PENGHANTARAN IBS V-PLUS PANEL KE TAPAK PROJEK
Pada 22 Julai 2025, penghantaran panel IBS V-Plus telah berjaya dilaksanakan ke tapak projek pembinaan rumah milik En. Shawn yang terletak di Kuala Terengganu. Penghantaran ini dilakukan sekitar jam 9.00 pagi dan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
Panel IBS V-Plus yang digunakan dalam projek ini telah direka bentuk dan disiapkan sepenuhnya di kilang sebelum dihantar ke tapak dalam keadaan siap pasang. Teknologi pratuang ini bukan sahaja mempercepatkan tempoh pembinaan, malah turut mengurangkan keperluan tenaga buruh serta menghasilkan kemasan akhir yang lebih rata, kemas dan berkualiti tinggi.
Terima kasih kepada En. Shawn atas kepercayaan menggunakan panel IBS V-Plus dalam pembinaan ini. AZ Mega Plus akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik serta menyokong kejayaan setiap projek pelanggan.
DELIVERY OF IBS V-PLUS PANEL TO PROJECT SITE
On 22nd July 2025, the delivery of IBS V-Plus panels was successfully completed at the construction site of a house owned by Mr. Shawn, located in Kuala Terengganu. The delivery was carried out around 9:00 AM and went smoothly as scheduled.
The IBS V-Plus panels used for this project were fully designed and prefabricated at the factory before being delivered to the site in a ready-to-install condition. This precast technology not only accelerates the construction process, but also reduces labour requirements and provides a smoother, cleaner, and higher-quality finish.
We sincerely thank Mr. Shawn for his trust in using the IBS V-Plus panels for this project. AZ Mega Plus remains committed to delivering the best service and supporting the success of every client’s project.