Author name: sifuibs

FB Ads

Facebook kini bukan sahaja sebagai media social malah juga turut dikenali sebagai marketing platform yang terlaris setakat ini. Ini adalah kerana laman Muka Buku ini digunakan oleh pelbagai lapisan umur; daripada muda hingga ke golongan orang yang berumur dalam kalangan 40 tahun ke 50 tahun. Pengiklanan melalui Facebook dikenali sebagai FB Ads.             Penggunaan FB Ads dalam marketing strategy merupakan satu strategi yang bijak kerana ia boleh disampaikan kepada target audience secara meluas. Langkah yang penting untuk buat iklan melalui Facebook adalah perlu mempunya akaun Facebook.             FB Ads boleh dihasilkan melalui button ‘Manage Ads’ yang mempunyai dua cara iaitu Guided Creation and Quick Creation. Kedua cara tersebut sedikit berbeza kerana Guided Creation memberi arahan secara teratur untuk pengguna, manakala Quick Creation merupakan pembuatan iklan FB Ads mengikut template yang sudah ditetapkan.             Tujuan pengguna baru mencari sifu yang mahir mengenai FB Ads adalah kerana untuk mendapatkan ilmu tentang cara – cara bagaimana untuk menjadikan sesuatu iklan melalui Facebook menarik perhatian orang ramai tanpa perlu menggunakan perkataan yang panjang tetapi masih mencapai tujuan.             Setelah FB Ads selesai dilakukan, boleh beralih ke langkah yang seterusnya iaitu pembayaran. Facebook mempunyai sistem e-walletnya yang tersendiri di mana kita haruslah menambah nilai atau top up wang ke dalam sistem tersebut sebelum kita launch FB Ads kempen perniagaan syarikat kita. Minimum nilai yang boleh ditambah nilai adalah RM10.             FB Ads boleh diset program jadualnya ataupun ia boleh berjalan selama yang kita mahu sehingga kita off/ pause secara manual. Sekiranya sesuatu iklan mempunyai target audience yang memiliki kriteria khas, ia perlu di programkan terlebih dahulu sebelum FB Ads running supaya ia boleh narrow down kepada respondent yang sesuai.             The reason mengapa nilai minimum untuk menambah nilai ke dalam e-wallet Facebook adalah RM10 kerana ia bakal mempengaruhi di manakah Facebook akan blast iklan tersebut. Secara ringkasnya, semakin tinggi nilai di e-wallet, semakin tinggi peluang untuk iklan mencapai relevan audiens.               Penggunaan gambar dan video kini sering digunakan untuk iklan memasarkan sesebuah perniagaan. Ruangan ‘Feeds’ adalah lebih sesuai bagi penggunaan iklan bergambar manakala iklan bervideo pula lebih sesuai dipilih kategori sebagai ‘In Stream’. FB Ads banyak membantu perniagaan orang ramai untuk terus maju dan berkembang dalam pasaran termasuklah syarikat saya.             Namun, saya bukan hanya menggunakan khidmat FB Ads semata – mata, malah team saya juga turut aktif dalam engagement dengan orang ramai melalui posting update syarikat saya di Facebook. Bukan sahaja Facebook, malah turut aktif di page sosial media yang lain seperti Twitter, Instagram dan juga TikTok.    Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

KIPPIDUPP, Don’t Give Up !

Program KIPPIDUPP    Program KIPPIDUPP merupakan satu program anjuran pihak saya dan team AZ Mega Plus untuk memberi atau berkongsi kisah – kisah pencapaian yang menarik yang sudah dicapai oleh ahli team EBA Diamond. Program ini dimulakan pada awal tahun ini,2021. Yuran pendaftaran bagi program ini merangkumi semua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang dan ia berjalan untuk satu hari sahaja dalam masa tiga ke empat bulan.             Ini adalah untuk memberi semangat dan boost keyakinan mereka dalam melibatkan diri secara lebih serius dalam industri pembinaan. Sepanjang program berlangsung,  team AZ Mega Plus ada juga akan berkongsi tentang penjimatan dalam kos dan masa yang diperlukan membina rumah dengan menggunakan sistem IBS bahan jenis Lightweight Panel Wall dan juga kebaikan yang lain. Penyertaan program KIPPIDUPP ini terdiri daripada orang ramai dari seluruh negara bahkan Sabah dan Sarawak.  Untuk memudahkan orang ramai, program ini diadakan secara atas talian menerusi aplikasi Zoom. Menerusi program ini juga, pihak team AZ Mega Plus akan menekankan kepada para peserta tentang pentingnya kewujudan misi dan visi dalam perniagaan. Ini menjadi turning point atau peserta boleh tanya pada diri mereka sendiri the Big WHY mereka memulakan perniagaan pembinaan dan seterusnya, merangka perjalanan perniagaan sehingga berpuas hati dengan sesuatu tahap yang berjaya dicapai. Selain daripada itu, penekanan tentang pengaliran duit masuk dan keluar juga didedahkan supaya tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kesimpulannya, program KIPPIDUPP adalah program introduction yang mana memberi salam perkenalan terhadap orang ramai mengenai sistem IBS jenis Lightweight Panel Wall  sebelum peserta berminat untuk menyertai dan menjadi ahli team EBA DIAMOND yang seterusnya mengubah masa depan mereka secara total. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Daripada RM28 boleh menjadi RM28 RIBU dan mungkin boleh bertukar ke RM 2.8 juta ?

Program Kippidupp yang diadakan istimewa bagi berkongsi mengenai teknik – teknik kaedah marketing bagi penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan ke dalam pasaran sekarang. Dek kerana penggunaan jenis IBS ( Industrialised Building System) kurang dikenali oleh orang ramai, justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ini supaya penggunaan IBS dalam pembinaan digunakan secara meluas dan juga turut dikenali oleh orang ramai. Selain daripada itu, program ini juga diadakan supaya bagi membantu kontraktor atau tukang rumah konvensional untuk beralih ke arah penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan. Selain pengisian mengenai kaedah – kaedah pemasaran penggunaan IBS, terdapat juga beberapa slot yang berbeza dan juga video serta isu yang menarik yang diketengahkan dalam program ini.             Mengapa ia memerlukan RM28 sebagai yuran pendaftaran adalah kerana ianya berbaloi dihadiri disebabkan program ini mengandungi dua slot di mana slot pagi dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari sementara slot petang bermula pada jam 2 petang sehingga 4 petang. Kami menerima feedback yang sangat positive daripada peserta Kippidupp 6.0 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 09 Januari 2022.             ‘Saya ingat program ini cuma untuk supply IBS sahaja, sebab sebelum ini, saya memang bekerja yang melibatkan IBS dan saya telah banyak belajar mengenai IBS, cuma IBS yang dibekalkan oleh syarikat AZ saya tak pernah guna setakat ini. Program ini rupanya membina team, satu team untuk construct satu bangunan. Dengan adanya supplier IBS, mungkin kita oleh mencari projek yang akan datang, mungkin kita oleh sharing. Saya memang sangat berminat dengan program ini dan saya harap kita oleh bekerjasama., – En Ahmad Rifdi seorang peserta Kippidupp yang telah upgrade menjadi salah seorang member team EBA Diamond. Sila klik di bawah untuk video penuh feedback program Kippidupp 6.0 – https://www.facebook.com/watch/?v=3034255446788792&ref=sharing             Selain daripada itu, response yang baik juga turut diterima daripada seorang peserta program Kippidupp 6.0 yang dikenali sebagai En Muhd Noor Mughni yang juga turut convert keahliannya dalam program EBA Diamond. Beliau berharap supaya beliau dapat belajar ilmu yang baharu mengenai penggunaan IBS MeGGa dalam industri pembinaan. Tambah beliau lagi, beliau berkata sedemikian kerana beliau mengaku bahawa beliau mempunya zero experience dalam pengendalian IBS dan ingin menambah ilmu.             Kesimpulannya, program Kippidupp merupakan satu program di mana membuka peluang kepada kontraktor dan juga bakal kontraktor untuk mengubah masa depan mereka.   Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

from ZERO to HERO

Transformasi daripada Sistem Kovensional kepada Sistem IBS MeGGaLightweight Panel Wall Sekarang, ramai kontraktor dan pemaju beralih arah daripada Sistem Konvensional kepada Sistem IBS MeGGa Lightweight Panel Wall. Salah seorang daripadanya ialah Encik Haji Zamri pemilik syarikat yang dikenali sebagai DLAMI GLOBAL.Beliau sebelum ini, menggunakan sistem konvensional dalam pembinaan selama hampir tujuh tahun ke lapan tahun. Pada tahun seterusnya, beliau berminat untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan sistem IBS MeGGa Lightweight Panel Wall dalam pembinaan. Setelah mengetahui tentang selok belok penggunaan IBS MeGGa Lightweight Panel Wall dalam pembinaan, beliau mengambil keputusan untuk change the game dan menukar kaedahnya kepada sistem IBS.             Kini, beliau menggunakan kaedah ini dalam pembinaan hampir mencecah setahun. Beliau berjaya memperoleh dan telah menyiapkan sebanyak sembilan unit projek yang melibatkan pembinaan rumah banglo dan shop lot dalam tempoh tersebut. Ianya boleh dikatakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi beliau setelah beliau menceburi bidang pembinaan. Dengan pencapaian ini, beliau sekarang berkemampuan untuk memiliki kereta idaman beliau iaitu Mercedez Benz. Beliau mengambil keputusan untuk beralih arah ke industri pembinaan selepas hampir 20 tahun bergiat dalam industri tembakau dan terpaksa menghentikan perniagaan tembakaunya disebabkan dasar kerajaan dan sedar akan bahayanya tembakau terhadap masyarakat dan keadaan persekitaran.  ‘Sebenarnya, penggunaan IBS ini tidak susah, cuma ia memerlukan kemahiran dan teknik tertentu dan saya bersyukur setelah saya bertemu dengan AZ Mega, diberi tunjuk ajar oleh AZ Mega, ia menjadi mudah. AZ Mega memberi taklimat dan saya cuba selepas itu. Selepas tiga unit berjaya disiapkan, saya rasa selesa dengan IBS. Walaupun ada yang nk beri kerja-kerja konvensional, saya lebih berminat menggunakan sistem IBS MeGGa berbanding konvensional’ jelas beliau semasa saya bertanyakan adakah ianya sukar untuk mengendalikan sistem IBS Lightweight Panel Wall semasa proses pembinaan dijalankan.             Tambah beliau lagi, sistem IBS MeGGa ini lebih kuat berbanding dengan konvensional yang menggunakan batu bata dan rumah IBS MeGGa ini juga cantik, sejuk dan kemasan dinding yang licin dan rata. Rumah IBS tidak panas berbanding dengan rumah batu bata yang senang meruap disebabkan haba yang terperangkap di dalam rumah. Sebagai pendapat peribadi, beliau menyeru kontraktor yang ingin menceburi dan baru berjinak – jinak dengan kaedah IBS menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall untuk berhubung dan berjumpa dengan pihak AZ Mega kerana pihak AZ Mega sedia membantu mereka yang berminat dengan menyediakan kelas dan convert daripada nothing to something. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Material Pembuatan Table Top

Jika sebelum ini saya telah menulis mengenai seni pembuatan perabot, artikel kali ini saya ingin menulis mengenai jenis – jenis material yang digunakan dalam pembuatan kitchen table top. 1-Kompac plus Material ini adalah bahan yang paling modern kerana ia merupakan bahan yang terbaru dalam pembuatan kitchen table top. Ketebalannya yang hanya berukuran 6 mm menjadikan ia tampak nipis sahaja tetapi kelihatan sangat exclusive dan mewah. Walaupun ia mempunyai corak yang tersendiri, namun sekiranya pelanggan ingin custom made design material ini, mereka boleh consult dengan pakar perunding untuk syarikat yang menyediakan bahan jenis ini. Sifat kompac plus yang bercirikan kalis air, tidak mudah kembang dan tahan calar dan mudah dicuci, bukan sahaja ia dijadikan sebagai kitchen table top, malah ia juga turut digunakan di dalam bilik air dan juga panel dinding untuk nilai estetik yang menarik. Selain daripada itu, material kompac plus juga ringan jika dibandingkan dengan material yang lain. Selain itu, pengendalian kompac plus tidak boleh dibuat secara DIY (Do-It-Yourself), tetapi memerlukan pemasangan daripada golongan professional yang mahir dengan material ini. Namun, oleh sebab material ini masih baharu di Malaysia, penggunaan material ini tidak diguna secara meluas lagi dan juga pembekalnya pun masih dibilang jari di Malaysia.  Tambahan itu, harganya agak tinggi juga menjadi salah satu faktor mengapa ia kurang dikenali dan kurang menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat kita. 2.Granite Penggunaan Granite dalam pembuatan kitchen table top antara pilihan yang kebiasaannya dipilih bagi orang ramai. Syarikat saya juga turut menggunakan granite sebagai bahan dalam pembuatan kitchen table top. Terdapat pelbagai jenis granite digunakan sebagai material untuk table top, namun jenis seperti Black Galaxy Granite,White Wave Granite, Emerald Pearl Granite, Wave Red Granite, Black Granite dan Perlato Granite menjadi pilihan orang ramai menjadikan kitchen table top mereka kelihatan lebih cantik dan kemas. Mempunyai ketebalan sebanyak 20mm, ia mempunyai ketahanan yang sangat tinggi dan berat berbanding dengan material jenis kompac plus. Bukan sahaja ketahanan yang tinggi malahan juga dapat menahan suhu yang tinggi. Penggunaan granite juga menjadi pilihan kerana permukaannya yang tidak mudah calar dan bersifat licin. Oleh sebab permukaannya yang licin, ia memudahkan proses pembersihan berlaku. Sebagai contoh, selepas memasak hidangan yang memerlukan proses menumis yang lama bagi pecah minyak berlaku, semestinya bahan masakan akan terpercik ke arah table top. Disebabkan permukaannya yang licin, para pengguna tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk membersihkan table top yang telah tercemar. 3.Solid Surface Berbeza dengan bahan jenis granite, material solid surface bersifatkan mudah calar. Pada permukaan dasarnya, ia menyerupai bahan jenis granite, namun apa yang membezakan antara jenis solid surface dan granite adalah kualitinya. Harga bahan jenis solid surface juga murah berbanding dengan granite. Selain perbezaan kualiti, permukaan jenis solid surface juga berbeza dengan granite iaitu kasar kerana mempunyai tekstur yang tersendiri. Oleh sebab permukaannya yang mempunyai tekstur, ia mudah memerangkap debu dan cepat kelihatan kotor. Oleh yang demikian, ia akan merumitkan proses pembersihan. 4.Concrete Top Kitchen table top menggunakan bahan jenis concrete mempunyai ketahanan yang kuat kerana sifatnya yang keras. Walaupun ia mempunyai sifat ketahanan yang tinggi, namun ia kelihatan kurang menarik dek sebab permukaanya yang kosong. Panel IBS MeGGa juga boleh digunakan sebagai concrete kitchen table top. Jika dibandingkan antara keempat – empat jenis bahan, jenis concrete merupakan jenis yang termurah dan paling affordable untuk dimiliki oleh orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

IBS; antara teori & praktikal

Physical Mentoring di Tapak Projek Mentoring secara fizikal dilakukan selepas slab atau tapak rumah selesai dibuat. Pada hari tersebut, unit projek daripada team AZ Mega Plus akan pegi sendiri ke tapak projek tersebut untuk memantau dan memberi tunjuk ajar secara face to face terhadap kontraktor, pemaju dan tukang rumah. Sebelum bermulanya latihan praktikal, latihan secara teori secara lisan akan dilakukan berdasarkan manual SOP Pembekal dan Kontraktor & Pemasangan.  Sekiranya pemahaman mereka masih kurang jelas atau masih samar-samar, unit projek akan melakukan sesi pembelajaran secara praktikal ataupun product hands on. Ketika sesi secara praktikal inilah, para kontraktor dan tukang rumah akan lebih faham kerana dapat melihat dengan lebih jelas berbanding secara teori. Selain daripada itu, team unit projek juga akan menerangkan bahan-bahan yang perlu digunakan semasa pembinaan menggunakan IBS Lightweight Panel Wall dijalankan serta fungsinya yang tersendiri.  Sesi ini hanya mengambil satu hari, bahkan ada yang tidak sampai separuh hari sekiranya orang yang terlibat jelas dan faham tentang tatacara mengendalikan IBS bahan Lightweight Panel Wall dengan betul. Sekiranya terdapat sebarang persoalan atau keraguan selepas sesi physical mentoring dilakukan, mereka masih boleh berhubung dengan saya dan team AZ Mega Plus melalui talian dan juga aplikasi Whatsapp. Pihak AZ Mega Plus akan memantau sesuatu projek itu melalui follow up message sehingga binaan siap sepenuhnya. Sekiranya terdapat tapak projek yang lain berdekatan dengan satu tapak projek yang lain, team kami juga akan singgah dan menjenguk sendiri progress pembinaan tersebut.                         Sesi ini akan dilakukan bagi sesiapa yang mahu membina rumah menggunakan IBS Lightweight Panel Wall dan yang membeli panel  daripada AZ Mega Plus. Untuk video mentoring secara fizikal, para pembaca boleh melawat page Facebook AZ Mega Plus dan melihat videonya di sini https://www.facebook.com/azmpg/videos/?ref=page_internal Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Bina Impian 2

Artikel ini merupakan sequel artikel saya yang bertajuk Bina Impian. Oleh sebab syarikat saya kini dikenali ramai di Semenanjung Malaysia, kini fokus saya beralih arah pula untuk masuk ke dalam pasaran Sabah dan Sarawak. Syarikat saya mendapat good responses dan demand yang tinggi daripada kontraktor di sana dan mereka ingin menjadi agent panel IBS MeGGa di sana. Saya sedar dan faham, ianya merupakan satu proses yang lama dan panjang bagi membincangkan mengenai proses penghantaran panel IBS MeGGa ke kedua negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu dan Sarawak, Bumi Kenyalang. Proses rundingan untuk penghantaran panel tidaklah begitu rumit, tetapi yang menjadikan ia sedikit rumit adalah cara penghantaran panel IBS MeGGa ke sana. Ini adalah kerana ia akan menggunakan sea transportation dan akan melalui perairan Laut China Selatan sebelum sampai ke seberang sana. Oleh sebab itu, saya hendaklah belajar dan mengambil tahu semua yang terlibat dalam proses penghantaran panel IBS MeGGa ke negeri Sabah dan Sarawak. Ia termasuklah penyediaan documentation dan juga customs clearance. Selain daripada itu, saya juga mengambil kira mengenai penggunaan insurans semasa dalam pengangkutan. Walaupun ia hanya melibatkan domestic courier, tetapi oleh sebab ia akan melalui perairan dan seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa kejadian melibatkan lanun di perairan Laut China Selatan, saya merasakan ianya adalah perlu bagi saya mengambil insurance ke atas panel IBS MeGGa yang bakal dihantar ke seberang sana. Panel IBS MeGGa akan dihantar secara bulk melalui kontena dan perlu di susun secara teratur untuk mengelakkan daripada panel mengalami defect. Detail atau butiran seperti ini haruslah diambil kira kerana seboleh – bolehnya saya ingin kesemua panel IBS MeGGa dihantar ke sana sampai in a good shape. Sekiranya ia berlaku, keadaan seperti itu akan menjejaskan syarikat saya dan juga kepercayaan kontraktor daripada negeri Sabah dan juga Sarawak. The very first step is always hard to make, but I do believe that once we’ve made that first step, the next and sequences steps after that will be easy to us. Saya sedar, ia bukannya senang untuk syarikat saya tembusi pasaran di Sabah dan Sarawak, namun sekiranya saya tidak buat tindakan dan mencuba untuk kali pertama, saya tidak akan tahu cara yang bagaimana workable untuk saya. Bagi mereka yang mahir dalam bidang seperti ini iaitu menghantar barang dalam kuantiti yang banyak dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak mungkin boleh beranggapan bahawa ianya mudah seperti baby step tetapi bagi saya, ia merupakan satu challenge yang besar untuk saya lakukan. Sekiranya ia berjaya dilakukan dalam masa terdekat, ia mungkin menjadi pencapaian saya yang terbaik dalam saya menguruskan business panel IBS MeGGa. Harapan saya semoga apa yang direncanakan oleh saya menjadi kenyataan dan seterusnya dapat mengembangkan industri panel IBS MeGGa di seluruh negara Malaysia, In Shaa ALLAH. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 3)

Di samping itu, penggunaan IBS Lightweight Panel Wall dalam pembinaan rumah juga mempunyai ketahanan yang tinggi. Oleh kerana Expanded Polystrene yang digunakan dalam pembuatan bahan binaan ini adalah daripada komposit termoplastik, ia mempunyai daya serapan  hentakan yang tinggi. Ia adalah berbeza dengan pembinaan yang menggunakan batu bata yang ciri fizikalnya hanya menerima hentakan. Sekiranya dibuat perbezaan secara bersemuka, binaan yang diperbuat daripada batu bata hanya bertahan untuk seketika sahaja selepas menerima sekali atau dua kali hentakan yang kuat. Berbeza dengan batu bata, IBS Lightweight Panel Wall mampu bertahan untuk satu tempoh yang lama walaupun setelah menerima pressure yang kuat. Ini menandakan bahawa tahap kekukuhan dan stability bahan binaan jenis ini sangat tinggi. Ia juga mengurangkan risiko sesebuah binaan mengalami keretakan.   Natijahnya, terdapat banyak kelebihan yang dapat diperoleh oleh orang ramai termasuklah para kontraktor, pemaju dan masyarakat dalam pembinaan bangunan yang menggunakan sistem IBS jenis Lightweight Panel Wall. Ciri-cirinya yang ringan tetapi kukuh berbanding dengan batu – bata dan senang untuk dipasang dan dihantar ke mana-mana lokasi tapak projek juga menjadikan sistem IBS Lightweight Panel Wall kini menjadi tumpuan orang ramai yang mana ia sudah digunapakai secara meluas di luar Malaysia khususnya di Eropah. Jadi, berkenal-kenal lah dahulu dengan IBS – Lightweight Panel Wall, berjinak-jinak kemudian, pasti tiada siapa yang rugi akhirnya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Bina Impian

Artikel saya selalunya mengenai bina rumah, cara bina rumah dan juga rekaan dalaman. Artikel saya kali ini saya nak berkongsi mengenai rumah impian saya. Sejak daripada kecil, saya mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah yang digelar mansion – rumah agam. Sebuah mansion kelihatan gah dimata kasar pandangan orang ramai dek kerana saiznya yang besar dan juga dilengkapi dengan landscape yang kemas. Sebelum saya bergiat aktif dalam dunia pembinaan, saya merupakan seorang tukang kayu; a carpenter yang mahir dalam pembuatan perabot sahaja. Bersama – sama dengan isteri saya, kami berdua menguruskan syarikat perabot saya pada masa itu. Struktur office pada masa itu hanya boleh muat dua orang sahaja. Selepas itu, secara perlahan – lahan saya bergiat dalam kerja – kerja renovation dan juga projek-projek kerajaan yang melibatkan tender. Semasa saya terlibat dalam projek-projek gomen, the struggle yang saya hadapi, sangat hebat. Bill of Quantities (BQ) harus diisi terlebih dahulu sebelum proses sebut harga berlaku. Selain daripada itu, terdapat beberapa proses lagi yang perlu dilakukan sehingga tender sesebuah projek itu saya miliki. Selama hampir beberapa tahun melibatkan diri dalam projek bawah kendalian kerajaan, ada satu masa saya berasa sangat kecewa dan muak dengan apa yang berlaku di sekeliling saya. Tika itu, saya merasakan total lost dan ingin mengubah nature business saya ke arah kosmetik. Kalau pembaca mengikuti laman artikel saya yang sebelum ini, saya pernah menceritakan bagaimana kisahnya saya bertemu dan berkenalan dengan IBS MeGGa seperti di SINI. Namun, ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi saya untuk naik sehingga ke tahap sekarang. Saya bertatih dahulu dengan menimba ilmu pengetahuan mengenai IBS MeGGa sebelum terus yakin untuk memajukan perindustrian pembinaan IBS. Setara dengan usaha saya yang selama ini berkejar-kejaran pergi site project, site meeting dan juga pejabat, akhirnya syarikat IBS saya mula dikenali orang ramai. Usahkan negeri Kelantan, malah nama syarikat saya juga dikenali di luar negeri seperti Johor, Selangor dan Terengganu. Daripada berdua, team syarikat saya semakin berkembang hampir 50 orang pekerja. Sekarang, saya sedang membina bersama rakan – rakan perniagaan kontraktor atau yang baru menceburi industri IBS ini yang mana hampir lebih daripada 1000 usahawan berdaftar di bawah syarikat saya. Usaha saya tidak akan berhenti setakat ini, malah saya berusaha untuk menarik minat kontraktor yang lain untuk turut serta menggunakan IBS MeGGa melalui program Kippidupp dan juga EBA Diamond. Bukan sahaja saya ingin memajukan diri sendiri, malah saya juga ingin melihat orang lain untuk sama – sama maju ke hadapan. Apapun pesanan saya, impian harus ditulis walaupun keadaan masih kurang pasti sama ada boleh dimiliki atau tidak. Although I am way back many steps behind, but I am sure I am one step forward to have my dream. Fuh, sesekali izinkan saya menulis dalam bahasa Inggeris ya. Jadi, saya di sini ingin menyarankan untuk semua supaya menulis setiap satu impian dalam buku catitan, walaupun ia kedengaran agak nonsense. Tetapi, setiap impian yang ditulis haruslah diikuti dengan tindakan supaya ia seiring dan tidak kelihatan seperti angan-angan Mat Jenin. Harapan saya, semoga doa dan impian saya serta anda semua akan tercapai, In Shaa ALLAH. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Rumah IBS, rumah idaman citarasa terkini (bahagian 2)

Seterusnya, teknologi IBS yang menggunakan bahan Lightweight Panel Wall juga bersifat ketahanan terhadap haba,suhu tinggi dan air . Ini adalah kerana sifat EPS sendiri yang lembut dan mampu menyerap haba dan suhu yang tinggi menjadikan sesebuah binaan atau rumah menjadi lebih sejuk dan nyaman untuk didiami. Ini bersesuaian dengan cuaca di Malaysia yang hanya mempunyai musim panas dan hujan sepanjang tahun. Pada musim panas, rumah yang dibina menggunakan IBS Lightweight Panel Wall mampu memberi penjimatan dari segi penggunaan elektrik kerana haba dan suhu yang tinggi sudah difilter oleh teknologi ini dan menjadikan suhu di dalam rumah lebih rendah berbanding di luar. Selain dariupada itu, teknologi IBS yang menggunakan Lightweight Panel Wall system juga boleh menahan suhu yang tinggi semasa kebakaran untuk satu tempoh sebelum mula bereaksi terhadap haba dan api. Expanded Polystrene juga tidak menyerap air dan bersifat rendaman yang baik. Hasilnya, perosak tidak akan menyerang dan tidak mendorong kepada dinding yang berkulat dan berwarna kehitam-hitaman. Untuk sambungan, boleh terus ke sini https://sifuibs.com/rumah-ibs-rumah-idaman-citarasa-terkini-bahagian-3/ Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Scroll to Top