from ZERO to HERO

Transformasi daripada Sistem Kovensional kepada Sistem IBS MeGGaLightweight Panel Wall

Sekarang, ramai kontraktor dan pemaju beralih arah daripada Sistem Konvensional kepada Sistem IBS MeGGa Lightweight Panel Wall. Salah seorang daripadanya ialah Encik Haji Zamri pemilik syarikat yang dikenali sebagai DLAMI GLOBAL.Beliau sebelum ini, menggunakan sistem konvensional dalam pembinaan selama hampir tujuh tahun ke lapan tahun. Pada tahun seterusnya, beliau berminat untuk belajar dan mengetahui lebih lanjut mengenai penggunaan sistem IBS MeGGa Lightweight Panel Wall dalam pembinaan. Setelah mengetahui tentang selok belok penggunaan IBS MeGGa Lightweight Panel Wall dalam pembinaan, beliau mengambil keputusan untuk change the game dan menukar kaedahnya kepada sistem IBS.

            Kini, beliau menggunakan kaedah ini dalam pembinaan hampir mencecah setahun. Beliau berjaya memperoleh dan telah menyiapkan sebanyak sembilan unit projek yang melibatkan pembinaan rumah banglo dan shop lot dalam tempoh tersebut. Ianya boleh dikatakan satu pencapaian yang memberangsangkan bagi beliau setelah beliau menceburi bidang pembinaan. Dengan pencapaian ini, beliau sekarang berkemampuan untuk memiliki kereta idaman beliau iaitu Mercedez Benz. Beliau mengambil keputusan untuk beralih arah ke industri pembinaan selepas hampir 20 tahun bergiat dalam industri tembakau dan terpaksa menghentikan perniagaan tembakaunya disebabkan dasar kerajaan dan sedar akan bahayanya tembakau terhadap masyarakat dan keadaan persekitaran.

 ‘Sebenarnya, penggunaan IBS ini tidak susah, cuma ia memerlukan kemahiran dan teknik tertentu dan saya bersyukur setelah saya bertemu dengan AZ Mega, diberi tunjuk ajar oleh AZ Mega, ia menjadi mudah. AZ Mega memberi taklimat dan saya cuba selepas itu. Selepas tiga unit berjaya disiapkan, saya rasa selesa dengan IBS. Walaupun ada yang nk beri kerja-kerja konvensional, saya lebih berminat menggunakan sistem IBS MeGGa berbanding konvensional’ jelas beliau semasa saya bertanyakan adakah ianya sukar untuk mengendalikan sistem IBS Lightweight Panel Wall semasa proses pembinaan dijalankan.

            Tambah beliau lagi, sistem IBS MeGGa ini lebih kuat berbanding dengan konvensional yang menggunakan batu bata dan rumah IBS MeGGa ini juga cantik, sejuk dan kemasan dinding yang licin dan rata. Rumah IBS tidak panas berbanding dengan rumah batu bata yang senang meruap disebabkan haba yang terperangkap di dalam rumah. Sebagai pendapat peribadi, beliau menyeru kontraktor yang ingin menceburi dan baru berjinak – jinak dengan kaedah IBS menggunakan bahan jenis Lightweight Panel Wall untuk berhubung dan berjumpa dengan pihak AZ Mega kerana pihak AZ Mega sedia membantu mereka yang berminat dengan menyediakan kelas dan convert daripada nothing to something.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top