Kata pepatah ada menyebut bahawa masa itu emas dan sekiranya masa itu tidak digunakan secara betul, ia adalah satu kerugian yang tidak akan berpatah balik dan menjadikan perancangan pada masa depan terganggu. Jadi, saya rasa kita perlu mengisi masa yang kita ada dengan sebaiknya. Masa dalam dunia pembinaan memainkan peranan penting terhadap pelanggan dan kontraktor sendiri. Masa yang ditunggu untuk pindah masuk ke rumah yang siap dibina dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah projek bina rumah.
Sekiranya komitmen yang diberi terhadap pembinaan sesuatu rumah adalah sepenuh perhatian, ditambah pula dengan faktor keadaan cuaca yang elok, satu binaan rumah mampu disiapkan dalam tempoh yang singkat. Selain komitmen yang diperlukan daripada kontraktor, khidmat tukang rumah juga penting dalam pembinaan sesebuah rumah. Ianya menjadi pilihan seseorang kontraktor sama ada mahu menggunakan khidmat tukang rumah warga asing ataupun tukang rumah lokal.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh para kontraktor adalah tukang rumah lari semasa projek pembinaan sedang berlaku lagi – lagi sekiranya melibatkan tukang rumah warga asing. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya passport disimpan oleh mereka sendiri. Berbeza dengan passport disimpan oleh kontraktor, tukang rumah warga asing akan sedikit terikat dengan kontraktor. Disebabkan itu, mereka perlu patuh dan memberi sepenuh perhatian dalam menyiapkan sesuatu projek mengikut tempoh yang ditetapkan.
Selain daripada itu, juga terjadi kes di mana kontraktor atau tukang rumah lari selepas memperoleh duit daripada owner rumah. Untuk mengelakkan daripada kejadian seperti ini berlaku, kedua belah pihak antara owner rumah dan kontraktor boleh mencapai kata sepakat untuk sign Surat Lantikan Kontraktor/Tukang sebagai perjanjian. Dengan kewujudan perjanjian seperti ini, ia dapat mengelakkan risiko daripada berlakunya insiden tukang rumah lari daripada projek.
Antara sebab mengapa terjadinya insiden tukang rumah lari ialah harga upah tukang per head. Umumnya, perkara ini tiada satu ketetapan yang jelas kerana kadar bayaran yang dikenakan mengikut lokasi tapak projek tersebut. Contohnya ada harga upah tukang per head sebanyak RM100 sehari, RM120 sehari dah malah ada juga yang menetapkan RM90 untuk sehari bekerja. Mungkin ini dapat diubah sedikit mengikut preference kontraktor atau tuan rumah sekiranya menggunakan IBS MeGGa dalam pembinaan. Pemasangan IBS MeGGa hanya memerlukan tenaga kerja seramai tiga ke empat orang sahaja.
Tambahan pula, dengan konsep ini juga dapat mengelakkan daripada insiden tukang rumah lari dan pergi ke tapak projek yang lain yang menawarkan bayaran kepada tukang dengan harga yang lebih tinggi. Masa pembinaan sesebuah rumah juga boleh menjadi prolong sekiranya bahan pembinaan terputus dan terpaksa menunggu lama untuk ia sampai dan menyambung kerja-kerja pembinaan. Dalam isu ini, kontraktor atau owner rumah memainkan peranan yang penting dalam memastikan bahan binaan cukup dan tidak terputus demi memastikan projek binaan sesebuah rumah berjalan dengan lancer dan seterusnya siap dalam masa yang ditetapkan.
Sebagai kesimpulan, tukang rumah juga berperanan penting dalam memastikan sesuatu projek binaan berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Penggunaan IBS MeGGa dalam pembinaan boleh menjadi a turning point untuk kadar upah tukang rumah per head bertukar daripada rendah ke tinggi. Keupayaan seramai tiga ke empat orang sama dengan tujuh orang yang diperlukan untuk kaedah konvensional adalah sangat berbaloi untuk invest dengan meninggikan kos upah tukang per head lebih daripada biasa.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi website rasmi kami di – https://azmegaplus.com.my/