Author name: sifuibs

Train to Dabong ..choo choo!(Part 3)

Excited sungguh dapat melintas anak sungai dengan menaiki jip. Satu pengalaman yang baru! Terdapat susunan batu sungai di tepi sungai dan juga di tengah – tengah alur sungai. Kebetulan masa kami tiba di sana, air sedang naik dan deras mengalir menyusuri batu- batu sungai tersebut. Asyik sungguh melihat pemandangan sungai, tambah-tambah lagi dengan warna air sungai yang kebiru-biruan dek pantulan awan dan juga pokok – pokok sekeliling. Setibanya kami di sana, kami mengalas perut dengan makan Nasi Goreng Kampung sementara menunggu makanan barbecue siap di bakar. Pada masa yang sama, ada staff yang mengambil kesempatan dengan mandi sungai sambil menanti untuk permainan yang seterusnya. Makanan disediakan untuk aktiviti barbecue adalah kambing perap Pak Mat Western, ayam perap madu sebanyak 3 paket, lokching atau satay ikan dan juga sosej. Disebabkan makanan untuk barbecue ada yang siap dibakar, staff yang sedang bermain air sungai naik sebentar untuk mengambil makanan dan kembali ke gigi sungai dengan membawa pinggan polistrin.  Sayang seribu kali sayang, staff tersebut hampir jatuh di dalam air dan demi menyelamatkan kepingan daging kambing bakar di tangan, sosej dan ayam bakar dijadikan korban dan jatuh ke dalam air sungai. Epic sungguh dengan pemandangan di depan mata saya! Sakan mereka bergelak – ketawa dengan apa yang berlaku tanpa mempedulikan saya yang sedang berendam di sebelah mereka. Dalam pada itu, AJK program sedang menyiapkan permainan yang seterusnya iaitu Speed Quiz. Permainan ini juga diadaptasi daripada program Running Man di mana seorang staff diperlukan untuk membuat aksi mengikut gambaran yang di tunjukkan oleh pengacara majlis. Manakala, ahli kumpulan yang lain hendaklah meneka apakah ia. Oleh sebab kami dibahagi kumpulan kepada empat, pelbagai reaksi dan ragam dapat dilihat sepanjang permainan ini berjalan.             Selepas itu, tanpa membuang masa, permainan diteruskan dengan permainan Bean Relay. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan chopstick. Beans atau biji kekacang perlu dialihkan dengan menggunakan chopstick daripada pinggan plastic ke dalam botol yang disediakan. Bagi saya, permainan ini adalah sangat sesuai bagi sesiapa yang menyukai makanan sushi kerana penggunaan chopstick yang sangat cekap. Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo! (Part 4) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Train to Dabong ..choo choo!(Part 2)

 Kami menaiki tiga buah kenderaan daripada stesen kereta api Dabong menuju ke Gua Ikan dan perjalanan ini diketuai oleh Abe Jie, seorang tour leader yang berpengalaman menguruskan program di Dabong. Sampai sahaja kami di Gua Ikan, kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan landmark Gua Ikan sebelum sesi senamrobik pagi dimulakan. Selesai sesi bergambar, kami memulakan aktiviti senamrobik dan sesi memanaskan badan selama hampir 30 minit. Sesi memanaskan badan ini diperlukan bagi memastikan tiada antara kami akan cedera dan cramp semasa menyertai program menjelajah gua selepas ini. Selesai sesi memanaskan badan, sedikit taklimat diberi oleh Abe Jie mengenai gua-gua yang terlibat dalam program ini dan juga peralatan diperlukan.  Terdapat tiga gua yang berbeza yang terlibat iaitu Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris. Namun begitu, kami hanya menjelajah ke Gua Pagar dan Gua Keris. Kami tidak dapat menjelajah ke Gua Gelap kerana ia mempunyai ruang yang sempit untuk bergerak dan juga dipenuhi dengan air, berkemungkinan kami akan basah sedangkan terdapat banyak lagi aturcara program yang akan berlangsung. Tambahan pula, keadaan tersebut tidak sesuai bagi staff wanita.  Pada awal perjalanan, kami beranggapan bahawa perjalanan menjelajah gua ini tidaklah lasak sangat, namun, sangkaan kami meleset apabila kami berada di tengah perjalanan. Dengan keadaan tanah yang licin akibat air bukit, kami sangat berhati – hati dan saling menyokong antara satu sama lain. Cuaca pada hari itu sangat elok dengan disirami cahaya matahari yang tegak di langit sehingga waktu petang. Bayangkan kalau kami datang ke situ selepas hujan turun? Alamatnya, berjam-jam kami terpaksa habiskan untuk aktiviti hiking sahaja.   Sepanjang aktiviti hiking berlangsung, Abe Jie akan menceritakan serba sedikit mengenai gua – gua yang kami jelajah. Selain daripada itu, kami juga turut didedahkan dengan keadaan fizikal struktur gua – gua tersebut. Ada yang membentuk bunga kubis dan bersinar serta berwarna putih dan ada juga yang berwarna seakan – akan chocolate. Kata Abe Jie, batu gua yang berwarna putih dan bersinar adalah batu yang masih hidup dan akan membesar buat satu tempoh yang lama manakala batu yang berwarna agak gelap sudah mencapai had umur dan tidak akan membesar lagi. Saya tidak pasti antara Gua Pagar atau Gua Keris, terdapat mata air muncul antara batu gua dan sekiranya ia digunakan untuk membasuh muka dengan niat yang baik, berkemungkinan besar hajat orang tersebut akan ditunaikan. Itupun dengan bantuan daripada Allah, In Shaa ALLAH. Kami mula mendaki hampir jam 10 pagi dan berjaya menghabiskan aktiviti hiking selepas 2 jam dan 45 minit. Banyak learning point yang dapat kami pelajari sepanjang program hiking tersebut. Antara daripadanya adalah semangat kerjasama, bersabar, mencuba dengan bersunguh-sungguh dan juga belajar untuk membuat sesuatu yang baru. Selepas kesemua turun mendaki dengan selamat, kami berehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya untuk makan tengah hari, aktiviti barbecue dan juga untuk bermain permainan yang telah diatur oleh AJK program. Sungai Kenerong menjadi pilihan kami sebagai tempat untuk aktiviti kami yang seterusnya. Sambungan artikel –  Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo!(Part 3) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Modulla House

Rumah kabin atau nama komersialnya lebih dikenali sebagai container house merupakan rumah yang bersaiz kecil dan compact tetapi dilengkapi dengan ruangan sama seperti rumah biasa. Ia kebiasaannya dapat memuatkan dalam dua ke tiga orang dan sangat sesuai untuk didiami untuk keluarga yang kecil, lebih – lebih lagi untuk pasangan yang baru berkahwin.             IEPS panel wall adalah salah satu material yang biasanya digunakan membina rumah kabin. Ini adalah kerana cara pemasangannya yang mudah dan senang, ditambah pula beratnya yang ringan untuk dibina, menjadikan pengambilan masa untuk membina rumah kabin singkat.             Pakej Rumah Kabin AZ Mega Plus mempunyai saiz ketinggian setinggi hampir 8 1/2 kaki dengan panjang rumah sebanyak 20 kaki dan keluasan sebanyak 400 kaki per segi yang memuatkan dua buah kontena. Rumah kabin boleh disambung untuk menjadikan unit tersebut lebih besar. Tambahan pula, ia juga boleh disusun secara bertingkat menjadikan ia dua tingkat atau tiga tingkat.             Bagi pembinaan rumah kabin daripada syarikat AZ Mega Plus, IEPS panel wall digunakan sebagai dinding dan bumbung. Penggunaan IEPS panel wall dalam pembinaan rumah kabin adalah bersesuaian kerana walaupun saiznya yang agak compact, namun ia mampu menghalang haba yang banyak dan menjadikan sesebuah rumah kabin itu panas. Sebaliknya, ia akan kekal sejuk dek fungsi panel IEPS yang tebat haba.             Pemasangannya hanya memerlukan bolt dan nut bagi memudahkan proses renovasi di masa akan datang. Sekiranya ia dipasang secara welding, ia akan menjadi binaan kekal             Bukan sahaja proses pembinaan rumah kabin menggunakan IEPS panel wall senang, malah menjimatkan kos, tenaga dan juga masa. Walaupun ia mudah untuk dipasang dan menjimatkan, namun ia masih mengekalkan sifatnya yang baik seperti kalis api, kalis bunyi, sejuk dan juga kukuh.             Selain itu juga, binaan rumah IBS Modulla syarikat AZ Mega Plus juga environmentally friendly di mana tiada penggunaan bahan mentah. Ini adalah kerana bahan binaan rumah kabin di bawah syarikat AZ Mega Plus comes in one set selepas pesanan dibuat. Pemasangan rumah kabin ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk dipasang, namun ia bergantung kepada pelan dan struktur rumah.             Pakej rumah IBS Modulla syarikat AZ Mega Plus telah dirasmikan tidak lama lagi dan bakal menambat hati orang ramai. Nantikan kemunculan pakej rumah IBS Modulla kami yaa.. ! Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Train to Dabong ..choo choo!(Part 1)

Train to Dabong   Pada 6 Jan 2022 hari Khamis yang lepas, buat julung kalinya syarikat saya AZ Mega Plus berjaya mengadakan satu hari program team building di Dabong yang diberi nama Train to Dabong. Pada asalnya, program ini dijadulkan pada 26 Disember 2021, namun terpaksa ditunda disebabkan faktor cuaca dan beberapa faktor yang lain. Semua orang bertungkus – lumus untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.             Kami mula berkumpul di stesen kereta api Wakaf Bharu seawal jam 4 pagi dan counting dimulakan oleh AJK Keselamatan untuk mengenalpasti sekiranya ada keciciran. Semua staff hadir pada masa yang ditetapkan dan sedikit taklimat ringkas diberi oleh pengacara majlis. Usai taklimat ringkas, kereta api sampai tepat pada pukul 4.24 pagi dan semua bergerak ke koc yang ditulis pada tiket iaitu Gerabak A. Oleh sebab pembahagian kumpulan telah dilakukan sehari sebelum program, ianya tidak messy dan teratur pada hari tersebut. Setelah kami selesai menyusun barang dan duduk di tempat duduk yang disediakan, pengacara majlis memberi sepatah dua kata dan menjemput wakil staff untuk mengetuai bacaan doa menaiki kenderaan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi.             Program ini dimulakan dengan sesi ice breaking staff syarikat AZ Mega Plus Group dengan menyatakan serba sedikit mengenai perihal diri sendiri terhadap orang lain. Permainan yang pertama dimulai dengan permainan yang diberi nama Kotak Beracun. Kotak yang berisi pilihan antara Truth dan Dare di pass kan mengikut alunan muzik yang dipasang. Apabila muzik itu berhenti, orang yang memegang kotak tersebut hendaklah memilih sekeping kertas yang telah digulung di dalamnya. Bagi sesiapa yang mendapat TRUTH, ianya mudah tetapi tidak bagi sesiapa yang mendapat DARE.  Sekiranya ia adalah TRUTH, staff tersebut harus menjawab mengikut soalan yang terdapat pada kertas tersebut dan sekiranya DARE, staff yang terlibat hendaklah menyahut cabaran yang dinyatakan.  Antara DARE yang saya boleh ingat adalah meniru gaya seorang budak yang berumur 4 tahun, menyanyi tanpa menggerakkan bibir dan juga cubit pipi orang di sebelah kanan orang tersebut sebanyak  3 kali, manakala, TRUTH pula adakah staff tersebut mandi atau tidak dan juga public speaking mengenai orang di sebelah selama 2 minit. Apa yang mengejutkan saya adalah saya tidak sangka rupa-rupanya berbakat juga staff saya dalam mengendalikan permainan. Bukan sahaja berbakat, malah sangat kreatif. Semua tindak – tanduk yang melibatkan permainan ini mempunyai markah yang tersendiri. Permainan ini diakhiri dengan ucapan perasmian majlis daripada saya, selaku founder AZ Mega Plus Group.   Mengikut perancangan yang di tetapkan untuk program ini, sepatutnya kami akan bermain permainan kedua iaitu dikenali sebagai the Calling Numbers. Ia merupakan satu permainan yang diadaptasi daripada reality show Korea iaitu Running Man. Oleh sebab permainan Kotak Beracun mengambil masa yang agak lama, permainan ini terpaksa ditunda. Tambahan pula, masa selepas itu digunakan untuk menyempurnakan solat subuh sebelum berehat sekejap dan sampai ke destinasi; Dabong.  Kami selamat sampai di stesen kereta api Dabong kira – kira pada jam 7.30 pagi dan selepas berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan, pembahagian barang amanah dilakukan. Barang amanah tersebut melibatkan sebiji telur mentah. Ia hendaklah dijaga dengan rapi dan dipulangkan dalam keadaan yang sama semasa perjalanan pulang ke Kota Bharu. Sepanjang program berlangsung, ahli kumpulan yang lain boleh mencuri atau memecahkan telur kepunyaan pihak lawan. Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo!(Part 2) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Seni Pembuatan Perabot

Seperti yang sedia maklum melalui artikel saya yang bertajuk – Khidmat InteriorDesigner, syarikat saya juga ada menyediakan servis pembuatan perabot untuk custom-made shelves atau custom-made almari. Dalam seni pembuatan perabot, kami memilih untuk fokus lebih terhadap pembuatan custom-made kabinet dapur.             Bahagian reka bentuk, jumlah ruangan yang perlu ada dalam kabinet dan juga pemilihan warna, pelanggan kami boleh membuat keputusan sendiri mengikut citarasa mereka dan juga boleh dibantu dengan pendapat diberi daripada pereka dalaman daripada team AZ Mega Plus.             Kebiasaannya, material yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur daripada aluminum, melamine atau solid nyatuh. Aluminium yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur adalah merupakan jenis hollow iaitu besi jenis ringan. Bagi ukuran saiz kabinet dapur pula, standard saiz ia berukuran tinggi sebanyak 850mm dan kedalaman sebanyak 2 kaki tetapi panjangnya mengikut dinding on the side.  Kabinet dapur terdiri daripada base cabinet dan juga top cabinet. Top cabinet merupakan kabinet dapur yang dilekatkan di dinding yang boleh dicapai menggunakan tangan. Kabinet dapur bahagian atas selalunya dijadikan sebagai storage atau tempat meletakkan stok makanan kering dan peralatan memasak yang bersaiz kecik dan ringan. Ia adalah kerana untuk mengawal tekanan dan berat yang diterima oleh kabinet tersebut.             Golongan ibu-ibu yang menganggap dapur itu adalah syurga bagi mereka, apatah lagi bagi mereka yang suka memasak amat menitikberatkan keadaan dapur supaya masih nampak cantik dan bersih. Oleh sebab itu, penggunaan cooker hood atau lebih dikenali sebagai kebuk asap selalunya digunakan untuk mengalirkan asap yang dihasilkan semasa memasak ke ruangan secara sekata. Sekiranya pelanggan kami ingin memasang cooker hood di dapur, ia boleh dipasang dengan kabinet dapur kami. Bagi pembuatan top kitchen cabinet, kami menggunakan bahan seperti concrete dan granite. Namun begitu, sejenis bahan yang dinamakan kompac plus juga turut digunakan tetapi syarikat saya tidak menyediakan material jenis tersebut buat mase sekarang. Berbeza dengan base cabinet, ianya merupakan kabinet dapur yang berada di bawah. Ia biasanya dilengkapi dengan hob iaitu tempat memasak atau orang ramai memanggil ia sebagai stoves. Base cabinet juga boleh dijadikan tempat penyimpanan barang khasnya perkakas memasak yang lebih berat,besar dan kerap digunakan Ketika memasak.             Sebenarnya satu set kabinet merangkumi top cabinet, base cabinet, oven unit dan juga fridge unit. Namun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ia akan dibuat mengikut permintaan dan citarasa pelanggan kami termasuklah penambahan island unit bagi mereka yang berkeinginan. Sejujurnya, bagi saya pembuatan kabinet dapur adalah penting semasa pembinaan sesebuah rumah. Ini adalah kerana ia adalah tulang belakang untuk sesebuah rumah. Sebuah keluarga kebiasaannya menghabiskan masa dengan makan bersama di dapur. Dan untuk satu masakan yang enak, keadaan dapur yang kemas juga memainkan peranan. Apabila makanan yang sedap dimasak, orang yg makan secara automatik akan rasa gembira dan seronok bak kata pepatah dipetik daripada Adrienne Posey’ Good food warms the heart and feeds the soul’ Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Penggunaan IBS MeGGa dalam rumah satu tingkat & 2 tingkat

 Umumnya, penggunaan IBS MeGGa adalah digunakan untuk dijadikan bahagian dinding rumah menggantikan susunan batu bata yang digunakan melalui kaedah konvensional. Tahukah anda, bahawa pembinaan rumah satu tingkat dan dua tingkat mempunyai sedikit perbezaan terutamanya dalam sistem pembinaannya.             Point yang pertama saya ingin jelaskan mengenai pembinaan rumah satu tingkat. Pembinaan rumah setingkat dimulakan dengan pembinaan tapak. Dalam pembinaan rumah satu tingkat ini, kita tidak memerlukan beam dengan tiang ataupun lebih dikenali sebagai column. Untuk menggantikan beam, kami akan menggunakan top track sebagai pengganti fungsi beam yang bertujuan untuk memegang dinding tersebut selain untuk dijadikan sebagai tapak untuk trusses bumbung dipasang. Ia bertujuan untuk memegang dinding panel IBS MeGGa dan memastikan ia lebih kukuh apabila siap dibina.  Selepas pemasangan panel ataupun IBS MeGGa selesai, kami akan menggunakan trusses atau kerangka bumbung yang diperbuat daripada besi sebelum bumbung diletakkan. Kebiasaannya, untuk bumbung, kami memilih untuk menggunakan atap gajah. Ini adalah kerana ianya mudah di pasang, murah dan juga sesuai dengan pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa.             Untuk ketinggian rumah pula, walaupun panel IBS MeGGa berukuran 2 kaki lebar dan 10 kaki panjang, ia boleh diubah mengikut citarasa pelanggan. Ketinggian rumah boleh diubah dan mencecah ketinggian sebanyak 13 kaki ke 14 kaki. Namun begitu, kebiasaannya orang ramai memilih ketinggian rumah sebanyak 10 kaki ke 11 kaki. Sekarang, kita beralih pula ke pembinaan rumah 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa. Berbeza dengan pembinaan rumah setingkat yang kurang menggunakan pasir, besi dan simen, pembinaan rumah dua tingkat adalah sebaliknya. Selain daripada itu, pembinaan rumah 2 tingkat juga menggunakan tiang dan juga beam untuk memastikan binaan kukuh dan lebih selamat.             Selepas beam disiapkan, slab akan dibuat untuk langkah seterusnya dan diikuti pula dengan pemasangan panel dengan menggunakan bottom track bagi tingkat bawah. Untuk pembinaan bahagian tingkat atas, selepas pelantaian dilakukan seperti biasa, panel akan dipasang dan sama seperti rumah satu tingkat, top track akan digunakan sebelum pemasangan bumbung dilakukan. Begitulah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi mengenai perbezaan pembinaan rumah setingkat dan 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Program Team Members

  Merujuk kepada artikel pertama yang saya tulis iaitu mengenai program EBA Diamond yang mempunyai yuran pendaftaran untuk tempoh enam bulan keahlian, terdapat satu lagi program yang hampir serupa fungsi tetapi tanpa bayaran keahlian. Program tersebut dikenali sebagai Team Members. Majoriti yang menyertai program ini adalah bekerja sebagai kontraktor.             Para kontraktor yang menyertai program ini pada asalnya terlibat dalam kaedah pembinaan secara konvensional dan tiada pengalaman dalam mengendalikan IBS MeGGa. dan dalam transition untuk berubah ke arah penggunaan IBS MeGGa. Selain kontraktor, bukan kontraktor pun boleh turut serta dalam program ini untuk menambah ilmu yang sedia ada dan menggunakannya dalam perancangan untuk mengorak langkah dalam industri pembinaan menggunakan IBS MeGGa.    Menariknya di sini, keahlian EBA Diamond juga berasal daripada grup Team Members. Berbezanya di sini, kontraktor yang pada asalnya menyertai grup Team Members beralih kepada program EBA Diamond adalah kerana ingin pendekatan atau sesi pembelajaran secara khusus dengan pihak AZ Mega Plus dan saya sendiri. Persamaan antara program Team Members dan program EBA Diamond adalah ia melibatkan komunikasi antara dua pihak. Maksudnya, ahli program Team Members boleh mengutarakan soalan, pendapat dan idea secara bebas untuk bersama – sama maju melangkah ke hadapan.             Melalui program Team Members ini, para peserta mempunyai sesi zoom bersama dengan saya dan juga menyertai program Megalive di halaman Facebook untuk mendapatkan tips-tips dan pelbagai ilmu dalam bidang pembinaan khasnya dengan menggunakan IBS MeGGa. Selain daripada itu, tunjuk ajar juga akan diberikan kepada ahli Team Members juga melalui coaching di grup Whatsapp dan Telegram secara general. Perbezaannya dapat dilihat di sini kerana jika dibandingkan dengan program mentoring EBA Diamond. Ini adalah kerana program EBA Diamond menawarkan sesi mentoring yang lebih khusus dan spesifik. Berpandukan tunjuk ajar daripada saya dan team AZ Mega Plus dan juga komitmen diberikan, ada di antara ahli Team Members berhasil memperoleh result dengan berjaya closed project dengan menggunakan IBS MeGGa.             Bagi saya, secara peribadi sekiranya kontraktor atau bakal kontraktor yang mempunyai zero pengalaman dalam mengendalikan dan menggunakan IBS MeGGa, program Team Members ialah satu platform yang terbaik untuk mula menapak dalam industri pembinaan. Sekiranya kontraktor yang terlibat selesa dan ingin upgrade dengan memerlukan perhatian yang khusus, mereka boleh menyertai program EBA Diamond seperti ditulis dalam artikel saya yang pertama. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Kaedah Pembinaan Asas Rumah (Tapak)

   Terdapat dua kaedah tapak pembinaan yang berbeza sebelum rumah atau bangunan dibina. Ia dikenali sebagai Footing dan juga Rafting. Tapak rumah merupakan satu komponen yang sangat penting bagi pembinaan. Sekiranya asas tapak tidak dibina dengan betul, ianya bakal menjadi satu binaan yang kurang kukuh dan kestabilannya boleh diragui. Asas tapak dibina bertujuan untuk menampung dan memindahkan beban keseluruhan bangunan ke tanah di sekeliling pembinaan. Ia juga berfungsi untuk mengelakkan daripada berlakunya mendapan.             Pertama sekali saya ingin kupaskan mengenai kaedah Footing untuk membina asas tapak pembinaan. Untuk teknik ini, tanah perlu digali sehingga mencecah kedalaman sebanyak 1500mm (minimum) atau lebih. Semakin dalam tanah digali, semakin stabil rumah atau bangunan yang dibina. Ini adalah kerana apabila tanah digali semakin dalam, kedudukan bangunan tersebut hampir dekat dengan pusat bumi (centre of gravity). Kedalaman tapak yang dibina perlu menjalani ujian manchintosh proba JKR yang mana untuk menguji kekuatan galas tanah tersebut. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan pengetuk seberat 4.5kg dan rod berukuran 120mm panjang, berdiameter 25mm serta bersudut 600. Sekiranya ujian ini tidak dilakukan, ia boleh menyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai crack dan sebagainya. Sebelum tapak dibina, tukang rumah atau kontraktor yang terlibat haruslah memastikan air tidak bertakung semasa konkrit dijalankan. Asas pembinaan footing menggunakan tiang untuk mendirikan sesebuah bangunan dan juga rumah.             Berbeza dengan teknik footing, kaedah rafting juga sesuai untuk binaan asas tapak bangunan, lebih-lebih lagi untuk tanah jenis gambut kerana ia membahagi beban struktur rumah pada sebuah kawasan yang luas. Kaedah ini dapat mengelakkan struktur rumah daripada retak sekiranya berlaku pergerakan ataupun mendapan tanah dengan bantuan membrane sheet. Kepingan membrane ini adalah pilihan yang sangat tepat dek kerana fungsinya yang kuat ketahanan. Ia dapat menahan tekanan air yang tinggi dan juga menahan tekanan dinamik akibat daripada gempa bumi yang berlaku.     Penggunaan kaedah rafting dalam pembinaan asas rumah, tanah tidak perlu digali dan teknik ini juga tidak memerlukan tiang untuk mendirikan sesebuah rumah dan bangunan. Sebelum tapak dibina, tanah haru diukur dan ditanda terlebih dahulu sebelum formwork dirangka. Apabila formwork dibentuk, ia akan diisi dengan tanah atau pasir dan besi disekelilingnya (beam). Besi BRC juga akan diletakkan di tengah-tengah formwork.             Besi BRC mempunyai banyak saiz, tetapi ianya lebih elok menggunakan besi BRC saiz A7 atau A8 yang bersaiz besar dan mempunyai diameter yang besar. Apabila besi berdiameter besar, ia bermaksud besi tersebut lebih kuat berbanding besi berdiameter kecil. Sebelum besi ini diletakkan di dalam formwork, membrane sheet perlu diletakkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana untuk memastikan kualiti concrete berada dalam keadaan baik.             Ia berfungsi untuk menghalang air daripada tanah tidak bercampur dengan concrete yang bakal dibuat. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengelakkan daripada wap air naik ke permukaan, mengelakkan anai-anai, memastikan keadaan mozek tidak tercabut disebabkan wap air dan memastikan concrete kering dengan betul. Kebiasaannya ketebalan concrete minimum setebal empat inci, namun, ia bergantung kepada jenis bangunan yang bakal dibina. Jika cuaca elok, pembuatan asas tapak rumah hanya boleh disiapkan dalam tempoh seminggu. Bagi pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa, kami menggunakan teknik rafting. Ini adalah kerana dengan menggunakan teknik ini, ia mampu menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk proses penggalian tanah. Selain daripada itu, ia juga menjimatkan masa kerana pembuatan tapak menggunakan teknik rafting hanya mengambil masa seminggu dan ianya cepat disiapkan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Renovation menggunakan panel IBS MeGGa

Cara pembinaan kaedah konvensional sudah diyakini orang ramai disebabkan cara tersebut sudah diamalkan sejak turun – temurun. Oleh sebab itu, kekukuhan dan kestabilan satu binaan menggunakan cara konvensional tidak diragui oleh masyarakat. Berbanding kaedah konvensional, kaedah pembinaan menggunakan bahan Industrialised Building System (IBS) memerlukan kami untuk educate orang ramai.             Ini adalah kerana walaupun sistem binaan menggunakan kaedah IBS sudah lama bertapak di Malaysia, namun ia tidak digunakan secara meluas oleh orang ramai. Ini adalah kerana ramai orang kurang mengambil tahu akan apa itu IBS, kebaikan penggunaan IBS MeGGa dan juga fungsinya dalam pembinaan.          Ini yang kami harus explain kepada pelanggan dan harus tunjuk melalui lakaran sekiranya ia tidak difahami. Proses pengubahsuaian rumah dengan menggunakan panel IBS MeGGa boleh digunakan walaupun sesebuah rumah itu dibina dengan menggunakan kayu atau batu bata daripada kaedah konvensional.             Namun begitu, sekiranya sesebuah rumah tersebut dibina melalui kaedah konvensional dan proses renovasi menggunakan panel IBS MeGGa, ia perlu dilekatkan pada tiang rumah. Ini adalah untuk menjadikan percantuman antara dua bahagian berbeza material menjadi kukuh dan stabil.                         Walaupun proses sama, namun kaedah yang digunapakai oleh kontraktor atau tukang rumah mungkin sedikit berlainan kerana ia bergantung kepada struktur rumah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Travelog Mentoring ke Johor & Terengganu

 Travelog artikel saya kali ini meliputi lima hari perjalanan saya bersama ketua unit projek pergi untuk mentoring fizikal yang meliputi kawasan di negeri Johor dan Terengganu. Hari pertama – 13 Disember 2021             Masuk office seperti hari biasa bekerja dan join morning booster bersama staff yang lain membuatkan perasaan semakin berkobar-kobar untuk bekerja pada hari ini. Usai sesi morning booster, saya bersama – sama dengan ketua unit projek membuat sedikit persiapan dan mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti mentoring ke negeri Johor dan Terengganu. Perjalanan dimulakan setelah kesemuanya sudah bersedia  dan tempat pertama yang kami tuju adalah ke Pasir Putih,Kelantan. Ia adalah untuk mengukur site projek sebelum quotation dikeluarkan bagi pembinaan bangunan yang menggunakan IBS MeGGa. Sesi mengukur ini mengambil masa lebih kurang dua jam kerana ia perlu dilakukan secara teliti dengan menitikberatkan segala aspek. Perjalanan ke Johor bersambung ketika hari sudah semakin petang. Oleh sebab cuaca yang elok, perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami mengambil keputusan untuk berhenti rehat seketika di R&R Paka West Bound. Alhamdulillah, kami selamat sampai di hotel lobi di Johor hampir pukul tiga pagi. Hari kedua – 14 Disember 2021 Sedap breakfast pagi hari ni disediakan oleh pihak hotel. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami berdua telah tiba di tapak projek yang pertama iaitu di Kulai bertujuan untuk latihan mentoring fizikal. Kami berdua memperkenalkan diri daripada syarikat AZ Mega Plus dan berkenalan dengan kontraktor serta anak buahnya yang terlibat dalam projek binaan ini. Selepas ianya selesai, sesi mentoring dimulakan dengan pembentangan manual pemasangan IBS MeGGa dan diikuti dengan hands’ on practical. Sepanjang sesi mentoring direkod saya melalui video supaya ia boleh dijadikan memento setelah projek itu siap dan juga untuk simpanan pejabat. Langkah kanan mungkin kami ke mari kerana kami dapat bersama – sama makan lunch dengan mereka sebelum meneruskan sesi mentoring hingga ke petang. Oleh sebab yang agak berangin di sini, proses mentoring dapat berjalan dengan lancar dan dapat diakhiri dengan sesi Q&A dengan kontraktor yang terlibat. Seterusnya, perjalanan kami diteruskan ke Kota Tinggi setelah semua tunjuk ajar jelas dan difahami oleh kontraktor. Hari ketiga – 15 Disember 2021  Kami berdua meneruskan perjalanan ke tapak projek di Kota Tinggi setelah makan pagi dan check-out hotel. Cuaca yang agak mendung hari ini dan selepas sesi perkenalan dengan kontraktor dan tukang rumah, hujan renyai – renyai turun membasahi tapak projek. Oleh sebab hujan turun, kami tidak melepaskan peluang untuk membuat sesi mentoring berpandukan manual di bawah satu pondok yang berdekatan dengan tapak projek. Hujan turun hampir 30 minit dan berhenti. Ia memberi peluang untuk kami menyambung aktiviti mentoring fizikal dan merekod video serta membuat sesi live di Facebook. Sesi mentoring di Kota Tinggi berakhir dengan lancar pada waktu tengah hari dan seterusnya, kami bergerak pula menuju ke Batu Pahat. Sepanjang perjalanan menuju ke tapak projek di Batu Pahat, hujan turun dengan lebatnya dan tiba di sana hampir pukul 6.00 petang. Kami melawat dua kawasan projek yang berbeza di sini. Lewat malam juga kami pulang ke hotel kerana sempat meluangkan masa dengan kontraktor di sini dengan menyertai makan malam bersama. Hari keempat – 16 Disember 2021             Hari ini kami pergi melawat tapak projek di Parit Jawa, Muar Johor. Seperti biasa, sebelum sesi mentoring dimulakan, sesi perkenalan antara kami dengan kontraktor dimulakan terlebih dahulu. Menariknya di sini, sesi mentoring hanya memerlukan masa selama 2 jam sahaja jika dibandingkan dengan sesi mentoring yang lain yang memakan masa hampir satu hari. Selesai sesi mentoring di sini, kami mengambil kesempatan untuk ke Melaka dan menjamu selera masakan asam pedas makanan tradisi orang di sini. Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan kami ke Terengganu dan tiba di sana hampir jam 10.30 malam. Hari kelima – 17 Disember 2021             Hari ini adalah hari terakhir untuk sesi mentoring yang diadakan pada tahun ini. Hari ini hari jumaat dan hari ini merupakan hari hujung minggu bagi warga Terengganu. Dek kerana cuti hujung minggu, kami hanya sempat bertemu dengan kontraktor nya sahaja kerana yang lain bercuti. Tapak binaan sudah didirikan, namun oleh kerana keadaan cuaca yang tidak stabil, ia melambatkan proses percantuman panel untuk membentuk dinding rumah. Lokasi tapak projek di Terengganu kali ini sangat cantik dan menarik kerana terletak berdekatan dengan sawah padi. Selesai sesi mentoring di sini, maka berakhir sudah program mentoring selama lima hari yang mana merangkumi tapak projek di Johor dan juga Terengganu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Scroll to Top