SESI ‘ONE-ON-ONE’

Sesi One-on-One bersama DIAMOND

Penelitian demi penelitian yang dilakukan oleh team bagi memastikan team EBA DIAMOND sentiasa peka dan konsisten dalam mencapai misi dan visi mereka. Perkara ini seiring dengan visi syarikat iaitu mendapatkan lebih ramai kontaktor menyertai rakan kongsi kumpulan AZ MEGA PLUS GROUP untuk transformasi kearah teknologi IBS. Oleh yang demikan, bagi mencapai visi tersebut, team AZ MEGA PLUS GROUP mengambil pendekatan dengan menggunakan sistem “follow up” yang dikenali sebagai sesi “SIS” dan “One-on-One”. Sebelum sesi “One-on-One” diadakan, team EBA DIAMOND terlebih dahulu akan menghadiri sesi perbincangan dengan team Sales & Marketing bagi mengetahui secara ringkas berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.  Sesi tersebut dikenali sebagai sesi “SIS”. Kebiasaannya sesi SIS ini diadakan pada hari Selasa.

Selepas sesi “SIS “dijalankan, team EBA DIAMOND perlu menghadiri sesi kedua iaitu sesi “One-on-One”. Sesi “One-on-One” ini merupakan sesi perbincangan yang melibatkan Founder AZ MEGA PLUS GROUP iaitu Encik Husni bin Zamri dan juga team EBA DIAMOND. Sesi perbincangan ini dilakukan secara lebih mendalam dan teliti bagi memastikan para DIAMOND sentiasa berada pada “track” yang betul. Segala persoalan dan permasalahan yang dialami oleh team EBA DIAMOND boleh diajukan ketika sesi “One-on-One” berlangsung.Secara amnya, sesi One-on-One ini bukan sekadar perbincangan sahaja, malah ianya juga merupakan perkongsian mengenai strategi dan teknik Marketing untuk memasarkan teknologi IBS. Sesi perbincangan ini diadakan setiap minggu iaitu pada hari Rabu dan dilakukan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.

Feedback “One-on-One”

FeedbackOne-on-One”

Menerusi sesi One-on-One yang telah dijalankan bersama team EBA DIAMOND, kami menerima pelbagai respon yang positif dan membina . Antara feedback yang kami terima selepas sesi “One-on-One” dijalankan ialah mereka sangat berpuas hati dengan penjelasan dan juga solusi yang diberikan oleh Encik Husni berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi. Sehubungan dengan itu, kami mendapati bahawa sistem “follow up” seperti sesi “One-on-One” ini merupakan satu langkah yang terbaik untuk membantu team EBA DIAMOND dalam memasarkan teknologi IBS.

                Sekadar info tambahan, strategi sistem “follow up” ini bukan hanya bertujuan untuk menjual dan mempromosikan produk sahaja, malah ianya juga boleh diselitkan dengan tips-tips perniagaan, bertanya khabar,ucapan selamat dan sebagainya. Ini bertujuan supaya kita sentiasa dekat di hati pelanggan. Justifikasinya, pendekatan secara “One-on-One” ini merupakan salah satu alternatif daripada team kami untuk memastikan team EBA DIAMOND sentiasa fokus dan bermotivasi dalam mencapai “goals” mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top