Bumbung Atap Gajah

Kebanyakan projek di bawah kendalian syarikat AZ Mega Plus menggunakan atap gajah sebagai bumbung rumah. Ini adalah kerana kosnya yang lebih murah menjadikan ia sesuai untuk digunakan dalam pembinaan rumah atau projek kos rendah. Bumbung atap gajah lebih kuat dan tidak mudah pecah. Oleh sebab itu, ia dapat bertahan lebih lama berbanding material bumbung yang lain.

Bumbung atap gajah dipasang dengan menggunakan cara sistem interlocking untuk mengelakkan risiko kebocoran. Selain daripada itu, bumbung atap gajah mempunyai lapisan cat dual layer yang bersifat anti fungus dan anti perlindungan warna. Oleh yang demikian, ia akan kekal nampak cantik untuk satu tempoh yang lama walaupun disulami dengan cahaya matahari dan air hujan dek kerana cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun.

Selain daripada kelihatan cantik buat satu tempoh yang lama, ia juga kelihatan lebih menarik berbanding atap metal deck dan kerana efeknya 3D yang lebih menyerlah daripada pandangan jauh berbanding atap roof tiles. Bersesuaian dengan panel IBS MeGGa yang bersifat tebat haba dan membuatkan sesebuah rumah itu berada dalam keadaan sejuk dan nyaman, penggunaan bumbung atap gajah juga menjadikan sesebuah rumah lebih sejuk.

Tambahan pula, ia juga bersifat kedap bunyi terutamanya sewaktu hujan. Ianya lima kali lebih sejuk dan lebih senyap berbanding atap metal deck.Selain daripada bersifat kedap bunyi, ia juga tebal, tidak mudah retak dan boleh menampung bebanan seberat 130 kilogram apabila siap dipasang.

Penggunaan atap gajah tidak lagi memerlukan pemasangan wool ataupun aluminium foil. Aluminium foil berfungsi untuk menahan panas daripada memasuki sesebuah rumah. Namun, sekiranya, pelanggan kami ingin memasang roof ventilator sebagai aksesori tambahan, pemasangannya boleh dibuka dan dialihkan.

Namun begitu, bukan kesemua bumbung projek AZ Mega Plus menggunakan atap gajah kerana ia bergantung kepada citarasa pelanggan kami. Antara contoh bumbung atap yang lain adalah seperti atap Cement Roof Tiles dan atap metal deck. Bumbung jenis atap gajah mudah didapati kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Selain itu, bumbung atap gajah juga mudah diselenggara dan mesra alam.  Bumbung atap gajah juga bersifat eco-friendly dek kerana bahan pembuatannya tidak menggunakan asbestos.

Semestinya, penggunaan bumbung atap gajah menjimatkan dan menyejukkan di samping penggunaan IBS MeGGa sebagai dinding, untuk menyamankan keadaan di rumah dan membuatkan pemilik sesebuah rumah  berpuas hati dengan pembinaan rumah tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top