Uncategorized

Program Team Members

  Merujuk kepada artikel pertama yang saya tulis iaitu mengenai program EBA Diamond yang mempunyai yuran pendaftaran untuk tempoh enam bulan keahlian, terdapat satu lagi program yang hampir serupa fungsi tetapi tanpa bayaran keahlian. Program tersebut dikenali sebagai Team Members. Majoriti yang menyertai program ini adalah bekerja sebagai kontraktor.             Para kontraktor yang menyertai program ini pada asalnya terlibat dalam kaedah pembinaan secara konvensional dan tiada pengalaman dalam mengendalikan IBS MeGGa. dan dalam transition untuk berubah ke arah penggunaan IBS MeGGa. Selain kontraktor, bukan kontraktor pun boleh turut serta dalam program ini untuk menambah ilmu yang sedia ada dan menggunakannya dalam perancangan untuk mengorak langkah dalam industri pembinaan menggunakan IBS MeGGa.    Menariknya di sini, keahlian EBA Diamond juga berasal daripada grup Team Members. Berbezanya di sini, kontraktor yang pada asalnya menyertai grup Team Members beralih kepada program EBA Diamond adalah kerana ingin pendekatan atau sesi pembelajaran secara khusus dengan pihak AZ Mega Plus dan saya sendiri. Persamaan antara program Team Members dan program EBA Diamond adalah ia melibatkan komunikasi antara dua pihak. Maksudnya, ahli program Team Members boleh mengutarakan soalan, pendapat dan idea secara bebas untuk bersama – sama maju melangkah ke hadapan.             Melalui program Team Members ini, para peserta mempunyai sesi zoom bersama dengan saya dan juga menyertai program Megalive di halaman Facebook untuk mendapatkan tips-tips dan pelbagai ilmu dalam bidang pembinaan khasnya dengan menggunakan IBS MeGGa. Selain daripada itu, tunjuk ajar juga akan diberikan kepada ahli Team Members juga melalui coaching di grup Whatsapp dan Telegram secara general. Perbezaannya dapat dilihat di sini kerana jika dibandingkan dengan program mentoring EBA Diamond. Ini adalah kerana program EBA Diamond menawarkan sesi mentoring yang lebih khusus dan spesifik. Berpandukan tunjuk ajar daripada saya dan team AZ Mega Plus dan juga komitmen diberikan, ada di antara ahli Team Members berhasil memperoleh result dengan berjaya closed project dengan menggunakan IBS MeGGa.             Bagi saya, secara peribadi sekiranya kontraktor atau bakal kontraktor yang mempunyai zero pengalaman dalam mengendalikan dan menggunakan IBS MeGGa, program Team Members ialah satu platform yang terbaik untuk mula menapak dalam industri pembinaan. Sekiranya kontraktor yang terlibat selesa dan ingin upgrade dengan memerlukan perhatian yang khusus, mereka boleh menyertai program EBA Diamond seperti ditulis dalam artikel saya yang pertama. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Kaedah Pembinaan Asas Rumah (Tapak)

   Terdapat dua kaedah tapak pembinaan yang berbeza sebelum rumah atau bangunan dibina. Ia dikenali sebagai Footing dan juga Rafting. Tapak rumah merupakan satu komponen yang sangat penting bagi pembinaan. Sekiranya asas tapak tidak dibina dengan betul, ianya bakal menjadi satu binaan yang kurang kukuh dan kestabilannya boleh diragui. Asas tapak dibina bertujuan untuk menampung dan memindahkan beban keseluruhan bangunan ke tanah di sekeliling pembinaan. Ia juga berfungsi untuk mengelakkan daripada berlakunya mendapan.             Pertama sekali saya ingin kupaskan mengenai kaedah Footing untuk membina asas tapak pembinaan. Untuk teknik ini, tanah perlu digali sehingga mencecah kedalaman sebanyak 1500mm (minimum) atau lebih. Semakin dalam tanah digali, semakin stabil rumah atau bangunan yang dibina. Ini adalah kerana apabila tanah digali semakin dalam, kedudukan bangunan tersebut hampir dekat dengan pusat bumi (centre of gravity). Kedalaman tapak yang dibina perlu menjalani ujian manchintosh proba JKR yang mana untuk menguji kekuatan galas tanah tersebut. Ujian ini dilakukan dengan menggunakan pengetuk seberat 4.5kg dan rod berukuran 120mm panjang, berdiameter 25mm serta bersudut 600. Sekiranya ujian ini tidak dilakukan, ia boleh menyebabkan berlakunya mendapan, dinding pecah, lantai crack dan sebagainya. Sebelum tapak dibina, tukang rumah atau kontraktor yang terlibat haruslah memastikan air tidak bertakung semasa konkrit dijalankan. Asas pembinaan footing menggunakan tiang untuk mendirikan sesebuah bangunan dan juga rumah.             Berbeza dengan teknik footing, kaedah rafting juga sesuai untuk binaan asas tapak bangunan, lebih-lebih lagi untuk tanah jenis gambut kerana ia membahagi beban struktur rumah pada sebuah kawasan yang luas. Kaedah ini dapat mengelakkan struktur rumah daripada retak sekiranya berlaku pergerakan ataupun mendapan tanah dengan bantuan membrane sheet. Kepingan membrane ini adalah pilihan yang sangat tepat dek kerana fungsinya yang kuat ketahanan. Ia dapat menahan tekanan air yang tinggi dan juga menahan tekanan dinamik akibat daripada gempa bumi yang berlaku.     Penggunaan kaedah rafting dalam pembinaan asas rumah, tanah tidak perlu digali dan teknik ini juga tidak memerlukan tiang untuk mendirikan sesebuah rumah dan bangunan. Sebelum tapak dibina, tanah haru diukur dan ditanda terlebih dahulu sebelum formwork dirangka. Apabila formwork dibentuk, ia akan diisi dengan tanah atau pasir dan besi disekelilingnya (beam). Besi BRC juga akan diletakkan di tengah-tengah formwork.             Besi BRC mempunyai banyak saiz, tetapi ianya lebih elok menggunakan besi BRC saiz A7 atau A8 yang bersaiz besar dan mempunyai diameter yang besar. Apabila besi berdiameter besar, ia bermaksud besi tersebut lebih kuat berbanding besi berdiameter kecil. Sebelum besi ini diletakkan di dalam formwork, membrane sheet perlu diletakkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana untuk memastikan kualiti concrete berada dalam keadaan baik.             Ia berfungsi untuk menghalang air daripada tanah tidak bercampur dengan concrete yang bakal dibuat. Selain itu, ia juga digunakan untuk mengelakkan daripada wap air naik ke permukaan, mengelakkan anai-anai, memastikan keadaan mozek tidak tercabut disebabkan wap air dan memastikan concrete kering dengan betul. Kebiasaannya ketebalan concrete minimum setebal empat inci, namun, ia bergantung kepada jenis bangunan yang bakal dibina. Jika cuaca elok, pembuatan asas tapak rumah hanya boleh disiapkan dalam tempoh seminggu. Bagi pembinaan rumah menggunakan IBS MeGGa, kami menggunakan teknik rafting. Ini adalah kerana dengan menggunakan teknik ini, ia mampu menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan duit untuk proses penggalian tanah. Selain daripada itu, ia juga menjimatkan masa kerana pembuatan tapak menggunakan teknik rafting hanya mengambil masa seminggu dan ianya cepat disiapkan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Renovation menggunakan panel IBS MeGGa

Cara pembinaan kaedah konvensional sudah diyakini orang ramai disebabkan cara tersebut sudah diamalkan sejak turun – temurun. Oleh sebab itu, kekukuhan dan kestabilan satu binaan menggunakan cara konvensional tidak diragui oleh masyarakat. Berbanding kaedah konvensional, kaedah pembinaan menggunakan bahan Industrialised Building System (IBS) memerlukan kami untuk educate orang ramai.             Ini adalah kerana walaupun sistem binaan menggunakan kaedah IBS sudah lama bertapak di Malaysia, namun ia tidak digunakan secara meluas oleh orang ramai. Ini adalah kerana ramai orang kurang mengambil tahu akan apa itu IBS, kebaikan penggunaan IBS MeGGa dan juga fungsinya dalam pembinaan.          Ini yang kami harus explain kepada pelanggan dan harus tunjuk melalui lakaran sekiranya ia tidak difahami. Proses pengubahsuaian rumah dengan menggunakan panel IBS MeGGa boleh digunakan walaupun sesebuah rumah itu dibina dengan menggunakan kayu atau batu bata daripada kaedah konvensional.             Namun begitu, sekiranya sesebuah rumah tersebut dibina melalui kaedah konvensional dan proses renovasi menggunakan panel IBS MeGGa, ia perlu dilekatkan pada tiang rumah. Ini adalah untuk menjadikan percantuman antara dua bahagian berbeza material menjadi kukuh dan stabil.                         Walaupun proses sama, namun kaedah yang digunapakai oleh kontraktor atau tukang rumah mungkin sedikit berlainan kerana ia bergantung kepada struktur rumah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Travelog Mentoring ke Johor & Terengganu

 Travelog artikel saya kali ini meliputi lima hari perjalanan saya bersama ketua unit projek pergi untuk mentoring fizikal yang meliputi kawasan di negeri Johor dan Terengganu. Hari pertama – 13 Disember 2021             Masuk office seperti hari biasa bekerja dan join morning booster bersama staff yang lain membuatkan perasaan semakin berkobar-kobar untuk bekerja pada hari ini. Usai sesi morning booster, saya bersama – sama dengan ketua unit projek membuat sedikit persiapan dan mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti mentoring ke negeri Johor dan Terengganu. Perjalanan dimulakan setelah kesemuanya sudah bersedia  dan tempat pertama yang kami tuju adalah ke Pasir Putih,Kelantan. Ia adalah untuk mengukur site projek sebelum quotation dikeluarkan bagi pembinaan bangunan yang menggunakan IBS MeGGa. Sesi mengukur ini mengambil masa lebih kurang dua jam kerana ia perlu dilakukan secara teliti dengan menitikberatkan segala aspek. Perjalanan ke Johor bersambung ketika hari sudah semakin petang. Oleh sebab cuaca yang elok, perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami mengambil keputusan untuk berhenti rehat seketika di R&R Paka West Bound. Alhamdulillah, kami selamat sampai di hotel lobi di Johor hampir pukul tiga pagi. Hari kedua – 14 Disember 2021 Sedap breakfast pagi hari ni disediakan oleh pihak hotel. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami berdua telah tiba di tapak projek yang pertama iaitu di Kulai bertujuan untuk latihan mentoring fizikal. Kami berdua memperkenalkan diri daripada syarikat AZ Mega Plus dan berkenalan dengan kontraktor serta anak buahnya yang terlibat dalam projek binaan ini. Selepas ianya selesai, sesi mentoring dimulakan dengan pembentangan manual pemasangan IBS MeGGa dan diikuti dengan hands’ on practical. Sepanjang sesi mentoring direkod saya melalui video supaya ia boleh dijadikan memento setelah projek itu siap dan juga untuk simpanan pejabat. Langkah kanan mungkin kami ke mari kerana kami dapat bersama – sama makan lunch dengan mereka sebelum meneruskan sesi mentoring hingga ke petang. Oleh sebab yang agak berangin di sini, proses mentoring dapat berjalan dengan lancar dan dapat diakhiri dengan sesi Q&A dengan kontraktor yang terlibat. Seterusnya, perjalanan kami diteruskan ke Kota Tinggi setelah semua tunjuk ajar jelas dan difahami oleh kontraktor. Hari ketiga – 15 Disember 2021  Kami berdua meneruskan perjalanan ke tapak projek di Kota Tinggi setelah makan pagi dan check-out hotel. Cuaca yang agak mendung hari ini dan selepas sesi perkenalan dengan kontraktor dan tukang rumah, hujan renyai – renyai turun membasahi tapak projek. Oleh sebab hujan turun, kami tidak melepaskan peluang untuk membuat sesi mentoring berpandukan manual di bawah satu pondok yang berdekatan dengan tapak projek. Hujan turun hampir 30 minit dan berhenti. Ia memberi peluang untuk kami menyambung aktiviti mentoring fizikal dan merekod video serta membuat sesi live di Facebook. Sesi mentoring di Kota Tinggi berakhir dengan lancar pada waktu tengah hari dan seterusnya, kami bergerak pula menuju ke Batu Pahat. Sepanjang perjalanan menuju ke tapak projek di Batu Pahat, hujan turun dengan lebatnya dan tiba di sana hampir pukul 6.00 petang. Kami melawat dua kawasan projek yang berbeza di sini. Lewat malam juga kami pulang ke hotel kerana sempat meluangkan masa dengan kontraktor di sini dengan menyertai makan malam bersama. Hari keempat – 16 Disember 2021             Hari ini kami pergi melawat tapak projek di Parit Jawa, Muar Johor. Seperti biasa, sebelum sesi mentoring dimulakan, sesi perkenalan antara kami dengan kontraktor dimulakan terlebih dahulu. Menariknya di sini, sesi mentoring hanya memerlukan masa selama 2 jam sahaja jika dibandingkan dengan sesi mentoring yang lain yang memakan masa hampir satu hari. Selesai sesi mentoring di sini, kami mengambil kesempatan untuk ke Melaka dan menjamu selera masakan asam pedas makanan tradisi orang di sini. Selesai makan dan solat, kami menyambung perjalanan kami ke Terengganu dan tiba di sana hampir jam 10.30 malam. Hari kelima – 17 Disember 2021             Hari ini adalah hari terakhir untuk sesi mentoring yang diadakan pada tahun ini. Hari ini hari jumaat dan hari ini merupakan hari hujung minggu bagi warga Terengganu. Dek kerana cuti hujung minggu, kami hanya sempat bertemu dengan kontraktor nya sahaja kerana yang lain bercuti. Tapak binaan sudah didirikan, namun oleh kerana keadaan cuaca yang tidak stabil, ia melambatkan proses percantuman panel untuk membentuk dinding rumah. Lokasi tapak projek di Terengganu kali ini sangat cantik dan menarik kerana terletak berdekatan dengan sawah padi. Selesai sesi mentoring di sini, maka berakhir sudah program mentoring selama lima hari yang mana merangkumi tapak projek di Johor dan juga Terengganu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

IBS MeGGa, pelihara alam sekitar

Alam Sekitar & IBS MeGGa  Isu alam sekitar sering dikaitkan dengan pembinaan, khasnya memberi kesan terhadap pencemaran bunyi, udara dan air. Tahukah anda bahawa IBS MeGGa ini adalah satu produk pembinaan yang mesra alam dan tidak menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar secara aktif. Penggunaan double ‘G’ dalam IBS MeGGa ini bermaksud Go Green. Melalui artikel ini, saya ingin kupaskan IBS MeGGa dalam pencemaran bunyi dan udara.             Kita sering melihat tapak pembinaan rumah atau bangunan mengeluarkan bunyi bising dengan penggunaan mesin. Pembinaan secara konvensional menggunakan cement drill untuk mencampurkan simen, air dan juga pasir untuk menjadikan bahan pelekat yang kukuh. Penggunaan cement drill mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan boleh mengganggu ketenteraman kejiranan. Lebih-lebih lagi sekiranya di kejiranan yang terlibat mempunyai ramai kanak-kanak dan bayi. Bunyi yang kuat dihasilkan boleh mengganggu si kecil untuk berehat di waktu siang.   Pembinaan rumah melalui kaedah konvensional memerlukan mesin itu sepanjang pembinaan berlangsung. Berbezanya di sini, sekiranya pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS, cement drill hanya digunakan untuk membuat tapak sahaja manakala untuk pelekatan dinding hanya menggunakan cement gam yang dibancuh di dalam satu bekas khas. Oleh yang demikian, ia mengurangkan pencemaran bunyi yang terhasil daripada pembinaan terhadap alam sekitar.  Selain daripada itu, pengaliran keluar – masuk jentera berat seperti lori treler yang mengangkut barang binaan ke tapak projek juga menyumbang kepada pencemaran bunyi dan juga udara. Kemasukan jentera berat ke kawasan pembinaan untuk menghantar barang binaan bergantung kepada penggunaan bahan tersebut. Jika terdapat barang yang diperlukan dihantar dalam kuantiti sedikit, ia mungkin  akanmasuk beberapa kali lagi menghantar barang sehingga projek binaan siap. Semasa pengaliran keluar – masuk jentera berat, ia menghasilkan vibration yang mana membolehkan bangunan/rumah terasa getaran yang terhasil.   Bukan itu sahaja, udara juga turut tercemar sekiranya lori asyik keluar masuk ke tempat pembinaan dengan kehadiran habuk halus dan asap yang berbahaya terhadap masyarakat, lagi-lagi sekiranya ada yang mempunyai masalah pernafasan. Dengan penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan, panel yang digunakan oleh kami akan dihantar kebanyakkannya sekali sahaja dengan menggunakan lori yang boleh memuatkan barang seberat 40 tan untuk pembinaan sebuah rumah. Ini adalah kerana sebelum penghantaran panel dilakukan, pihak saya akan melakukan pengiraan yang sewajarnya berdasarkan pelan lantai rumah yang dibina. Oleh sebab itu, ia mampu mengurangkan vibration yang dihasilkan semasa lori keluar-masuk ke tempat pembinaan untuk menghantar panel.             Dengan itu, penggunaan IBS MeGGa diyakini sangat menjaga alam sekitar dan tidak menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar. Bukan sahaja mesra alam, bahkan menjimatkan dan mempunyai kelebihan lain lagi. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Bumbung Atap Gajah

Kebanyakan projek di bawah kendalian syarikat AZ Mega Plus menggunakan atap gajah sebagai bumbung rumah. Ini adalah kerana kosnya yang lebih murah menjadikan ia sesuai untuk digunakan dalam pembinaan rumah atau projek kos rendah. Bumbung atap gajah lebih kuat dan tidak mudah pecah. Oleh sebab itu, ia dapat bertahan lebih lama berbanding material bumbung yang lain. Bumbung atap gajah dipasang dengan menggunakan cara sistem interlocking untuk mengelakkan risiko kebocoran. Selain daripada itu, bumbung atap gajah mempunyai lapisan cat dual layer yang bersifat anti fungus dan anti perlindungan warna. Oleh yang demikian, ia akan kekal nampak cantik untuk satu tempoh yang lama walaupun disulami dengan cahaya matahari dan air hujan dek kerana cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun. Selain daripada kelihatan cantik buat satu tempoh yang lama, ia juga kelihatan lebih menarik berbanding atap metal deck dan kerana efeknya 3D yang lebih menyerlah daripada pandangan jauh berbanding atap roof tiles. Bersesuaian dengan panel IBS MeGGa yang bersifat tebat haba dan membuatkan sesebuah rumah itu berada dalam keadaan sejuk dan nyaman, penggunaan bumbung atap gajah juga menjadikan sesebuah rumah lebih sejuk. Tambahan pula, ia juga bersifat kedap bunyi terutamanya sewaktu hujan. Ianya lima kali lebih sejuk dan lebih senyap berbanding atap metal deck.Selain daripada bersifat kedap bunyi, ia juga tebal, tidak mudah retak dan boleh menampung bebanan seberat 130 kilogram apabila siap dipasang. Penggunaan atap gajah tidak lagi memerlukan pemasangan wool ataupun aluminium foil. Aluminium foil berfungsi untuk menahan panas daripada memasuki sesebuah rumah. Namun, sekiranya, pelanggan kami ingin memasang roof ventilator sebagai aksesori tambahan, pemasangannya boleh dibuka dan dialihkan. Namun begitu, bukan kesemua bumbung projek AZ Mega Plus menggunakan atap gajah kerana ia bergantung kepada citarasa pelanggan kami. Antara contoh bumbung atap yang lain adalah seperti atap Cement Roof Tiles dan atap metal deck. Bumbung jenis atap gajah mudah didapati kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna. Selain itu, bumbung atap gajah juga mudah diselenggara dan mesra alam.  Bumbung atap gajah juga bersifat eco-friendly dek kerana bahan pembuatannya tidak menggunakan asbestos. Semestinya, penggunaan bumbung atap gajah menjimatkan dan menyejukkan di samping penggunaan IBS MeGGa sebagai dinding, untuk menyamankan keadaan di rumah dan membuatkan pemilik sesebuah rumah  berpuas hati dengan pembinaan rumah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Celebration Birthday January’s Babies

As company grows, so does my team. For the first time ever in my life, I had a surprised birthday celebration not at home, but at the office. Not just me, but together with another 3 staffs are January’s babies of company AZ Mega Plus Group. The celebration went so well just like they’ve planned it for a long time but I found out that it is only took about two days to execute the plan.             The most surprising and exciting is my staffs planned it together with my wife who is also a co-founder of this company. My day started off with the same routine which I need to be at the office at the same time as my staff. I had an executive coaching class with departmental leader up until lunch hour.             All I know that on that day, 27th January of 2022, we were going to have potluck at the office. That’s it. It never came across to me that it is not a typical ‘potluck’ but a birthday celebration too for January’s babies… Yeayyy!             What is potluck? Potluck is an event where there is a team of people bring their own food and share it with other people and eat together. For some potluck, one may decide on one person to bring the main dish while others in attendance could bring dessert, fruits and drinks. For the very first time of having potluck at the office, the apple of my eyes cooked her very own special curry mee which is also one of my favourite.             The curry is well cooked and filled with some chicken and also seafood which made the broth taste so refreshing and delicious… Nyumms!             Apart from that, we also had satay, nasi impit, chicken rendang, traditional kuih-muih, desserts such as bread pudding and also fruit cocktail. The celebration started with the entrance of a group of my staff brought a birthday cake together with 4 balloons and bouquet of chocolates to be given to the birthday girl and boy.             As usual, after that there was an appreciation speech from four of us as a gratitude for the celebration. One of my staffs said that there was no birthday celebration at her previous workplace and this is the first one. Actually, this kind of event also is the first time for this company.             As time goes by and my team grows bigger, I felt and thought that apart from focusing on our work, we also need to create a good communication and great bonds to each other. This is to ensure they communicate effectively and build a better cooperation within the organization. An organized organization comes with an efficient communication.             And this year, I grow a year older but still young in my heart. My wish and doa for this year May ALLAH grant me a prosperous life with my beloved family and given with a good health condition, In Shaa Allah. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Safety first, works come second

Kemalangan di Kawasan Pembinaan Semasa pembinaan bangunan sedang dijalankan, segala aspek keselamatan perlu dititikberatkan untuk mengelakkan daripada kemalangan di tempat pembinaan berlaku. Sejak akhir – akhir ini tergempar kes di mana terjadinya kes kemalangan di tempat pembinaan di Malaysia. Antaranya termasuklah kematian seorang pekerja binaan yang berasal daripada Bangladesh dan dua orang pekerja cedera ringan ketika membuat kerja di tapak pembinaan Light Rail Transit (LRT) 3 runtuh pada 29 Julai yang lalu dilaporkan melalui berita Strait Times dan syarikat pembinaan yang dikenali sebagai Zhongshi International Sdn Bhd dikenakan saman sebanyak RM45,000 oleh mahkamah kerana telah gagal dalam memastikan keselamatan tapak projek binaannya di Jalan Alam Damai, Kuala Lumpur yang telah mengakibatkan kematian tiga pekerja warga China mengikut artikel yang dikeluarkan oleh halaman artikel dikenali sebagai Free Malaysia Today. Keadaan persekitaran di tapak projek yang dikendalikan oleh syarikat saya amat mengamalkan kebersihan dan keselamatan sepanjang projek pembinaan berlangsung. Bahan – bahan binaan seperti panel, simen, besi dan sebagainya diletakkan secara teratur mengikut bahan yang terlibat. Manakala bahan – bahan binaan yang bersifat portable seperti staging, drill, circular saw dan cement drill disimpan di dalam stor bagi memastikan keadaan persekitaran tapak projek binaan kelihatan kemas dan tidak berterabur untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku. Selain daripada itu, pemakaian kasut keselamatan juga perlu diambil kira demi memastikan pekerja binaan tersebut selamat. Pekerja binaan disaran memakai kasut keselamatan ketika bekerja di tapak pembinaan berbanding selipar. Ini adalah kerana ciri-ciri kasut keselamatan yang tebal dan mempunyai tapak yang agak lebar, ia mampu menghindarkan para pekerja binaan daripada berlaku kemalangan fizikal. Ia adalah termasuklah memberi perlindungan daripada bahan berat, bahan tajam, mengelakkan kebakaran kulit dan juga mengelakkan daripada terjatuh atau tergelincir di tapak pembinaan.  Selain kasut, sarung tangan juga menjadi salah satu accessories kod pemakaian pekerja binaan. Sarung tangan keselamatan memainkan peranan untuk memberi perlindungan tangan di saat bekerja yang boleh mengakibatkan kecederaan pada tangan. Seterusnya penggunaan topi keselamatan. Bagi projek yang dikendalikan oleh syarikat saya, ia nya tidak sebesar pembinaan bangunan gergasi seperti di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, bagi pendapat saya, pemakaian topi keselamatan adalah optional dan bersesuaian dengan saiz binaan yang sedang dijalankan. Selepas sehari bekerja dan tiba masa untuk pulang, saya akan memastikan pekerja binaan saya menyimpan segala perkakas dengan betul secara teratur dan kemas supaya tidak nampak messy. Selain keadaan persekitaran yang rapi dan terjaga, ia juga boleh menjadi booster kepada para pekerja pada keesokan hari bekerja. Apabila keadaan atau situasi tenang, kemas dan teratur, para pekerja pun berasa senang hati untuk bekerja. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/ Sumber rujukan : https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/one-foreign-worker-dies-two-injured-in-another-malaysian-construction-accident https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/733119/wanita-terselamat-kereta-remuk-dihempap-batu-konkrit

Online Marketing vs Offline Marketing

Bagi saya secara peribadi, saya lebih suka menggunakan online marketing jika dibandingkan dengan offline marketing. Offline marketing memerlukan banyak masa untuk mendapatkan pelanggan dan sebagai orang yang berbisnis seperti saya, kami amat menitikberatkan soal masa. Selain daripada itu, pemasaran secara offline juga memerlukan kos yang banyak untuk aktiviti printing. Selain masa dan kos, ia juga memerlukan tenaga kerja yang sangat banyak. Ini adalah kerana pemasaran secara offline memerlukan beberapa orang untuk diagihkan.             Terdapat pelbagai platform boleh diguna pakai melalui pemasaran secara online. Antaranya ialah melalui laman sesawang Facebook, Twitter, Instagram, Blogspot dan juga WordPress. Point saya yang pertama adalah melalui account Facebook. Facebook atau dikenali sebagai ‘MukaBuku’ adalah satu medium yang sangat berguna dalam dunia online marketing pada masa kini. Facebook posts yang tiada had aksara membolehkan orang ramai menggunakan saluran ini untuk memasarkan produk mereka. Begitu juga dengan saya, saya melihat banyak aktiviti boleh dibuat melalui Facebook.  Selain daripada Facebook’s posts status dan juga gambar – gambar kerja pembinaan dapat diupload ke dalam media sosial, pihak saya, team AZ Mega Plus juga aktif bersiaran di Facebook secara live; lintas langsung daripada pejabat saya membincangkan tentang isu-isu semasa mengenai industri pembinaan. Ia termasuklah harga barang mentah naik, harga pembinaan kos rumah naik dan mengetengahkan kelebihan penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan rumah. Ia mengambil masa tidak kurang daripada 10 minit pada setiap hari waktu pagi dan juga petang. Post di Facebook haruslah menggunakan copywriting yang menarik supaya bisa nampak menarik dan kedengaran agak catchy. Ia bertujuan untuk menarik minat orang ramai terhadap sesuatu post.             Medium Twitter yang bermotifkan burung biru berkicau juga mempunyai fungsi yang hampir menyerupai Facebook. Namun, post yang ditulis sangat terhad kepada 280 patah perkataan sahaja berbanding dengan Facebook. Walaupun berbeza dengan Facebook, syarikat saya juga turut aktif mengemaskini halaman di Twitter dengan berkongsi cerita – cerita menarik mengenai projek yang sedang berjalan di serata lokasi. Menariknya di sini, penggunaan tanda hashtag # atau tanda pagar menjadi satu keyword dan akan keluar melalui hasil carian penggunaankata kunci tersebut.   Medium seterusnya adalah melalui Instagram. Post di laman Instagram bersifat hampir menyerupai Twitter, tetapi, sekiranya video berdurasi 1 minit atau kurang, ia akan dimainkan secara automatik tanpa perlu ditekan. Penggunaan aksara yang terhad dan tanda pagar menjadikan ia senang muncul jika terdapat carian di laman tersebut. Saluran seperti Blogspot dan WordPress juga menjadi pilihan untuk orang ramai mengadakan pemasaran secara atas talian. Sama seperti aplikasi Facebook, Twitter dan Instagram, Blogspot dan WordPress juga percuma untuk diguna. Terdapat banyak perbezaan antara Blogspot dan WordPress. WordPress mempunyai dua jenis; iaitu wordpress.com dan wordpress.org. WordPress.org juga percuma tetapi, host dan domain perlu dilanggan setiap tahun.  Berbeza dengan Facebook, Instagram dan Twitter yang berkongsi tentang sesuatu secara ringkas tetapi padat, melalui Blogspot, artikel akan ditulis secara santai menceritakan tentang sesuatu secara lebih terperinci supaya ia menjadi bahan bacaan ilmiah tetapi secara santai. Seperti apa yang sedang saya lakukan sekarang, berkongsi segala isu berkaitan dengan industri pembinaan dan juga menceritakan nature business saya iaitu AZ Mega Plus yang menggunakan IBS MeGGa dalam pembinaan kepada pembaca. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Khidmat Interior Designer

Peranan Interior Designer Sekiranya terdapat pembinaan atau pembikinan sesebuah projek, ia memerlukan satu kerja yang sangat teliti kerana ia haruslah dilukis dan di design mengikut cita rasa pelanggan atau tuan rumah. Di syarikat AZ Mega Plus, pihak saya bukan sahaja terhad kepada pembinaan rumah, malah juga terlibat dalam rekaan dalaman dan khidmat melukis pelan terhadap pelanggan kami.             Khidmat pereka dalaman ataupun lebih glamour digelar Interior Designer yang ditawarkan oleh syarikat saya digunapakai dalam pembuatan custom-made shelves atau melamine custom-made cabinet.  Ia akan dilakarkan dan dibuat mengikut preferences pelanggan dan juga atas nasihat pereka dalaman kami baik daripada segi konsep, warna dan sebagainya.  Selepas lakaran disiapkan dalam bentuk 2D dan 3D, lakaran tersebut akan diusulkan kepada pelanggan sehingga pelanggan berpuas hati dengan reka bentuk perabot tersebut.  Kebiasaannya, lakaran atau design process akan mengalami tiga fasa sebelum design perabot dapat finalized dan diteruskan ke bahagian production. Selain custom made kitchen, pembuatan perabot daripada syarikat kami juga meliputi custom made wardrobe, kabinet penyimpanan barang, dan juga kabinet kasut. Khas buat pelanggan yang mengupah khidmat syarikat saya, AZ Mega Plus untuk membina rumah di tanah sendiri, rumah yang dibina lengkap dengan kabinet dapur.             Selepas tempahan dibuat dan beberapa discussion diadakan, site visit akan dilakukan untuk memastikan ukuran dan propose design mempunyai nilainya yang tersendiri. Selain daripada itu, syarikat saya juga ada memberi khidmat melukis pelan, juga khas untuk sesiapa menggunakan khidmat kami untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Pelan lantai rumah yang dilukis oleh kami mengambil kira pandangan daripada pelanggan kami dan juga atas nasihat kami untuk keadaan struktur rumah supaya kelihatan cantik tetapi masih kukuh binaannya. Semestinya, keluasan rumah yang bakal dibina memainkan peranan penting untuk lukisan pelan lantai dilakar. Jumlah bilik tidur, bilik mandi dan ruang tamu yang terlibat perlu diambil tahu supaya lakaran dapat dilakukan dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Scroll to Top