IBS … cinta pandang pertama
Industrial Building System (IBS) Lightweight Panel Wall Alhamdulillah, secara jujurnya saya cukup teruja apabila saya berada di bawah bimbingan AZ Mega yang banyak memberi bimbingan sehingga saya berjaya dapat sebuah projek IBS yang bernilai agak lumayan dan saya cukup berterima kasih kepada AZ Mega dengan bimbingan yang telah diberi selama ini yang saya rasa bimbingan yang cukup berprogress, berstrategi dan lebih pada bersasar. Secara jujurnya, saya merasakan ia satu semacam sukar pemasangannya, tapi apabila sudah ceburi dan dapat bimbingan,rupa-supanya ia tidaklah sebegitu. Apabila kita ikut tekniknya, ia amat mudah dan menyenangkan dari sudut pemasangan.’ – kata Encik Idris daripada IZ GROUP CONSTRUCTION dari Johor yang kini menambah bidang renovation ke pembinaan menggunakan kaedah penggunaan IBS Lightweight Panel Wall. Di awal penglibatan saya dalam bidang pembinaan bangunan, saya banyak terlibat dalam pembinaan projek gomen tanpa gagal. Oleh sebab itu, berbekalkan pengalaman saya yang sedia ada, saya ingin upgrade penglibatan saya dalam industri pembinaan to the next level yang mana menggunakan method Industrial Building System (IBS) dalam pembinaan bangunan. Namun begitu, saya perlu menyenaraikan ciri – ciri pembinaan yang saya ingin iaitu, ia mestilah method yang digunakan harus senang, tidak berat, praktikal, dinding yang semestinya solid dan selamat. Setelah ciri – ciri ini disenaraikan, ia mampu narrow down kajian saya dan membantu saya dalam identify bahan apakah yang perlu saya gunakan dalam kaedah IBS. Berdasarkan senarai yang saya buat, saya ingin menggunakan bahan dalam teknik IBS untuk membuat kempen rumah mewah, modern dan berkonsep lebih canggih. Umumnya, terdapat lebih 300 jenis IBS digunakan di Malaysia dan kebanyakannya bagus kerana sudah certified daripada SIRIM, CIDB dan BOMBA. Oleh sebab itu, saya perlu mengambil tahu kesemua konsep yang digunakan dalam Malaysia dan decide yang manakah wajar saya praktik dan ketengahkan dalam pasaran terkini. Faktor utama yang menyebabkan saya beralih menggunakan IBS adalah pembinaan rumah IBS memerlukan jangka masa yang singkat berbanding sistem konvensional yang memakan masa berbulan – bulan bahkan ada yang bertahun. Selepas kajian dilakukan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah sistem IBS Lightweight Panel Wall yang diperbuat daripada Expanded Polystrene. Ia lightweight(ringan), solid dan permukaannya yang licin seolah-olah sudah diskim coat. Ciri – ciri yang sebegini menjadikan rumah dan pagar sebagai landskap kelihatan kemas. Tambahan pula, pembinaan menggunakan IBS Lightweight Panel Wall juga fleksibel dan selamat. Keyakinan saya terhadap penggunaan IBS Lightweight Panel Wall mampu menambat hati masyarakat kerana ciri-ciri yang ada seperti kemas, padat dan selamat hampir serupa dengan kaedah konvensional. Projek saya yang pertama membina rumah dengan menggunakan kaedah IBS ini hanya memerlukan lima minggu sahaja untuk siap dengan keluasan tanah seluas 1100 kaki persegi dan seterusnya projek kedua di tanah keluasan 1200 kaki persegi memakan masa selama enam minggu sahaja. Manakala, untuk projek yang berkeluasan sebanyak 2200 kaki persegi, saya dapat menyiapkan dalam masa tiga bulan sahaja. Ini adalah kerana penggunaan IBS Lightweight Panel Wall membantu progress pembinaan rumah dengan cepat dan untuk mencapai 35 percent ke 45 percent, ia hanya mengambil masa selama 20 hari sahaja. Jadi, ia juga membantu dalam cashflow khususnya kepada para kontraktor dan pemaju. Selepas mengendalikan banyak projek pembinaan rumah menggunakan teknik IBS Lightweight Panel Wall dan keyakinan saya semakin meningkat, muncul idea untuk berkongsi ilmu mengenai penggunaan IBS Lightweight Panel Wall kepada kontraktor, pemaju dan masyarakat di Malaysia. Daripada ide tersebut, saya wujudkan satu program khusus yang diberi nama ‘Mentorship EBA Diamond’. Program tersebut berlangsung selama enam bulan dan bagi sesiapa yang join, terdapat tiga sesi yang berbeza untuk memastikan tujuan program ini diwujudkan. Bagi memastikan mereka mencapai tujuan, saya dan team AZ MEGA PLUS akan memberikan tunjuk ajar dan bantuan melalui online dan mentoring teknikal secara fizikal. Kesimpulannya, penggunaan kaedah IBS Lightweight Panel Wall mempunyai lebih banyak kelebihan daripada kaedah konvensional, lebih – lebih lagi adanya penjimatan dari segi cost dan masa. Sekiranya ada perancangan untuk membina rumah atau terlibat dalam industri pembinaan pada masa akan datang, sekarang adalah masa yang paling tepat untuk kenal dan belajar tentang kaedah ini bak kata pepatah ‘tak kenal, maka tak cinta’. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/