Train to Dabong ..choo choo!(Part 3)

Excited sungguh dapat melintas anak sungai dengan menaiki jip. Satu pengalaman yang baru! Terdapat susunan batu sungai di tepi sungai dan juga di tengah – tengah alur sungai. Kebetulan masa kami tiba di sana, air sedang naik dan deras mengalir menyusuri batu- batu sungai tersebut. Asyik sungguh melihat pemandangan sungai, tambah-tambah lagi dengan warna air sungai yang kebiru-biruan dek pantulan awan dan juga pokok – pokok sekeliling.

Setibanya kami di sana, kami mengalas perut dengan makan Nasi Goreng Kampung sementara menunggu makanan barbecue siap di bakar. Pada masa yang sama, ada staff yang mengambil kesempatan dengan mandi sungai sambil menanti untuk permainan yang seterusnya. Makanan disediakan untuk aktiviti barbecue adalah kambing perap Pak Mat Western, ayam perap madu sebanyak 3 paket, lokching atau satay ikan dan juga sosej. Disebabkan makanan untuk barbecue ada yang siap dibakar, staff yang sedang bermain air sungai naik sebentar untuk mengambil makanan dan kembali ke gigi sungai dengan membawa pinggan polistrin.

 Sayang seribu kali sayang, staff tersebut hampir jatuh di dalam air dan demi menyelamatkan kepingan daging kambing bakar di tangan, sosej dan ayam bakar dijadikan korban dan jatuh ke dalam air sungai. Epic sungguh dengan pemandangan di depan mata saya! Sakan mereka bergelak – ketawa dengan apa yang berlaku tanpa mempedulikan saya yang sedang berendam di sebelah mereka.

Dalam pada itu, AJK program sedang menyiapkan permainan yang seterusnya iaitu Speed Quiz. Permainan ini juga diadaptasi daripada program Running Man di mana seorang staff diperlukan untuk membuat aksi mengikut gambaran yang di tunjukkan oleh pengacara majlis. Manakala, ahli kumpulan yang lain hendaklah meneka apakah ia. Oleh sebab kami dibahagi kumpulan kepada empat, pelbagai reaksi dan ragam dapat dilihat sepanjang permainan ini berjalan.

            Selepas itu, tanpa membuang masa, permainan diteruskan dengan permainan Bean Relay. Permainan ini dimainkan dengan menggunakan chopstick. Beans atau biji kekacang perlu dialihkan dengan menggunakan chopstick daripada pinggan plastic ke dalam botol yang disediakan. Bagi saya, permainan ini adalah sangat sesuai bagi sesiapa yang menyukai makanan sushi kerana penggunaan chopstick yang sangat cekap.

Sambungan artikel – Train to Dabong ..choo choo! (Part 4)

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top