Uncategorized

TRANSFORMASI KONTRAKTOR KE DALAM DUNIA IBS.

Kenali IBS dengan lebih mendalam Industri pembinaan telah mengalami transformasi yang begitu membangun sejajar dengan sains dan teknologi kini yang amat mementingkan perubahan. Sebagaimana yang kita ketahui, kaedah tradisional yang dikenali sebagai keadah konvensional telah berevolusi kepada sistem moden yang dikenali sebagai Sistem Bangunan Berindustri (IBS). Sistem ini adalah teknologi pembinaan menggunakan komponen separa siap yang dihasilkan dalam persekitaran terkawal. Komponen tersebut berbentuk panel wall yang mudah untuk diimplementasikan dan menjimatkan masa dengan hanya perlu diangkat dan dipasang, berbanding dengan kaedah konvensional yang memerlukan proses yang agak rumit untuk menghasilkan sebuah binaan.  Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah IBS: Bahan utama yang digunakan dalam pembinaan kaedah IBS ialah panel Wall IBS Megga (panel).Panel ini amatlah ringan berbanding dengan simen,pasir dan batu bata yang digunakan dalam kaedah konvensional. Walaupun panel wall ini ringan, ketahanannya lebih kuat berbanding dengan dinding bata yang digunakan dalam kaedah pembinaan konvensional.  Ukuran bagi saiz panel wall IBS ialah 2 kaki lebar 10 kaki tinggi dengan ketebalan iaitu 3 inci dan 4 inci. Bagi saiz 3 inci kebiasaanya digunakan untuk pembinaan pagar dan 4 inci pula sesuai untuk dijadikan dinding rumah. Panel Wall IBS yang dihasilkan melalui campuran konkrit yang khas untuk pembinaan dan bahan EPS (Expanded Polystrene Superflat) menjadikan suasana dalaman binaan selesa dan sejuk . Hal ini kerana, bahan tersebut berfungsi sebagai penebat haba yang baik. Berbeza pula dengan pembinaan menggunakan batu bata yang kita sedia maklum menyerap haba akan menyebabkan suasana rumah panas dan tidak selesa. Top track dan Bottom track merupakan dua komponen yang sama namun mempunyai fungsi yang berbeza. Top track berfungsi sebagai penyambung diantara kerangka bumbung dengan panel. Manakala Bottom track pula berfungsi sebagai penghubung diantara beam dengan panel pada bahagian bawah. Kedua-duanya diperbuat daripada besi yang berkualiti tinggi dan berukuran 8 kaki. Bonding Adhesive Cream (SIKA Cream) atau lebih dikenali sebagai simen gam berfungsi menjadi pelekat untuk penyambungan panel. Ianya  diperbuat daripada bahan khusus yang mampu  menghasilkan satu cengkaman kuat pada panel. Namun begitu, simen gam tidak boleh dicampur dengan bahan lain kerana  boleh mengurangkan daya cengakamanya. Selain daripada panel Wall IBS MeGGa,Top Track, Bottom Track dan Bonding Adhesive Cream . Terdapat satu lagi bahan yang digunakan dalam pembinaan kaedah IBS yang dikenali sebagai Hybrid Mesh . Secara umumnya,ia mempunyai lebar 4 inci dan berukuran 50 meter panjang. Kebiasaanya, hanya separuh sahaja yang digunakan untuk satu kali tampalan. Fungsi Hybrid Mesh adalah untuk mengelakkan berlakunya retakan pada panel.   Berbalik semula kepada kebaikan pembinaan kaedah IBS, kaedah tersebut juga bersifat mesra alam. Secara umumnya , ciri-ciri yang terdapat pada penal Wall IBS MeGGa seperti kalis bunyi, tebat haba , kalis air dan kalis api membuktikan bahawa ianya berinovasi dan berkualiti  tinggi. Selain itu, pembinaan menggunakan kaedah tersebut juga lebih selamat dan teratur oleh kerana penggunaan bahan yang sedikit  berbeza pula dengan kaedah tradisional yang menggunakan banyak bahan seperti batu-bata,simen,kayu,pasir dan sebagainya.Seterusnya , kita beralih pula kepada kos yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek binaan. Seperti yang kita sedia maklum, kaedah IBS lebih cepat dan fleksibel. Berikutan itu,kos buruh dapat dikurangkan sekiranya waktu yang diambil untuk menyiapkan rumah lebih cepat. Penggunaan kaedah tersebut bukan sahaja bersifat  mesra alam, malah ianya juga memberikan hasil yang cantik dan kemas. Sebagaimana yang kita ketahui, panel Wall IBS Megga adalah sekeping dinding licin yang dapat memudahkan proses “coating”. Berikut adalah contoh-contoh rumah yang menggunakan panel Wall IBS Megga: Justeru itu,faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas membuktikan IBS berada selangkah ke hadapan berbanding dengan kaedah konvensional. Pembinaan menggunakan kaedah IBS sememangnya lebih sistematik serta menjimatkan masa dan kos. Transformasi kontraktor ke dalam dunia IBS merupakan langkah yang terbaik dalam membawa industri pembinaan ke arah yang lebih berinovasi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

SESI ‘ONE-ON-ONE’

Penelitian demi penelitian yang dilakukan oleh team bagi memastikan team EBA DIAMOND sentiasa peka dan konsisten dalam mencapai misi dan visi mereka. Perkara ini seiring dengan visi syarikat iaitu mendapatkan lebih ramai kontaktor menyertai rakan kongsi kumpulan AZ MEGA PLUS GROUP untuk transformasi kearah teknologi IBS. Oleh yang demikan, bagi mencapai visi tersebut, team AZ MEGA PLUS GROUP mengambil pendekatan dengan menggunakan sistem “follow up” yang dikenali sebagai sesi “SIS” dan “One-on-One”. Sebelum sesi “One-on-One” diadakan, team EBA DIAMOND terlebih dahulu akan menghadiri sesi perbincangan dengan team Sales & Marketing bagi mengetahui secara ringkas berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.  Sesi tersebut dikenali sebagai sesi “SIS”. Kebiasaannya sesi SIS ini diadakan pada hari Selasa. Selepas sesi “SIS “dijalankan, team EBA DIAMOND perlu menghadiri sesi kedua iaitu sesi “One-on-One”. Sesi “One-on-One” ini merupakan sesi perbincangan yang melibatkan Founder AZ MEGA PLUS GROUP iaitu Encik Husni bin Zamri dan juga team EBA DIAMOND. Sesi perbincangan ini dilakukan secara lebih mendalam dan teliti bagi memastikan para DIAMOND sentiasa berada pada “track” yang betul. Segala persoalan dan permasalahan yang dialami oleh team EBA DIAMOND boleh diajukan ketika sesi “One-on-One” berlangsung.Secara amnya, sesi One-on-One ini bukan sekadar perbincangan sahaja, malah ianya juga merupakan perkongsian mengenai strategi dan teknik Marketing untuk memasarkan teknologi IBS. Sesi perbincangan ini diadakan setiap minggu iaitu pada hari Rabu dan dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Feedback “One-on-One” Menerusi sesi One-on-One yang telah dijalankan bersama team EBA DIAMOND, kami menerima pelbagai respon yang positif dan membina . Antara feedback yang kami terima selepas sesi “One-on-One” dijalankan ialah mereka sangat berpuas hati dengan penjelasan dan juga solusi yang diberikan oleh Encik Husni berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, kami mendapati bahawa sistem “follow up” seperti sesi “One-on-One” ini merupakan satu langkah yang terbaik untuk membantu team EBA DIAMOND dalam memasarkan teknologi IBS.                 Sekadar info tambahan, strategi sistem “follow up” ini bukan hanya bertujuan untuk menjual dan mempromosikan produk sahaja, malah ianya juga boleh diselitkan dengan tips-tips perniagaan, bertanya khabar,ucapan selamat dan sebagainya. Ini bertujuan supaya kita sentiasa dekat di hati pelanggan. Justifikasinya, pendekatan secara “One-on-One” ini merupakan salah satu alternatif daripada team kami untuk memastikan team EBA DIAMOND sentiasa fokus dan bermotivasi dalam mencapai “goals” mereka.

Kippidupp 6.0

Alhamdulillah, saya bersyukur program Kippidupp 6.0 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad bertarikh 09 Januari 2022 selepas hampir sebulan team saya berkempen untuk mengajak peserta menyertai program ini.             Kebanyakan panggilan yang dibuat oleh team saya, menerima bermacam jenis feedback. Antara feedback yang kami dapat adalah kebanyakan daripada panggilan dijawab, rata- rata daripada mereka menganggap bahawasanya program Kippidupp 6.0 ini adalah program main saham. Saya faham keadaan sekarang memaksa orang ramai untuk mengambil jalan mudah untuk kaya dengan cepat melalui program pelaburan saham. Masakan tidak orang ramai beranggapan begitu, kerana dengan yuran pendaftaran Kippidupp sebanyak RM28, para peserta boleh mendapat pelbagai pengisian melalui program ini untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Selain daripada itu, ramai orang juga beranggapan bahawa program ini adalah scam.   Saya juga faham mengenai keadaan ini kerana sekarang memang ramai orang yang terlibat dalam kegiatan scam.  Namun, team saya tetap tidak berputus asa untuk terus memberi penjelasan yang betul mengenai tujuan program ini diadakan terhadap orang ramai. Walaupun secara am nya, target audience program ini adalah kontraktor, namun, bukan kontraktor juga boleh menyertai program ini. Bagi orang yang mempunyai zero knowledge dalam industri pembinaan juga boleh menyertai program ini sebelum mereka menceburkan diri ke dalam industri pembinaan dengan menggunakan IBS MeGGa.  Seperti yang digambarkan melalui artikel saya yang bertajuk KIPPIDUPP, Don’t Give Up !, program ini adalah satu klinik IBS di mana perkongsian mengenai teknik – teknik pemasaran menggunakan kaedah IBS dalam  dunia pembinaan ke dalam pasaran sekarang. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Train to Dabong ..choo choo!(Part 4)

 Sesudah permainan Bean Relay ditamatkan, kami semua mempunyai masa untuk menukar pakaian, membersihkan diri dan menunaikan solat. Selepas kesemuanya siap dan bersedia untuk bertolak balik, kami singgah sebentar di papan tanda Gunung Stong untuk bergambar sebagai tanda kenangan. Untuk tidak membuang masa, kami terus pegi ke Kedai Che Nah Mee Udang untuk makan sebelum bergerak ke stesen kereta api. Berbaloi makan di gerai Che Nah Mee Udang, dengan saiz udang harimau yang besar, jus/air udang yang manis dan mi yang kenyal menjadikan ia makanan yang paling special bagi pengunjung yang datang ke sini. Ditambah pula dengan pekerja kedai makan yang mesra pelanggan menjadikan kami tidak segan – silu untuk bertanya. Sementara menunggu masakan disiapkan, kami mempunyai satu sesi luahan hati secara berpasangan. Ia bertujuan untuk menghargai kehadiran staff tersebut dalam organisasi syarikat saya ataupun bahasa mudahnya dipanggil sebagai appreciation speech. Kami bertolak ke stesen kereta api kira-kira pada pukul 5.45 petang setelah kami siap makan dan sampai di stesen kereta api Dabong tepat pada jam 6 petang. Kereta api kami sampai tepat pada pukul 6.06 petang. Selepas kami duduk di tempat duduk kami, sesi pembahagian hadiah diadakan. Lebih mengejutkan, saya dan isteri mempunyai special prize berbentuk wang tunai sebanyak RM100 dan juga RM50 kepada pemenang khas. Pemenang keseluruhan permainan bagi program Train to Dabong dimenangi oleh Kumpulan A. Ada yang mengambil peluang untuk berehat dan tidur selepas semua hadiah disampaikan kepada para pemenang. Ada juga yang berehat sambil berborak sambil menunggu kereta api sampai ke stesen Wakaf Bharu. Kami sampai di sana lebih kurang jam 9 malam dan ada sedikit ucapan penutup serta majlis perpisahan kerana pada hari tersebut, ada dua orang pelajar UiTM telah menamatkan latihan industri mereka dengan jayanya. Deep inside from the bottom of my heart, saya dapat merasakan tujuan program ini diadakan mencapai target iaitu untuk menjalin satu ukhwah antara satu sama lain yang bekerja di bawah syarikat saya dan juga menghasilkan satu teamwork yang hebat dalam kalangan mereka setelah menghabiskan masa seharian bersama. Saya sendiri merasa seronok dengan hasil kerja staff saya menghasilkan satu program yang fun tetapi meaningful. Harapan saya semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Train to Dabong ..choo choo!(Part 3)

Excited sungguh dapat melintas anak sungai dengan menaiki jip. Satu pengalaman yang baru! Terdapat susunan batu sungai di tepi sungai dan juga di tengah – tengah alur sungai. Kebetulan masa kami tiba di sana, air sedang naik dan deras mengalir menyusuri batu- batu sungai tersebut. Asyik sungguh melihat pemandangan sungai, tambah-tambah lagi dengan warna air sungai yang kebiru-biruan dek pantulan awan dan juga pokok – pokok sekeliling. Setibanya kami di sana, kami mengalas perut dengan makan Nasi Goreng Kampung sementara menunggu makanan barbecue siap di bakar. Pada masa yang sama, ada staff yang mengambil kesempatan dengan mandi sungai sambil menanti untuk permainan yang seterusnya. Makanan disediakan untuk aktiviti barbecue adalah kambing perap Pak Mat Western, ayam perap madu sebanyak 3 paket, lokching atau satay ikan dan juga sosej. Disebabkan makanan untuk barbecue ada yang siap dibakar, staff yang sedang bermain air sungai naik sebentar untuk mengambil makanan dan kembali ke gigi sungai dengan membawa pinggan polistrin.  Sayang seribu kali sayang, staff tersebut hampir jatuh di dalam air dan demi menyelamatkan kepingan daging kambing bakar di tangan, sosej dan ayam bakar dijadikan korban dan jatuh ke dalam air sungai. Epic sungguh dengan pemandangan di depan mata saya! Sakan mereka bergelak – ketawa dengan apa yang berlaku tanpa mempedulikan saya yang sedang berendam di sebelah mereka. Dalam pada itu, AJK program sedang menyiapkan permainan yang seterusnya iaitu Speed Quiz. Permainan ini juga diadaptasi daripada program Running Man di mana seorang staff diperlukan untuk membuat aksi mengikut gambaran yang di tunjukkan oleh pengacara majlis. Manakala, ahli kumpulan yang lain hendaklah meneka apakah ia. Oleh sebab kami dibahagi kumpulan kepada empat, pelbagai reaksi dan ragam dapat dilihat sepanjang permainan ini berjalan.             Selepas itu, tanpa membuang masa, permainan diteruskan dengan permainan Bean Relay. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan chopstick. Beans atau biji kekacang perlu dialihkan dengan menggunakan chopstick daripada pinggan plastic ke dalam botol yang disediakan. Bagi saya, permainan ini adalah sangat sesuai bagi sesiapa yang menyukai makanan sushi kerana penggunaan chopstick yang sangat cekap. Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo! (Part 4) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Train to Dabong ..choo choo!(Part 2)

 Kami menaiki tiga buah kenderaan daripada stesen kereta api Dabong menuju ke Gua Ikan dan perjalanan ini diketuai oleh Abe Jie, seorang tour leader yang berpengalaman menguruskan program di Dabong. Sampai sahaja kami di Gua Ikan, kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan landmark Gua Ikan sebelum sesi senamrobik pagi dimulakan. Selesai sesi bergambar, kami memulakan aktiviti senamrobik dan sesi memanaskan badan selama hampir 30 minit. Sesi memanaskan badan ini diperlukan bagi memastikan tiada antara kami akan cedera dan cramp semasa menyertai program menjelajah gua selepas ini. Selesai sesi memanaskan badan, sedikit taklimat diberi oleh Abe Jie mengenai gua-gua yang terlibat dalam program ini dan juga peralatan diperlukan.  Terdapat tiga gua yang berbeza yang terlibat iaitu Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris. Namun begitu, kami hanya menjelajah ke Gua Pagar dan Gua Keris. Kami tidak dapat menjelajah ke Gua Gelap kerana ia mempunyai ruang yang sempit untuk bergerak dan juga dipenuhi dengan air, berkemungkinan kami akan basah sedangkan terdapat banyak lagi aturcara program yang akan berlangsung. Tambahan pula, keadaan tersebut tidak sesuai bagi staff wanita.  Pada awal perjalanan, kami beranggapan bahawa perjalanan menjelajah gua ini tidaklah lasak sangat, namun, sangkaan kami meleset apabila kami berada di tengah perjalanan. Dengan keadaan tanah yang licin akibat air bukit, kami sangat berhati – hati dan saling menyokong antara satu sama lain. Cuaca pada hari itu sangat elok dengan disirami cahaya matahari yang tegak di langit sehingga waktu petang. Bayangkan kalau kami datang ke situ selepas hujan turun? Alamatnya, berjam-jam kami terpaksa habiskan untuk aktiviti hiking sahaja.   Sepanjang aktiviti hiking berlangsung, Abe Jie akan menceritakan serba sedikit mengenai gua – gua yang kami jelajah. Selain daripada itu, kami juga turut didedahkan dengan keadaan fizikal struktur gua – gua tersebut. Ada yang membentuk bunga kubis dan bersinar serta berwarna putih dan ada juga yang berwarna seakan – akan chocolate. Kata Abe Jie, batu gua yang berwarna putih dan bersinar adalah batu yang masih hidup dan akan membesar buat satu tempoh yang lama manakala batu yang berwarna agak gelap sudah mencapai had umur dan tidak akan membesar lagi. Saya tidak pasti antara Gua Pagar atau Gua Keris, terdapat mata air muncul antara batu gua dan sekiranya ia digunakan untuk membasuh muka dengan niat yang baik, berkemungkinan besar hajat orang tersebut akan ditunaikan. Itupun dengan bantuan daripada Allah, In Shaa ALLAH. Kami mula mendaki hampir jam 10 pagi dan berjaya menghabiskan aktiviti hiking selepas 2 jam dan 45 minit. Banyak learning point yang dapat kami pelajari sepanjang program hiking tersebut. Antara daripadanya adalah semangat kerjasama, bersabar, mencuba dengan bersunguh-sungguh dan juga belajar untuk membuat sesuatu yang baru. Selepas kesemua turun mendaki dengan selamat, kami berehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya untuk makan tengah hari, aktiviti barbecue dan juga untuk bermain permainan yang telah diatur oleh AJK program. Sungai Kenerong menjadi pilihan kami sebagai tempat untuk aktiviti kami yang seterusnya. Sambungan artikel –  Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo!(Part 3) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Modulla House

Rumah kabin atau nama komersialnya lebih dikenali sebagai container house merupakan rumah yang bersaiz kecil dan compact tetapi dilengkapi dengan ruangan sama seperti rumah biasa. Ia kebiasaannya dapat memuatkan dalam dua ke tiga orang dan sangat sesuai untuk didiami untuk keluarga yang kecil, lebih – lebih lagi untuk pasangan yang baru berkahwin.             IEPS panel wall adalah salah satu material yang biasanya digunakan membina rumah kabin. Ini adalah kerana cara pemasangannya yang mudah dan senang, ditambah pula beratnya yang ringan untuk dibina, menjadikan pengambilan masa untuk membina rumah kabin singkat.             Pakej Rumah Kabin AZ Mega Plus mempunyai saiz ketinggian setinggi hampir 8 1/2 kaki dengan panjang rumah sebanyak 20 kaki dan keluasan sebanyak 400 kaki per segi yang memuatkan dua buah kontena. Rumah kabin boleh disambung untuk menjadikan unit tersebut lebih besar. Tambahan pula, ia juga boleh disusun secara bertingkat menjadikan ia dua tingkat atau tiga tingkat.             Bagi pembinaan rumah kabin daripada syarikat AZ Mega Plus, IEPS panel wall digunakan sebagai dinding dan bumbung. Penggunaan IEPS panel wall dalam pembinaan rumah kabin adalah bersesuaian kerana walaupun saiznya yang agak compact, namun ia mampu menghalang haba yang banyak dan menjadikan sesebuah rumah kabin itu panas. Sebaliknya, ia akan kekal sejuk dek fungsi panel IEPS yang tebat haba.             Pemasangannya hanya memerlukan bolt dan nut bagi memudahkan proses renovasi di masa akan datang. Sekiranya ia dipasang secara welding, ia akan menjadi binaan kekal             Bukan sahaja proses pembinaan rumah kabin menggunakan IEPS panel wall senang, malah menjimatkan kos, tenaga dan juga masa. Walaupun ia mudah untuk dipasang dan menjimatkan, namun ia masih mengekalkan sifatnya yang baik seperti kalis api, kalis bunyi, sejuk dan juga kukuh.             Selain itu juga, binaan rumah IBS Modulla syarikat AZ Mega Plus juga environmentally friendly di mana tiada penggunaan bahan mentah. Ini adalah kerana bahan binaan rumah kabin di bawah syarikat AZ Mega Plus comes in one set selepas pesanan dibuat. Pemasangan rumah kabin ini tidak memerlukan masa yang panjang untuk dipasang, namun ia bergantung kepada pelan dan struktur rumah.             Pakej rumah IBS Modulla syarikat AZ Mega Plus telah dirasmikan tidak lama lagi dan bakal menambat hati orang ramai. Nantikan kemunculan pakej rumah IBS Modulla kami yaa.. ! Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Train to Dabong ..choo choo!(Part 1)

Train to Dabong   Pada 6 Jan 2022 hari Khamis yang lepas, buat julung kalinya syarikat saya AZ Mega Plus berjaya mengadakan satu hari program team building di Dabong yang diberi nama Train to Dabong. Pada asalnya, program ini dijadulkan pada 26 Disember 2021, namun terpaksa ditunda disebabkan faktor cuaca dan beberapa faktor yang lain. Semua orang bertungkus – lumus untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.             Kami mula berkumpul di stesen kereta api Wakaf Bharu seawal jam 4 pagi dan counting dimulakan oleh AJK Keselamatan untuk mengenalpasti sekiranya ada keciciran. Semua staff hadir pada masa yang ditetapkan dan sedikit taklimat ringkas diberi oleh pengacara majlis. Usai taklimat ringkas, kereta api sampai tepat pada pukul 4.24 pagi dan semua bergerak ke koc yang ditulis pada tiket iaitu Gerabak A. Oleh sebab pembahagian kumpulan telah dilakukan sehari sebelum program, ianya tidak messy dan teratur pada hari tersebut. Setelah kami selesai menyusun barang dan duduk di tempat duduk yang disediakan, pengacara majlis memberi sepatah dua kata dan menjemput wakil staff untuk mengetuai bacaan doa menaiki kenderaan agar perjalanan selamat sampai ke destinasi.             Program ini dimulakan dengan sesi ice breaking staff syarikat AZ Mega Plus Group dengan menyatakan serba sedikit mengenai perihal diri sendiri terhadap orang lain. Permainan yang pertama dimulai dengan permainan yang diberi nama Kotak Beracun. Kotak yang berisi pilihan antara Truth dan Dare di pass kan mengikut alunan muzik yang dipasang. Apabila muzik itu berhenti, orang yang memegang kotak tersebut hendaklah memilih sekeping kertas yang telah digulung di dalamnya. Bagi sesiapa yang mendapat TRUTH, ianya mudah tetapi tidak bagi sesiapa yang mendapat DARE.  Sekiranya ia adalah TRUTH, staff tersebut harus menjawab mengikut soalan yang terdapat pada kertas tersebut dan sekiranya DARE, staff yang terlibat hendaklah menyahut cabaran yang dinyatakan.  Antara DARE yang saya boleh ingat adalah meniru gaya seorang budak yang berumur 4 tahun, menyanyi tanpa menggerakkan bibir dan juga cubit pipi orang di sebelah kanan orang tersebut sebanyak  3 kali, manakala, TRUTH pula adakah staff tersebut mandi atau tidak dan juga public speaking mengenai orang di sebelah selama 2 minit. Apa yang mengejutkan saya adalah saya tidak sangka rupa-rupanya berbakat juga staff saya dalam mengendalikan permainan. Bukan sahaja berbakat, malah sangat kreatif. Semua tindak – tanduk yang melibatkan permainan ini mempunyai markah yang tersendiri. Permainan ini diakhiri dengan ucapan perasmian majlis daripada saya, selaku founder AZ Mega Plus Group.   Mengikut perancangan yang di tetapkan untuk program ini, sepatutnya kami akan bermain permainan kedua iaitu dikenali sebagai the Calling Numbers. Ia merupakan satu permainan yang diadaptasi daripada reality show Korea iaitu Running Man. Oleh sebab permainan Kotak Beracun mengambil masa yang agak lama, permainan ini terpaksa ditunda. Tambahan pula, masa selepas itu digunakan untuk menyempurnakan solat subuh sebelum berehat sekejap dan sampai ke destinasi; Dabong.  Kami selamat sampai di stesen kereta api Dabong kira – kira pada jam 7.30 pagi dan selepas berkumpul mengikut kumpulan yang ditetapkan, pembahagian barang amanah dilakukan. Barang amanah tersebut melibatkan sebiji telur mentah. Ia hendaklah dijaga dengan rapi dan dipulangkan dalam keadaan yang sama semasa perjalanan pulang ke Kota Bharu. Sepanjang program berlangsung, ahli kumpulan yang lain boleh mencuri atau memecahkan telur kepunyaan pihak lawan. Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo!(Part 2) Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Seni Pembuatan Perabot

Seperti yang sedia maklum melalui artikel saya yang bertajuk – Khidmat InteriorDesigner, syarikat saya juga ada menyediakan servis pembuatan perabot untuk custom-made shelves atau custom-made almari. Dalam seni pembuatan perabot, kami memilih untuk fokus lebih terhadap pembuatan custom-made kabinet dapur.             Bahagian reka bentuk, jumlah ruangan yang perlu ada dalam kabinet dan juga pemilihan warna, pelanggan kami boleh membuat keputusan sendiri mengikut citarasa mereka dan juga boleh dibantu dengan pendapat diberi daripada pereka dalaman daripada team AZ Mega Plus.             Kebiasaannya, material yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur daripada aluminum, melamine atau solid nyatuh. Aluminium yang digunakan dalam pembuatan kabinet dapur adalah merupakan jenis hollow iaitu besi jenis ringan. Bagi ukuran saiz kabinet dapur pula, standard saiz ia berukuran tinggi sebanyak 850mm dan kedalaman sebanyak 2 kaki tetapi panjangnya mengikut dinding on the side.  Kabinet dapur terdiri daripada base cabinet dan juga top cabinet. Top cabinet merupakan kabinet dapur yang dilekatkan di dinding yang boleh dicapai menggunakan tangan. Kabinet dapur bahagian atas selalunya dijadikan sebagai storage atau tempat meletakkan stok makanan kering dan peralatan memasak yang bersaiz kecik dan ringan. Ia adalah kerana untuk mengawal tekanan dan berat yang diterima oleh kabinet tersebut.             Golongan ibu-ibu yang menganggap dapur itu adalah syurga bagi mereka, apatah lagi bagi mereka yang suka memasak amat menitikberatkan keadaan dapur supaya masih nampak cantik dan bersih. Oleh sebab itu, penggunaan cooker hood atau lebih dikenali sebagai kebuk asap selalunya digunakan untuk mengalirkan asap yang dihasilkan semasa memasak ke ruangan secara sekata. Sekiranya pelanggan kami ingin memasang cooker hood di dapur, ia boleh dipasang dengan kabinet dapur kami. Bagi pembuatan top kitchen cabinet, kami menggunakan bahan seperti concrete dan granite. Namun begitu, sejenis bahan yang dinamakan kompac plus juga turut digunakan tetapi syarikat saya tidak menyediakan material jenis tersebut buat mase sekarang. Berbeza dengan base cabinet, ianya merupakan kabinet dapur yang berada di bawah. Ia biasanya dilengkapi dengan hob iaitu tempat memasak atau orang ramai memanggil ia sebagai stoves. Base cabinet juga boleh dijadikan tempat penyimpanan barang khasnya perkakas memasak yang lebih berat,besar dan kerap digunakan Ketika memasak.             Sebenarnya satu set kabinet merangkumi top cabinet, base cabinet, oven unit dan juga fridge unit. Namun, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, ia akan dibuat mengikut permintaan dan citarasa pelanggan kami termasuklah penambahan island unit bagi mereka yang berkeinginan. Sejujurnya, bagi saya pembuatan kabinet dapur adalah penting semasa pembinaan sesebuah rumah. Ini adalah kerana ia adalah tulang belakang untuk sesebuah rumah. Sebuah keluarga kebiasaannya menghabiskan masa dengan makan bersama di dapur. Dan untuk satu masakan yang enak, keadaan dapur yang kemas juga memainkan peranan. Apabila makanan yang sedap dimasak, orang yg makan secara automatik akan rasa gembira dan seronok bak kata pepatah dipetik daripada Adrienne Posey’ Good food warms the heart and feeds the soul’ Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Penggunaan IBS MeGGa dalam rumah satu tingkat & 2 tingkat

 Umumnya, penggunaan IBS MeGGa adalah digunakan untuk dijadikan bahagian dinding rumah menggantikan susunan batu bata yang digunakan melalui kaedah konvensional. Tahukah anda, bahawa pembinaan rumah satu tingkat dan dua tingkat mempunyai sedikit perbezaan terutamanya dalam sistem pembinaannya.             Point yang pertama saya ingin jelaskan mengenai pembinaan rumah satu tingkat. Pembinaan rumah setingkat dimulakan dengan pembinaan tapak. Dalam pembinaan rumah satu tingkat ini, kita tidak memerlukan beam dengan tiang ataupun lebih dikenali sebagai column. Untuk menggantikan beam, kami akan menggunakan top track sebagai pengganti fungsi beam yang bertujuan untuk memegang dinding tersebut selain untuk dijadikan sebagai tapak untuk trusses bumbung dipasang. Ia bertujuan untuk memegang dinding panel IBS MeGGa dan memastikan ia lebih kukuh apabila siap dibina.  Selepas pemasangan panel ataupun IBS MeGGa selesai, kami akan menggunakan trusses atau kerangka bumbung yang diperbuat daripada besi sebelum bumbung diletakkan. Kebiasaannya, untuk bumbung, kami memilih untuk menggunakan atap gajah. Ini adalah kerana ianya mudah di pasang, murah dan juga sesuai dengan pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa.             Untuk ketinggian rumah pula, walaupun panel IBS MeGGa berukuran 2 kaki lebar dan 10 kaki panjang, ia boleh diubah mengikut citarasa pelanggan. Ketinggian rumah boleh diubah dan mencecah ketinggian sebanyak 13 kaki ke 14 kaki. Namun begitu, kebiasaannya orang ramai memilih ketinggian rumah sebanyak 10 kaki ke 11 kaki. Sekarang, kita beralih pula ke pembinaan rumah 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa. Berbeza dengan pembinaan rumah setingkat yang kurang menggunakan pasir, besi dan simen, pembinaan rumah dua tingkat adalah sebaliknya. Selain daripada itu, pembinaan rumah 2 tingkat juga menggunakan tiang dan juga beam untuk memastikan binaan kukuh dan lebih selamat.             Selepas beam disiapkan, slab akan dibuat untuk langkah seterusnya dan diikuti pula dengan pemasangan panel dengan menggunakan bottom track bagi tingkat bawah. Untuk pembinaan bahagian tingkat atas, selepas pelantaian dilakukan seperti biasa, panel akan dipasang dan sama seperti rumah satu tingkat, top track akan digunakan sebelum pemasangan bumbung dilakukan. Begitulah sedikit sebanyak yang saya dapat berkongsi mengenai perbezaan pembinaan rumah setingkat dan 2 tingkat dengan menggunakan IBS MeGGa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Scroll to Top