Renovation menggunakan panel IBS MeGGa

Cara pembinaan kaedah konvensional sudah diyakini orang ramai disebabkan cara tersebut sudah diamalkan sejak turun – temurun. Oleh sebab itu, kekukuhan dan kestabilan satu binaan menggunakan cara konvensional tidak diragui oleh masyarakat. Berbanding kaedah konvensional, kaedah pembinaan menggunakan bahan Industrialised Building System (IBS) memerlukan kami untuk educate orang ramai.

            Ini adalah kerana walaupun sistem binaan menggunakan kaedah IBS sudah lama bertapak di Malaysia, namun ia tidak digunakan secara meluas oleh orang ramai. Ini adalah kerana ramai orang kurang mengambil tahu akan apa itu IBS, kebaikan penggunaan IBS MeGGa dan juga fungsinya dalam pembinaan.

Projek renovation madrasah
Sebelum renovation
Selepas renovation dapur menggunakan IBS MeGGa

         Ini yang kami harus explain kepada pelanggan dan harus tunjuk melalui lakaran sekiranya ia tidak difahami. Proses pengubahsuaian rumah dengan menggunakan panel IBS MeGGa boleh digunakan walaupun sesebuah rumah itu dibina dengan menggunakan kayu atau batu bata daripada kaedah konvensional.

            Namun begitu, sekiranya sesebuah rumah tersebut dibina melalui kaedah konvensional dan proses renovasi menggunakan panel IBS MeGGa, ia perlu dilekatkan pada tiang rumah. Ini adalah untuk menjadikan percantuman antara dua bahagian berbeza material menjadi kukuh dan stabil.

           

Projek renovasi menggunakan IBS MeGGa
Projek renovasi menggunakan IBS MeGGa

            Walaupun proses sama, namun kaedah yang digunapakai oleh kontraktor atau tukang rumah mungkin sedikit berlainan kerana ia bergantung kepada struktur rumah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top