Hybrid Mesh

‘A hybrid mesh is a multiresolution surface representation that combines advantages from regular and irregular meshes. Irregular operations allow a hybrid mesh to change topology throughout the hierarchy and approximate detailed features at multiple scales’ – online artikel ditulis oleh Igor Guskov, University of Michigan.

Rata – rata orang ramai kini mula mengambil tahu mengenai penglibatan kaedah IBS (Industrialised Building System) yang boleh menggantikan kaedah konvensional dalam pembinaan rumah atau bangunan. Namun begitu, mereka masih meragui binaan hasil daripada menggunakan kaedah IBS standing dengan cara binaan konvensional lebih – lebih lagi kekukuhan dan kestabilan binaan tersebut.

            Kaedah konvensional menggunakan campuran simen,pasir dan air manakala kaedah IBS MeGGa memerlukan simen gam dan juga Hybrid Mesh sebagai bahan lekapan binaan supaya kekal kukuh, tahan lama dan juga dapat mengurangkan risiko keretakan bangunan.  Hybrid Mesh atau nama Melayunya serat Mesh digunakan untuk pengukuhan konkrit. 

Sumber Gambar daripada Google

Apabila bancuhan simen gam dicampurkan mengikut rumusannya yang tersendiri, nisbah antara air dan simen gam seimbang dan tiada buih timbul, gulungan Hybrid Mesh boleh diletakkan ke atas IBS MeGGa. Dalam situasi ini, Hybrid Mesh bertindak sebagai agent sokongan untuk menampung binaan supaya kekal tegap dan kukuh.

          Proses ini menjadikan ikatan yang kuat antara penghubung dinding panel IBS MeGGa dan dapat mengurangkan risiko keretakan dan berkemungkinan besar dapat mengelakkan isu tersebut terjadi terhadap binaan itu. Ini adalah fungsi penting Hybrid Mesh bagi mencegah dinding daripada merekah dan retak. Gulungan Hybrid Mesh ditampal sebelum memulakan proses coating.  

            Apa yang akan berlaku sekiranya tiada penggunaan Hybrid Mesh ?

            Sekiranya Hybrid Mesh tidak digunakan, binaan tersebut mempunyai potensi yang besar untuk retak kerana hanya bergantung kepada simen gam. Penggunaan Hybrid Mesh boleh mengekalkan sesuatu binaan kekal lama tanpa keretakan berlaku tetapi tanpa ia, sesebuah rumah mungkin akan mengalami keretakan dalam masa beberapa bulan sahaja.

            Penggunaan Hybrid Mesh dalam proses pencantuman joint panel IBS MeGGa disusun dengan cara yang tersendiri supaya ia kelihatan tegang tetapi kemas supaya proses coating mudah dilakukan. Hybrid Mesh yang digunakan untuk memberi sokongan kepada sesuatu binaan mempunyai ciri – ciri khas.

            Ciri utama yang terdapat pada mesh serat yang menjadikan ia kukuh adalah ia mempunyai kekuatan yang tinggi, ketahanan yang baik terhadap bahan kimia, fleksible, mudah digunakan dan bersifat alkali; menahan kakisan. Ia juga turut digunakan untuk mengelakkan daripada mikrokrasi berkembang dan melambatkan pembentukan retak baru.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

References –

http://multires.caltech.edu/pubs/hybrid.pdf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top