Jika sebelum ini saya telah menulis mengenai seni pembuatan perabot, artikel kali ini saya ingin menulis mengenai jenis – jenis material yang digunakan dalam pembuatan kitchen table top.
1-Kompac plus
Material ini adalah bahan yang paling modern kerana ia merupakan bahan yang terbaru dalam pembuatan kitchen table top. Ketebalannya yang hanya berukuran 6 mm menjadikan ia tampak nipis sahaja tetapi kelihatan sangat exclusive dan mewah. Walaupun ia mempunyai corak yang tersendiri, namun sekiranya pelanggan ingin custom made design material ini, mereka boleh consult dengan pakar perunding untuk syarikat yang menyediakan bahan jenis ini.
Sifat kompac plus yang bercirikan kalis air, tidak mudah kembang dan tahan calar dan mudah dicuci, bukan sahaja ia dijadikan sebagai kitchen table top, malah ia juga turut digunakan di dalam bilik air dan juga panel dinding untuk nilai estetik yang menarik. Selain daripada itu, material kompac plus juga ringan jika dibandingkan dengan material yang lain. Selain itu, pengendalian kompac plus tidak boleh dibuat secara DIY (Do-It-Yourself), tetapi memerlukan pemasangan daripada golongan professional yang mahir dengan material ini.
Namun, oleh sebab material ini masih baharu di Malaysia, penggunaan material ini tidak diguna secara meluas lagi dan juga pembekalnya pun masih dibilang jari di Malaysia. Tambahan itu, harganya agak tinggi juga menjadi salah satu faktor mengapa ia kurang dikenali dan kurang menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat kita.
2.Granite
Penggunaan Granite dalam pembuatan kitchen table top antara pilihan yang kebiasaannya dipilih bagi orang ramai. Syarikat saya juga turut menggunakan granite sebagai bahan dalam pembuatan kitchen table top.
Terdapat pelbagai jenis granite digunakan sebagai material untuk table top, namun jenis seperti Black Galaxy Granite,White Wave Granite, Emerald Pearl Granite, Wave Red Granite, Black Granite dan Perlato Granite menjadi pilihan orang ramai menjadikan kitchen table top mereka kelihatan lebih cantik dan kemas.
Mempunyai ketebalan sebanyak 20mm, ia mempunyai ketahanan yang sangat tinggi dan berat berbanding dengan material jenis kompac plus. Bukan sahaja ketahanan yang tinggi malahan juga dapat menahan suhu yang tinggi.
Penggunaan granite juga menjadi pilihan kerana permukaannya yang tidak mudah calar dan bersifat licin. Oleh sebab permukaannya yang licin, ia memudahkan proses pembersihan berlaku. Sebagai contoh, selepas memasak hidangan yang memerlukan proses menumis yang lama bagi pecah minyak berlaku, semestinya bahan masakan akan terpercik ke arah table top.
Disebabkan permukaannya yang licin, para pengguna tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk membersihkan table top yang telah tercemar.
3.Solid Surface
Berbeza dengan bahan jenis granite, material solid surface bersifatkan mudah calar. Pada permukaan dasarnya, ia menyerupai bahan jenis granite, namun apa yang membezakan antara jenis solid surface dan granite adalah kualitinya. Harga bahan jenis solid surface juga murah berbanding dengan granite.
Selain perbezaan kualiti, permukaan jenis solid surface juga berbeza dengan granite iaitu kasar kerana mempunyai tekstur yang tersendiri. Oleh sebab permukaannya yang mempunyai tekstur, ia mudah memerangkap debu dan cepat kelihatan kotor. Oleh yang demikian, ia akan merumitkan proses pembersihan.
4.Concrete Top
Kitchen table top menggunakan bahan jenis concrete mempunyai ketahanan yang kuat kerana sifatnya yang keras. Walaupun ia mempunyai sifat ketahanan yang tinggi, namun ia kelihatan kurang menarik dek sebab permukaanya yang kosong. Panel IBS MeGGa juga boleh digunakan sebagai concrete kitchen table top. Jika dibandingkan antara keempat – empat jenis bahan, jenis concrete merupakan jenis yang termurah dan paling affordable untuk dimiliki oleh orang ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/