu juga dengan pasir. Sekiranya pengiraan simen dan pasir yang digunakan dianggarkan dengan betul, ia berkemungkinan besar dapat mengelakkan pembaziran berlaku. Ini adalah kerana sekiranya terdapat lebihan dalam penggunaan pasir dalam pembinaan, ia menjadi satu waste dan ia merugikan kos yang telah dikeluarkan oleh kedua belah pihak; kontraktor dan tuan rumah. Kesimpulannya, rumah IBS adalah solusi yang paling tepat terhadap masalah sekarang di mana kos pembinaan rumah yang semakin meningkat dan juga peningkatan kos harga barang mentah dalam industri pembinaan. Ia bukan sahaja selesa untuk didiami, bahkan juga diibaratkan stress – reliever apabila pemilik rumah dapat menarik nafas lega memikirkan mengenai kos pembinaan rumah pada masa kini yang lebih jimat berbeza dengan rumah konvensional. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/ Sumber rujukan – https://www.astroawani.com/berita-bisnes/7-kesatuan-gesa-kerajaan-segera-tangani-isu-kenaikan-harga-bahan-binaan-336217 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/887811/kenaikan-harga-besi-pembinaan-kerana-pandemik

Pagar menggunakan Sistem IBS MeGGa

Pagar menggunakan Sistem IBS MeGGa Selain daripada rumah, sistem IBS yang menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga boleh digunakan dalam membina pagar rumah sebagai landskap yang melengkapi satu potret rumah yang menarik. Saiz panel yang digunakan adalah berukuran dua kaki tinggi dan 10 kaki panjang menjadikan pagar yang dibina memerlukan masa yang singkat.             Kebiasaannya, jarak antara tiang pagar yang dibina menggunakan sistem konvensional adalah sebanyak 10 kaki ke 20 kaki. Berbanding dengan sistem konvensional, sistem IBS menggunakan bahan Lightweight Panel Wall membolehkan jarak antara tiang semakin panjang antara 20 kaki ke 30 kaki. Namun demikian, pihak kami memilih untuk menggunakan jarak antara tiang sepanjang 20 kaki berbanding 30 kaki supaya pagar yang dibina kelihatan lebih cantik. Anggaran masa yang diperlukan untuk membina pagar IBS hanya memakan masa selama seminggu sahaja dan jika dianggarkan, hampir 20 peratus daripada pembinaan pagar IBS boleh disiapkan dalam sehari. Ia termasuklah finishing process iaitu proses mengecat. Pembinaan pagar dengan sistem IBS yang menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall memberi kelebihan daripada segi penjimatan masa dan kos pembinaan.             Secara umumnya, dinding pagar yang dibina perlu diplasterterlebih dahulu sebelum proses mengecat dimulakan. Ianya berbeza dengan pagar yang diperbuat daripada sistem IBS yang menggunakan Lightweight Panel Wall di mana skin coat hanya perlu dibuat di kawasan penyambungan(joint) sahaja. Oleh sebab sifat permukaannya yang sudah licin, ia mempercepatkan masa yang digunakan untuk membina pagar rumah.  Selain daripada itu, pembinaan pagar IBS juga jimat daripada segi kos. Rumah yang dibina menggunakan sistem IBS memerlukan empat orang tenaga kerja manakala pagar yang dibina menggunakan sistem dan bahan yang sama ini hanya mampu disiapkan dengan kudrat tiga orang sahaja. Oleh yang demikian, kos tukang per head dapat dikurangkan. Di samping itu, kos juga dapat dikurangkan melalui pembelian bahan mentah seperti besi, pasir dan simen dalam kuantiti yang sedikit. Ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.             Secara ringkasnya, pembuatan pagar dan pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS MeGGa memberi advantanges kepada kedua – dua pihak sama ada terhadap kontraktor dan tuan rumah yang terlibat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Hybrid Mesh

‘A hybrid mesh is a multiresolution surface representation that combines advantages from regular and irregular meshes. Irregular operations allow a hybrid mesh to change topology throughout the hierarchy and approximate detailed features at multiple scales’ – online artikel ditulis oleh Igor Guskov, University of Michigan. Rata – rata orang ramai kini mula mengambil tahu mengenai penglibatan kaedah IBS (Industrialised Building System) yang boleh menggantikan kaedah konvensional dalam pembinaan rumah atau bangunan. Namun begitu, mereka masih meragui binaan hasil daripada menggunakan kaedah IBS standing dengan cara binaan konvensional lebih – lebih lagi kekukuhan dan kestabilan binaan tersebut.             Kaedah konvensional menggunakan campuran simen,pasir dan air manakala kaedah IBS MeGGa memerlukan simen gam dan juga Hybrid Mesh sebagai bahan lekapan binaan supaya kekal kukuh, tahan lama dan juga dapat mengurangkan risiko keretakan bangunan.  Hybrid Mesh atau nama Melayunya serat Mesh digunakan untuk pengukuhan konkrit.  Apabila bancuhan simen gam dicampurkan mengikut rumusannya yang tersendiri, nisbah antara air dan simen gam seimbang dan tiada buih timbul, gulungan Hybrid Mesh boleh diletakkan ke atas IBS MeGGa. Dalam situasi ini, Hybrid Mesh bertindak sebagai agent sokongan untuk menampung binaan supaya kekal tegap dan kukuh.           Proses ini menjadikan ikatan yang kuat antara penghubung dinding panel IBS MeGGa dan dapat mengurangkan risiko keretakan dan berkemungkinan besar dapat mengelakkan isu tersebut terjadi terhadap binaan itu. Ini adalah fungsi penting Hybrid Mesh bagi mencegah dinding daripada merekah dan retak. Gulungan Hybrid Mesh ditampal sebelum memulakan proses coating.               Apa yang akan berlaku sekiranya tiada penggunaan Hybrid Mesh ?             Sekiranya Hybrid Mesh tidak digunakan, binaan tersebut mempunyai potensi yang besar untuk retak kerana hanya bergantung kepada simen gam. Penggunaan Hybrid Mesh boleh mengekalkan sesuatu binaan kekal lama tanpa keretakan berlaku tetapi tanpa ia, sesebuah rumah mungkin akan mengalami keretakan dalam masa beberapa bulan sahaja.             Penggunaan Hybrid Mesh dalam proses pencantuman joint panel IBS MeGGa disusun dengan cara yang tersendiri supaya ia kelihatan tegang tetapi kemas supaya proses coating mudah dilakukan. Hybrid Mesh yang digunakan untuk memberi sokongan kepada sesuatu binaan mempunyai ciri – ciri khas.             Ciri utama yang terdapat pada mesh serat yang menjadikan ia kukuh adalah ia mempunyai kekuatan yang tinggi, ketahanan yang baik terhadap bahan kimia, fleksible, mudah digunakan dan bersifat alkali; menahan kakisan. Ia juga turut digunakan untuk mengelakkan daripada mikrokrasi berkembang dan melambatkan pembentukan retak baru. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/ References – http://multires.caltech.edu/pubs/hybrid.pdf

IBS dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)

Antara IBS & Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)  Berdasarkan berita yang dilaporkan melalui Astro Awani (2019) yang ditulis oleh Shuhada Abdul Kadir, ia menyatakan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menggunakan teknologi Sistem Industri Bangunan (IBS)  bagi pembinaan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bermula pada tahun ini. Menurut kata menterinya yang pada masa itu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang kini digantikan oleh Dato’ Seri Mahdzir Khalid; sebagai kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, mereka perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif dan dengan teknologi yang ada sekarang, sebuah rumah dapat mengurangkan kos sebanyak lebih kurang 18 peratus lebih rendah berbanding dengan rumah konvensional.                   Keadaan ini dapat meyakinkan lagi para kontraktor atau pemaju rumah untuk beralih arah daripada sistem konvensional ke sistem IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall. Tambahan pula, pihak AZ Mega Plus mempunyai pelan PPRT yang tersendiri yang sudah mendapat kelulusan daripada KPLB. Penggunaan pelan PPRT yang direka khas AZ Mega Plus, dapat mengurangkan sejumlah wang daripada kos yang terlibat dalam pembinaan Selain daripada kos untuk membina rumah, kos untuk membayar tukang per head juga berkurangan. Ini adalah kerana rumah binaan daripada sistem IBS menggunakan Lightweight Panel Wall hanya memerlukan tenaga kerja seramai empat orang.   Rumah PPRT sekurang-kurangnya memerlukan keluasan tanah sebanyak 660 kaki per segi dan mempunyai tiga bilik tidur, standard  saiz ruang tamu serta satu shower dan satu toilet. Setakat ini, sebanyak hampir 200 biji buah rumah PPRT di bawah seliaan team AZ Mega Plus sudah disiapkan. Sejujurnya, bukan sahaja penjimatan daripada segi kos, teknologi IBS juga dapat menyiapkan sesebuah rumah PPRT dalam masa lebih kurang dua bulan dan sekaligus dapat penjimatan daripada segi masa. Ia jimat daripada segi masa kerana proses percantuman panel IBS Lightweight Panel Wall adalah lebih mudah dan tersusun daripada batu-bata.             Sekiranya terdapat kontraktor yang ingin membina rumah PPRT dengan menggunakan sistem IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall, pihak AZ Mega akan memberi tunjuk ajar cara pemasangan panel di tapak projek semasa physical mentoring di lakukan dan seterusnya membuat follow-up sehingga projek selesai dibina. In short, penggunaan sistem IBS yang menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall diyakini bersesuaian dengan pembinaan rumah bawah program PPRT. Sumber rujukan – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/teknologi-ibs-diguna-untuk-bina-rumah-pprt-198054 Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

FB Ads

Facebook kini bukan sahaja sebagai media social malah juga turut dikenali sebagai marketing platform yang terlaris setakat ini. Ini adalah kerana laman Muka Buku ini digunakan oleh pelbagai lapisan umur; daripada muda hingga ke golongan orang yang berumur dalam kalangan 40 tahun ke 50 tahun. Pengiklanan melalui Facebook dikenali sebagai FB Ads.             Penggunaan FB Ads dalam marketing strategy merupakan satu strategi yang bijak kerana ia boleh disampaikan kepada target audience secara meluas. Langkah yang penting untuk buat iklan melalui Facebook adalah perlu mempunya akaun Facebook.             FB Ads boleh dihasilkan melalui button ‘Manage Ads’ yang mempunyai dua cara iaitu Guided Creation and Quick Creation. Kedua cara tersebut sedikit berbeza kerana Guided Creation memberi arahan secara teratur untuk pengguna, manakala Quick Creation merupakan pembuatan iklan FB Ads mengikut template yang sudah ditetapkan.             Tujuan pengguna baru mencari sifu yang mahir mengenai FB Ads adalah kerana untuk mendapatkan ilmu tentang cara – cara bagaimana untuk menjadikan sesuatu iklan melalui Facebook menarik perhatian orang ramai tanpa perlu menggunakan perkataan yang panjang tetapi masih mencapai tujuan.             Setelah FB Ads selesai dilakukan, boleh beralih ke langkah yang seterusnya iaitu pembayaran. Facebook mempunyai sistem e-walletnya yang tersendiri di mana kita haruslah menambah nilai atau top up wang ke dalam sistem tersebut sebelum kita launch FB Ads kempen perniagaan syarikat kita. Minimum nilai yang boleh ditambah nilai adalah RM10.             FB Ads boleh diset program jadualnya ataupun ia boleh berjalan selama yang kita mahu sehingga kita off/ pause secara manual. Sekiranya sesuatu iklan mempunyai target audience yang memiliki kriteria khas, ia perlu di programkan terlebih dahulu sebelum FB Ads running supaya ia boleh narrow down kepada respondent yang sesuai.             The reason mengapa nilai minimum untuk menambah nilai ke dalam e-wallet Facebook adalah RM10 kerana ia bakal mempengaruhi di manakah Facebook akan blast iklan tersebut. Secara ringkasnya, semakin tinggi nilai di e-wallet, semakin tinggi peluang untuk iklan mencapai relevan audiens.               Penggunaan gambar dan video kini sering digunakan untuk iklan memasarkan sesebuah perniagaan. Ruangan ‘Feeds’ adalah lebih sesuai bagi penggunaan iklan bergambar manakala iklan bervideo pula lebih sesuai dipilih kategori sebagai ‘In Stream’. FB Ads banyak membantu perniagaan orang ramai untuk terus maju dan berkembang dalam pasaran termasuklah syarikat saya.             Namun, saya bukan hanya menggunakan khidmat FB Ads semata – mata, malah team saya juga turut aktif dalam engagement dengan orang ramai melalui posting update syarikat saya di Facebook. Bukan sahaja Facebook, malah turut aktif di page sosial media yang lain seperti Twitter, Instagram dan juga TikTok.    Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

KIPPIDUPP, Don’t Give Up !

Program KIPPIDUPP    Program KIPPIDUPP merupakan satu program anjuran pihak saya dan team AZ Mega Plus untuk memberi atau berkongsi kisah – kisah pencapaian yang menarik yang sudah dicapai oleh ahli team EBA Diamond. Program ini dimulakan pada awal tahun ini,2021. Yuran pendaftaran bagi program ini merangkumi semua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang dan ia berjalan untuk satu hari sahaja dalam masa tiga ke empat bulan.             Ini adalah untuk memberi semangat dan boost keyakinan mereka dalam melibatkan diri secara lebih serius dalam industri pembinaan. Sepanjang program berlangsung,  team AZ Mega Plus ada juga akan berkongsi tentang penjimatan dalam kos dan masa yang diperlukan membina rumah dengan menggunakan sistem IBS bahan jenis Lightweight Panel Wall dan juga kebaikan yang lain. Penyertaan program KIPPIDUPP ini terdiri daripada orang ramai dari seluruh negara bahkan Sabah dan Sarawak.  Untuk memudahkan orang ramai, program ini diadakan secara atas talian menerusi aplikasi Zoom. Menerusi program ini juga, pihak team AZ Mega Plus akan menekankan kepada para peserta tentang pentingnya kewujudan misi dan visi dalam perniagaan. Ini menjadi turning point atau peserta boleh tanya pada diri mereka sendiri the Big WHY mereka memulakan perniagaan pembinaan dan seterusnya, merangka perjalanan perniagaan sehingga berpuas hati dengan sesuatu tahap yang berjaya dicapai. Selain daripada itu, penekanan tentang pengaliran duit masuk dan keluar juga didedahkan supaya tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kesimpulannya, program KIPPIDUPP adalah program introduction yang mana memberi salam perkenalan terhadap orang ramai mengenai sistem IBS jenis Lightweight Panel Wall  sebelum peserta berminat untuk menyertai dan menjadi ahli team EBA DIAMOND yang seterusnya mengubah masa depan mereka secara total. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Scroll to Top