Bina Impian 2

Artikel ini merupakan sequel artikel saya yang bertajuk Bina Impian. Oleh sebab syarikat saya kini dikenali ramai di Semenanjung Malaysia, kini fokus saya beralih arah pula untuk masuk ke dalam pasaran Sabah dan Sarawak. Syarikat saya mendapat good responses dan demand yang tinggi daripada kontraktor di sana dan mereka ingin menjadi agent panel IBS MeGGa di sana.

Saya sedar dan faham, ianya merupakan satu proses yang lama dan panjang bagi membincangkan mengenai proses penghantaran panel IBS MeGGa ke kedua negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu dan Sarawak, Bumi Kenyalang. Proses rundingan untuk penghantaran panel tidaklah begitu rumit, tetapi yang menjadikan ia sedikit rumit adalah cara penghantaran panel IBS MeGGa ke sana.

Ini adalah kerana ia akan menggunakan sea transportation dan akan melalui perairan Laut China Selatan sebelum sampai ke seberang sana. Oleh sebab itu, saya hendaklah belajar dan mengambil tahu semua yang terlibat dalam proses penghantaran panel IBS MeGGa ke negeri Sabah dan Sarawak. Ia termasuklah penyediaan documentation dan juga customs clearance.

Sumber gambar daripada Google

Selain daripada itu, saya juga mengambil kira mengenai penggunaan insurans semasa dalam pengangkutan. Walaupun ia hanya melibatkan domestic courier, tetapi oleh sebab ia akan melalui perairan dan seperti yang kita sedia maklum, terdapat beberapa kejadian melibatkan lanun di perairan Laut China Selatan, saya merasakan ianya adalah perlu bagi saya mengambil insurance ke atas panel IBS MeGGa yang bakal dihantar ke seberang sana.

Panel IBS MeGGa akan dihantar secara bulk melalui kontena dan perlu di susun secara teratur untuk mengelakkan daripada panel mengalami defect. Detail atau butiran seperti ini haruslah diambil kira kerana seboleh – bolehnya saya ingin kesemua panel IBS MeGGa dihantar ke sana sampai in a good shape. Sekiranya ia berlaku, keadaan seperti itu akan menjejaskan syarikat saya dan juga kepercayaan kontraktor daripada negeri Sabah dan juga Sarawak.

The very first step is always hard to make, but I do believe that once we’ve made that first step, the next and sequences steps after that will be easy to us. Saya sedar, ia bukannya senang untuk syarikat saya tembusi pasaran di Sabah dan Sarawak, namun sekiranya saya tidak buat tindakan dan mencuba untuk kali pertama, saya tidak akan tahu cara yang bagaimana workable untuk saya. Bagi mereka yang mahir dalam bidang seperti ini iaitu menghantar barang dalam kuantiti yang banyak dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak mungkin boleh beranggapan bahawa ianya mudah seperti baby step tetapi bagi saya, ia merupakan satu challenge yang besar untuk saya lakukan.

Sekiranya ia berjaya dilakukan dalam masa terdekat, ia mungkin menjadi pencapaian saya yang terbaik dalam saya menguruskan business panel IBS MeGGa. Harapan saya semoga apa yang direncanakan oleh saya menjadi kenyataan dan seterusnya dapat mengembangkan industri panel IBS MeGGa di seluruh negara Malaysia, In Shaa ALLAH.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top