Safety first, works come second

Kemalangan di Kawasan Pembinaan

Semasa pembinaan bangunan sedang dijalankan, segala aspek keselamatan perlu dititikberatkan untuk mengelakkan daripada kemalangan di tempat pembinaan berlaku. Sejak akhir – akhir ini tergempar kes di mana terjadinya kes kemalangan di tempat pembinaan di Malaysia. Antaranya termasuklah kematian seorang pekerja binaan yang berasal daripada Bangladesh dan dua orang pekerja cedera ringan ketika membuat kerja di tapak pembinaan Light Rail Transit (LRT) 3 runtuh pada 29 Julai yang lalu dilaporkan melalui berita Strait Times dan syarikat pembinaan yang dikenali sebagai Zhongshi International Sdn Bhd dikenakan saman sebanyak RM45,000 oleh mahkamah kerana telah gagal dalam memastikan keselamatan tapak projek binaannya di Jalan Alam Damai, Kuala Lumpur yang telah mengakibatkan kematian tiga pekerja warga China mengikut artikel yang dikeluarkan oleh halaman artikel dikenali sebagai Free Malaysia Today.

Keadaan persekitaran di tapak projek yang dikendalikan oleh syarikat saya amat mengamalkan kebersihan dan keselamatan sepanjang projek pembinaan berlangsung. Bahan – bahan binaan seperti panel, simen, besi dan sebagainya diletakkan secara teratur mengikut bahan yang terlibat. Manakala bahan – bahan binaan yang bersifat portable seperti staging, drill, circular saw dan cement drill disimpan di dalam stor bagi memastikan keadaan persekitaran tapak projek binaan kelihatan kemas dan tidak berterabur untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber gambar daripada Google

Selain daripada itu, pemakaian kasut keselamatan juga perlu diambil kira demi memastikan pekerja binaan tersebut selamat. Pekerja binaan disaran memakai kasut keselamatan ketika bekerja di tapak pembinaan berbanding selipar. Ini adalah kerana ciri-ciri kasut keselamatan yang tebal dan mempunyai tapak yang agak lebar, ia mampu menghindarkan para pekerja binaan daripada berlaku kemalangan fizikal. Ia adalah termasuklah memberi perlindungan daripada bahan berat, bahan tajam, mengelakkan kebakaran kulit dan juga mengelakkan daripada terjatuh atau tergelincir di tapak pembinaan.

 Selain kasut, sarung tangan juga menjadi salah satu accessories kod pemakaian pekerja binaan. Sarung tangan keselamatan memainkan peranan untuk memberi perlindungan tangan di saat bekerja yang boleh mengakibatkan kecederaan pada tangan. Seterusnya penggunaan topi keselamatan. Bagi projek yang dikendalikan oleh syarikat saya, ia nya tidak sebesar pembinaan bangunan gergasi seperti di Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, bagi pendapat saya, pemakaian topi keselamatan adalah optional dan bersesuaian dengan saiz binaan yang sedang dijalankan.

     Sumber gambar daripada Google

Selepas sehari bekerja dan tiba masa untuk pulang, saya akan memastikan pekerja binaan saya menyimpan segala perkakas dengan betul secara teratur dan kemas supaya tidak nampak messy. Selain keadaan persekitaran yang rapi dan terjaga, ia juga boleh menjadi booster kepada para pekerja pada keesokan hari bekerja. Apabila keadaan atau situasi tenang, kemas dan teratur, para pekerja pun berasa senang hati untuk bekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Sumber rujukan :

https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/one-foreign-worker-dies-two-injured-in-another-malaysian-construction-accident

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/09/733119/wanita-terselamat-kereta-remuk-dihempap-batu-konkrit

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/11/03/chinese-firm-fined-rm45000-over-deaths-of-3-workers-at-suke-construction-site/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top