Alam Sekitar & IBS MeGGa
Isu alam sekitar sering dikaitkan dengan pembinaan, khasnya memberi kesan terhadap pencemaran bunyi, udara dan air. Tahukah anda bahawa IBS MeGGa ini adalah satu produk pembinaan yang mesra alam dan tidak menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar secara aktif. Penggunaan double ‘G’ dalam IBS MeGGa ini bermaksud Go Green. Melalui artikel ini, saya ingin kupaskan IBS MeGGa dalam pencemaran bunyi dan udara.
Kita sering melihat tapak pembinaan rumah atau bangunan mengeluarkan bunyi bising dengan penggunaan mesin. Pembinaan secara konvensional menggunakan cement drill untuk mencampurkan simen, air dan juga pasir untuk menjadikan bahan pelekat yang kukuh. Penggunaan cement drill mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan boleh mengganggu ketenteraman kejiranan. Lebih-lebih lagi sekiranya di kejiranan yang terlibat mempunyai ramai kanak-kanak dan bayi. Bunyi yang kuat dihasilkan boleh mengganggu si kecil untuk berehat di waktu siang.
Pembinaan rumah melalui kaedah konvensional memerlukan mesin itu sepanjang pembinaan berlangsung. Berbezanya di sini, sekiranya pembinaan rumah menggunakan kaedah IBS, cement drill hanya digunakan untuk membuat tapak sahaja manakala untuk pelekatan dinding hanya menggunakan cement gam yang dibancuh di dalam satu bekas khas. Oleh yang demikian, ia mengurangkan pencemaran bunyi yang terhasil daripada pembinaan terhadap alam sekitar.
Selain daripada itu, pengaliran keluar – masuk jentera berat seperti lori treler yang mengangkut barang binaan ke tapak projek juga menyumbang kepada pencemaran bunyi dan juga udara. Kemasukan jentera berat ke kawasan pembinaan untuk menghantar barang binaan bergantung kepada penggunaan bahan tersebut. Jika terdapat barang yang diperlukan dihantar dalam kuantiti sedikit, ia mungkin akanmasuk beberapa kali lagi menghantar barang sehingga projek binaan siap. Semasa pengaliran keluar – masuk jentera berat, ia menghasilkan vibration yang mana membolehkan bangunan/rumah terasa getaran yang terhasil.
Bukan itu sahaja, udara juga turut tercemar sekiranya lori asyik keluar masuk ke tempat pembinaan dengan kehadiran habuk halus dan asap yang berbahaya terhadap masyarakat, lagi-lagi sekiranya ada yang mempunyai masalah pernafasan. Dengan penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan, panel yang digunakan oleh kami akan dihantar kebanyakkannya sekali sahaja dengan menggunakan lori yang boleh memuatkan barang seberat 40 tan untuk pembinaan sebuah rumah. Ini adalah kerana sebelum penghantaran panel dilakukan, pihak saya akan melakukan pengiraan yang sewajarnya berdasarkan pelan lantai rumah yang dibina. Oleh sebab itu, ia mampu mengurangkan vibration yang dihasilkan semasa lori keluar-masuk ke tempat pembinaan untuk menghantar panel.
Dengan itu, penggunaan IBS MeGGa diyakini sangat menjaga alam sekitar dan tidak menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar. Bukan sahaja mesra alam, bahkan menjimatkan dan mempunyai kelebihan lain lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/