Kippidupp 6.0

Poster program Kippidupp 6.0

Alhamdulillah, saya bersyukur program Kippidupp 6.0 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad bertarikh 09 Januari 2022 selepas hampir sebulan team saya berkempen untuk mengajak peserta menyertai program ini.

            Kebanyakan panggilan yang dibuat oleh team saya, menerima bermacam jenis feedback. Antara feedback yang kami dapat adalah kebanyakan daripada panggilan dijawab, rata- rata daripada mereka menganggap bahawasanya program Kippidupp 6.0 ini adalah program main saham. Saya faham keadaan sekarang memaksa orang ramai untuk mengambil jalan mudah untuk kaya dengan cepat melalui program pelaburan saham.

Co – host program Kippidupp 6.0 – Puan Akma Zaini

Masakan tidak orang ramai beranggapan begitu, kerana dengan yuran pendaftaran Kippidupp sebanyak RM28, para peserta boleh mendapat pelbagai pengisian melalui program ini untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Selain daripada itu, ramai orang juga beranggapan bahawa program ini adalah scam.  

Saya juga faham mengenai keadaan ini kerana sekarang memang ramai orang yang terlibat dalam kegiatan scam.  Namun, team saya tetap tidak berputus asa untuk terus memberi penjelasan yang betul mengenai tujuan program ini diadakan terhadap orang ramai. Walaupun secara am nya, target audience program ini adalah kontraktor, namun, bukan kontraktor juga boleh menyertai program ini. Bagi orang yang mempunyai zero knowledge dalam industri pembinaan juga boleh menyertai program ini sebelum mereka menceburkan diri ke dalam industri pembinaan dengan menggunakan IBS MeGGa.

 Seperti yang digambarkan melalui artikel saya yang bertajuk KIPPIDUPP, Don’t Give Up !, program ini adalah satu klinik IBS di mana perkongsian mengenai teknik – teknik pemasaran menggunakan kaedah IBS dalam  dunia pembinaan ke dalam pasaran sekarang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top