Train to Dabong ..choo choo!(Part 2)

 Kami menaiki tiga buah kenderaan daripada stesen kereta api Dabong menuju ke Gua Ikan dan perjalanan ini diketuai oleh Abe Jie, seorang tour leader yang berpengalaman menguruskan program di Dabong. Sampai sahaja kami di Gua Ikan, kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan landmark Gua Ikan sebelum sesi senamrobik pagi dimulakan.

Selesai sesi bergambar, kami memulakan aktiviti senamrobik dan sesi memanaskan badan selama hampir 30 minit. Sesi memanaskan badan ini diperlukan bagi memastikan tiada antara kami akan cedera dan cramp semasa menyertai program menjelajah gua selepas ini. Selesai sesi memanaskan badan, sedikit taklimat diberi oleh Abe Jie mengenai gua-gua yang terlibat dalam program ini dan juga peralatan diperlukan.

 Terdapat tiga gua yang berbeza yang terlibat iaitu Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris. Namun begitu, kami hanya menjelajah ke Gua Pagar dan Gua Keris. Kami tidak dapat menjelajah ke Gua Gelap kerana ia mempunyai ruang yang sempit untuk bergerak dan juga dipenuhi dengan air, berkemungkinan kami akan basah sedangkan terdapat banyak lagi aturcara program yang akan berlangsung. Tambahan pula, keadaan tersebut tidak sesuai bagi staff wanita.

 Pada awal perjalanan, kami beranggapan bahawa perjalanan menjelajah gua ini tidaklah lasak sangat, namun, sangkaan kami meleset apabila kami berada di tengah perjalanan. Dengan keadaan tanah yang licin akibat air bukit, kami sangat berhati – hati dan saling menyokong antara satu sama lain. Cuaca pada hari itu sangat elok dengan disirami cahaya matahari yang tegak di langit sehingga waktu petang. Bayangkan kalau kami datang ke situ selepas hujan turun? Alamatnya, berjam-jam kami terpaksa habiskan untuk aktiviti hiking sahaja.

  Sepanjang aktiviti hiking berlangsung, Abe Jie akan menceritakan serba sedikit mengenai gua – gua yang kami jelajah. Selain daripada itu, kami juga turut didedahkan dengan keadaan fizikal struktur gua – gua tersebut. Ada yang membentuk bunga kubis dan bersinar serta berwarna putih dan ada juga yang berwarna seakan – akan chocolate. Kata Abe Jie, batu gua yang berwarna putih dan bersinar adalah batu yang masih hidup dan akan membesar buat satu tempoh yang lama manakala batu yang berwarna agak gelap sudah mencapai had umur dan tidak akan membesar lagi.

 mata air dalam gua yang muncul di balik batu

Saya tidak pasti antara Gua Pagar atau Gua Keris, terdapat mata air muncul antara batu gua dan sekiranya ia digunakan untuk membasuh muka dengan niat yang baik, berkemungkinan besar hajat orang tersebut akan ditunaikan. Itupun dengan bantuan daripada Allah, In Shaa ALLAH. Kami mula mendaki hampir jam 10 pagi dan berjaya menghabiskan aktiviti hiking selepas 2 jam dan 45 minit. Banyak learning point yang dapat kami pelajari sepanjang program hiking tersebut. Antara daripadanya adalah semangat kerjasama, bersabar, mencuba dengan bersunguh-sungguh dan juga belajar untuk membuat sesuatu yang baru.

Selepas kesemua turun mendaki dengan selamat, kami berehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya untuk makan tengah hari, aktiviti barbecue dan juga untuk bermain permainan yang telah diatur oleh AJK program. Sungai Kenerong menjadi pilihan kami sebagai tempat untuk aktiviti kami yang seterusnya.

Sambungan artikel – 

Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo!(Part 3)

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top