DI SEBALIK IBS & PROGRAM KIPPIDUPP

pemilik TRH Megawall
Pada mulanya beliau hanya menyertai program Team Members di bawah seliaan AZ Mega Plus Group dan seterusnya menjadi salah seorang peserta Kippidupp, iaitu satu program dikenali sebagai klinik IBS di mana perkongsian mengenai teknik – teknik pemasaran menggunakan kaedah IBS dalam dunia pembinaan ke dalam pasaran sekarang.
Encik Mohammad Ismail bin Othman,56, pemilik TRH Megawall merupakan salah seorang ahli program EBA Diamond berjaya mengembangkan perniagaannya dalam bidang pembinaan menggunakan IBS MeGGa. Syarikat TRH Megawall yang beribu pejabat di Melaka, telah berjaya closed projek hampir mencecah RM 1 juta lebih.

Antara projek yang terlibat termasuklah pembinaan rumah dan juga kerja – kerja renovation rumah di Merlimau, Sungai Rambai, Tampin dan di beberapa lokasi yang lain. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai seorang arkitek dan telah lama berkecimpung dalam bidang industri pembinaan. Daripada ini yang membuat beliau tertarik dengan penggunaan IBS MeGGa.
Beliau amat tertarik dengan IBS MeGGa dan beliau berhasrat untuk mengkomersialkan penggunaan IBS MeGGa khasnya dalam pembinaan apartment. Umumnya, masyarakat kini berebut untuk membeli atau membina rumah, tambahan pula rumah di atas tanah (landed house), namun harganya yang mahal boleh membuat orang ramai berputih mata untuk memiliki rumah.
Oleh sebab itu, beliau ingin menggunakan IBS MeGGa dalam membina rumah pangsa atau secara komersial lebih dikenali sebagai apartment. Beliau berpendapat pembinaan menggunakan IBS MeGGa ada masa depan yang cerah dek kerana ia menjimatkan kos, tenaga dan masa.
Dalam sesi One on One bersama saya, beliau berkongsi syarikatnya meraih banyak projek yang melibatkan IBS. Beliau juga menyatakan yang belia tertarik dengan IBS MeGGa, malah beliau juga tertarik dengan pendekatan saya dalam memasarkan IBS MeGGa terhadap orang ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/