{"id":251,"date":"2022-02-05T12:04:48","date_gmt":"2022-02-05T04:04:48","guid":{"rendered":"https:\/\/sifuibs.com\/?p=251"},"modified":"2022-02-05T12:04:49","modified_gmt":"2022-02-05T04:04:49","slug":"travelog-mentoring-ke-johor-terengganu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/sifuibs.com\/travelog-mentoring-ke-johor-terengganu\/","title":{"rendered":"Travelog Mentoring ke Johor & Terengganu"},"content":{"rendered":"

 Travelog artikel saya kali ini meliputi lima hari perjalanan saya bersama ketua unit projek pergi untuk mentoring fizikal yang meliputi kawasan di negeri Johor dan Terengganu.<\/p>

Hari pertama \u2013 13 Disember 2021<\/u><\/strong><\/p>

            Masuk office<\/em> seperti hari biasa bekerja dan join morning booster <\/em>bersama staff yang lain membuatkan perasaan semakin berkobar-kobar untuk bekerja pada hari ini. Usai sesi morning booster<\/em>, saya bersama \u2013 sama dengan ketua unit projek membuat sedikit persiapan dan mendengar sedikit taklimat mengenai aktiviti mentoring ke negeri Johor dan Terengganu. Perjalanan dimulakan setelah kesemuanya sudah bersedia  dan tempat pertama yang kami tuju adalah ke Pasir Putih,Kelantan. Ia adalah untuk mengukur site<\/em> projek sebelum quotation <\/em>dikeluarkan bagi pembinaan bangunan yang menggunakan IBS MeGGa. Sesi mengukur ini mengambil masa lebih kurang dua jam kerana ia perlu dilakukan secara teliti dengan menitikberatkan segala aspek. Perjalanan ke Johor bersambung ketika hari sudah semakin petang. Oleh sebab cuaca yang elok, perjalanan kami berjalan dengan lancar dan kami mengambil keputusan untuk berhenti rehat seketika di R&R Paka West Bound. Alhamdulillah, kami selamat sampai di hotel lobi di Johor hampir pukul tiga pagi.<\/p>

Hari kedua \u2013 14 Disember 2021<\/u><\/strong><\/p>

\"\"<\/figure><\/div>

Sedap breakfast pagi hari ni disediakan oleh pihak hotel. Lebih kurang pukul 10 pagi, kami berdua telah tiba di tapak projek yang pertama iaitu di Kulai bertujuan untuk latihan mentoring fizikal. Kami berdua memperkenalkan diri daripada syarikat AZ Mega Plus dan berkenalan dengan kontraktor serta anak buahnya yang terlibat dalam projek binaan ini. Selepas ianya selesai, sesi mentoring dimulakan dengan pembentangan manual pemasangan IBS MeGGa dan diikuti dengan hands\u2019 on practical<\/em>. Sepanjang sesi mentoring direkod saya melalui video supaya ia boleh dijadikan memento<\/em> setelah projek itu siap dan juga untuk simpanan pejabat. Langkah kanan mungkin kami ke mari kerana kami dapat bersama \u2013 sama makan lunch<\/em> dengan mereka sebelum meneruskan sesi mentoring hingga ke petang. Oleh sebab yang agak berangin di sini, proses mentoring dapat berjalan dengan lancar dan dapat diakhiri dengan sesi Q&A dengan kontraktor yang terlibat. Seterusnya, perjalanan kami diteruskan ke Kota Tinggi setelah semua tunjuk ajar jelas dan difahami oleh kontraktor.<\/p>

\n