Mereka berjaya dapat projek IBS ratus ribu.. Lebih 2000 join kami untuk dapat knowledge IBS

MENTORSHIP EBA DIAMOND

Industrial Building System (IBS) yang menggunakan jenis bahan Lightweight Panel Wall merupakan satu sistem pembinaan yang masih baru dan kurang dikomersialkan dalam kalangan kontraktor dan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, AZ MEGA PLUS, sebuah syarikat bumiputera mempunyai kepakaran dalam menggunakan sistem ini dalam bidang pembinaan, malah kini mengendalikan projek hampir ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Bahan IBS yang diperbuat daripada Expanded Polystrene

Oleh sebab itu, pada awal Januari 2021, saya mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program dikenali sebagai ‘Mentorship EBA Diamond’. Program ini dikelolakan secara keseluruhan oleh pihak AZ MEGA PLUS dan saya. Walaupun program ini memerlukan kos pendaftaran untuk tempoh enam (6) bulan, namun pulangannya lumayan terhadap para kontraktor atau pemaju yang menyertai program ini sekiranya komited dengan apa yang diusahakan.

Sepanjang program ini berlangsung, para peserta mempunyai tiga sesi yang berbeza. Pertamanya, Sesi ‘Slot Interview Session’ (SIS) yang berlangsung tiga kali sepanjang enam bulan program. Dalam sesi ini, audience boleh bertanyakan soalan mengenai IBS baik daripada segi penggunaan, cost, kelebihan dan sebagainya. Keduanya, kelas coaching secara terbuka bersama saya pada setiap minggu. Seterusnya, saya design khas sesi one on one secara peribadi,  supaya lebih berkesan untuk mereka bertindak dengan lebih yakin. Sesi ini hanya sebanyak dua kali dalam tempoh enam bulan. Semua sesi dilakukan secara atas talian melalui Zoom meeting dan grup Telegram.

Di samping itu, pihak AZ MEGA PLUS juga akan memberi tunjuk ajar dalam proses perjanjian dengan tuan rumah, menyediakan bahan pemasaran secara online dan menyertai aktiviti turun padang ke tapak projek untuk memberi tunjuk ajar secara fizikal iaitu mentoring teknikal tentang tatacara mengendalikan IBS MEGGA Lightweight Panel Wall dalam pembinaan bangunan dengan betul. Ini adalah kerana kebanyakan kontraktor atau pemaju yang mengamalkan kaedah konvensional dalam membina bangunan beranggapan bahawa penggunaan IBS adalah susah.

Namun demikian, dengan penglibatan pihak AZ MEGA PLUS secara langsung dalam program ini secara online dan fizikal, kini, lebih ramai kontraktor dan pemaju yang lebih faham dan beralih arah daripada kaedah konvensional kepada penggunaan sistem IBS dalam menjana pendapatan melalui perniagaan pembinaan. Selain daripada pihak pemaju dan kontraktor, orang lain seperti suri rumah, pensyarah, pelajar dan lain-lain juga boleh menyertai program ini.

Setelah hampir 12 bulan program ini berjalan, sekarang, seramai hampir 2000 orang telah menjadi ahli team kami yang terdiri daripada serata negeri. Kebaikan penggunaan IBS dalam pembinaan bangunan menjadikan bangunan lebih sejuk, kalis api, tebat haba dan menjimatkan kos adalah antara faktor yang menarik perhatian para kontraktor dan pemaju. Tambahan pula, dengan kenaikan harga bahan mentah seperti besi dan simen, ia juga menjadi salah satu faktor peralihan daripada kaedah konvensional kepada kaedah IBS.

Berbekalkan nasihat, tunjuk ajar dan bantuan daripada AZ MEGA PLUS dan saya sendiri, ia sememangnya mampu mengubah nasib para kontraktor dan pemaju yang pada waktu ini. Ini dibuktikan dengan ada ahli Mentorship EBA Diamond’ berkongsi bahawa selepas menyertai program ini, beliau memperoleh projek bernilai hampir RM2 juta  ke RM3 juta dan ada yang bermula dengan projek secara kecil – kecilan tetapi kini, mampu membina projek banglo mewah dan mempunyai grup kerja yang kian berkembang.

Secara keseluruhannya, penggunaan IBS jenis bahan Lightweight Panel Wall dalam pembinaan bangunan menggantikan sistem konvensional mampu mengubah nasib para pemaju dan kontraktor dan juga menyelamatkan poket orang ramai dalam membuat rumah diibaratkan win-win situation.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top