- Kenali IBS dengan lebih mendalam
Industri pembinaan telah mengalami transformasi yang begitu membangun sejajar dengan sains dan teknologi kini yang amat mementingkan perubahan. Sebagaimana yang kita ketahui, kaedah tradisional yang dikenali sebagai keadah konvensional telah berevolusi kepada sistem moden yang dikenali sebagai Sistem Bangunan Berindustri (IBS). Sistem ini adalah teknologi pembinaan menggunakan komponen separa siap yang dihasilkan dalam persekitaran terkawal. Komponen tersebut berbentuk panel wall yang mudah untuk diimplementasikan dan menjimatkan masa dengan hanya perlu diangkat dan dipasang, berbanding dengan kaedah konvensional yang memerlukan proses yang agak rumit untuk menghasilkan sebuah binaan. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah IBS:
Bahan utama yang digunakan dalam pembinaan kaedah IBS ialah panel Wall IBS Megga (panel).Panel ini amatlah ringan berbanding dengan simen,pasir dan batu bata yang digunakan dalam kaedah konvensional. Walaupun panel wall ini ringan, ketahanannya lebih kuat berbanding dengan dinding bata yang digunakan dalam kaedah pembinaan konvensional. Ukuran bagi saiz panel wall IBS ialah 2 kaki lebar 10 kaki tinggi dengan ketebalan iaitu 3 inci dan 4 inci. Bagi saiz 3 inci kebiasaanya digunakan untuk pembinaan pagar dan 4 inci pula sesuai untuk dijadikan dinding rumah. Panel Wall IBS yang dihasilkan melalui campuran konkrit yang khas untuk pembinaan dan bahan EPS (Expanded Polystrene Superflat) menjadikan suasana dalaman binaan selesa dan sejuk . Hal ini kerana, bahan tersebut berfungsi sebagai penebat haba yang baik. Berbeza pula dengan pembinaan menggunakan batu bata yang kita sedia maklum menyerap haba akan menyebabkan suasana rumah panas dan tidak selesa.
Top track dan Bottom track merupakan dua komponen yang sama namun mempunyai fungsi yang berbeza. Top track berfungsi sebagai penyambung diantara kerangka bumbung dengan panel. Manakala Bottom track pula berfungsi sebagai penghubung diantara beam dengan panel pada bahagian bawah. Kedua-duanya diperbuat daripada besi yang berkualiti tinggi dan berukuran 8 kaki.
Bonding Adhesive Cream (SIKA Cream) atau lebih dikenali sebagai simen gam berfungsi menjadi pelekat untuk penyambungan panel. Ianya diperbuat daripada bahan khusus yang mampu menghasilkan satu cengkaman kuat pada panel. Namun begitu, simen gam tidak boleh dicampur dengan bahan lain kerana boleh mengurangkan daya cengakamanya.
Selain daripada panel Wall IBS MeGGa,Top Track, Bottom Track dan Bonding Adhesive Cream . Terdapat satu lagi bahan yang digunakan dalam pembinaan kaedah IBS yang dikenali sebagai Hybrid Mesh . Secara umumnya,ia mempunyai lebar 4 inci dan berukuran 50 meter panjang. Kebiasaanya, hanya separuh sahaja yang digunakan untuk satu kali tampalan. Fungsi Hybrid Mesh adalah untuk mengelakkan berlakunya retakan pada panel.
Berbalik semula kepada kebaikan pembinaan kaedah IBS, kaedah tersebut juga bersifat mesra alam. Secara umumnya , ciri-ciri yang terdapat pada penal Wall IBS MeGGa seperti kalis bunyi, tebat haba , kalis air dan kalis api membuktikan bahawa ianya berinovasi dan berkualiti tinggi. Selain itu, pembinaan menggunakan kaedah tersebut juga lebih selamat dan teratur oleh kerana penggunaan bahan yang sedikit berbeza pula dengan kaedah tradisional yang menggunakan banyak bahan seperti batu-bata,simen,kayu,pasir dan sebagainya.Seterusnya , kita beralih pula kepada kos yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek binaan. Seperti yang kita sedia maklum, kaedah IBS lebih cepat dan fleksibel. Berikutan itu,kos buruh dapat dikurangkan sekiranya waktu yang diambil untuk menyiapkan rumah lebih cepat.
Penggunaan kaedah tersebut bukan sahaja bersifat mesra alam, malah ianya juga memberikan hasil yang cantik dan kemas. Sebagaimana yang kita ketahui, panel Wall IBS Megga adalah sekeping dinding licin yang dapat memudahkan proses “coating”. Berikut adalah contoh-contoh rumah yang menggunakan panel Wall IBS Megga:
Justeru itu,faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas membuktikan IBS berada selangkah ke hadapan berbanding dengan kaedah konvensional. Pembinaan menggunakan kaedah IBS sememangnya lebih sistematik serta menjimatkan masa dan kos. Transformasi kontraktor ke dalam dunia IBS merupakan langkah yang terbaik dalam membawa industri pembinaan ke arah yang lebih berinovasi.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – http://azmegaplus.com.my/