𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍: 𝐈𝐁𝐒 𝐕-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍: 𝐈𝐁𝐒 𝐕-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Salah satu teknologi IBS yang kian mendapat perhatian ialah V-Plus Panel, yang semakin dikenali sebagai penanda aras baharu dalam pembinaan berkualiti tinggi dan tahan lama untuk pembinaan.
IBS V-Plus Panel merupakan sistem dinding pratuang (precast wall system) yang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan terkawal dalam kilang. Ia direka bentuk untuk menggantikan kaedah konvensional pembinaan dinding bata atau konkrit yang memakan masa dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Salah satu kelebihan utama IBS V-Plus Panel ialah kualiti produk yang tahan lasak dan kukuh. Tidak seperti kaedah konvensional yang bergantung kepada kemahiran tenaga kerja di tapak bina, panel ini dihasilkan di kilang dengan kawalan kualiti yang ketat dan didatangkan dengan satu lapisan besi BRC mesh di dalam. Ini mengurangkan risiko kecacatan struktur, retakan, serta ketidakseimbangan pada dinding bangunan.

IBS V-Plus Panel bukan sahaja kukuh dan tahan lama, tetapi turut menyumbang kepada pembinaan yang lebih mesra alam kerana telah diiktiraf mesra oleh go-green singapore. Ia mengurangkan pembaziran bahan di tapak bina, meminimumkan penggunaan air, dan mempercepatkan proses pembinaan, sekaligus mengurangkan pelepasan karbon secara tidak langsung.

Penggunaan IBS V-Plus Panel kini dilihat sebagai satu transformasi penting dalam industri pembinaan tempatan. Ia bukan sahaja mempercepatkan tempoh pembinaan sehingga 30-50%, malah menjimatkan kos tenaga kerja dan pengurusan tapak.Selain itu, reka bentuk modular panel ini membolehkan integrasi dengan sistem lain seperti pendawaian elektrik dan paip air, menjadikan proses pemasangan lebih kemas dan sistematik.

Dalam usaha Malaysia mencapai sasaran pembinaan lestari dan pintar, IBS V-Plus Panel wajar dijadikan standard baharu kepada kontraktor dalam pembinaan. Dengan kelebihan dari segi kualiti, ketahanan dan kecekapan, teknologi ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan bagi masa hadapan industri pembinaan negara.

𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐍𝐃 𝐃𝐔𝐑𝐀𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘: 𝐈𝐁𝐒 𝐕-𝐏𝐋𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 𝐀𝐒 𝐓𝐇𝐄 𝐍𝐄𝐖 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐃

One of the IBS technologies that is gaining increasing attention is the V-Plus Panel, which is becoming recognised as a new benchmark in high-quality and durable construction.

The IBS V-Plus Panel is a precast wall system that is produced using high-quality materials and through a controlled manufacturing process in a factory. It is designed to replace conventional wall construction methods using bricks or concrete, which are time-consuming and require a large workforce.

One of the main advantages of the IBS V-Plus Panel is its strong and durable product quality. Unlike conventional methods that depend on the skills of on-site labour, this panel is produced in a factory with strict quality control and comes with a layer of BRC mesh steel inside. This reduces the risk of structural defects, cracking, and imbalance in building walls.

The IBS V-Plus Panel is not only strong and durable but also contributes to more environmentally friendly construction as it has been certified eco-friendly by Go-Green Singapore. It reduces material wastage on-site, minimises water usage, and speeds up the construction process, thereby indirectly reducing carbon emissions.

The use of IBS V-Plus Panels is now seen as an important transformation in the local construction industry. It not only accelerates the construction period by 30–50%, but also saves on labour and site management costs. In addition, the modular design of this panel allows integration with other systems such as electrical wiring and plumbing, making the installation process cleaner and more systematic.

In Malaysia’s effort to achieve sustainable and smart construction goals, the IBS V-Plus Panel should be established as the new standard for contractors in construction. With advantages in terms of quality, durability, and efficiency, this technology is not merely an option, but a necessity for the future of the country’s construction industry.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top